HOMĆOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

ASPARAGUS OFFICINALIS
Common Garden Asparagus

Tindakannya yang bersifat ketara dan segera ke atas rembesan urinari menjadikannya terkenal. Ia menyebabkan kelemahan dan depresi jantung serta dropsi. Sakit-sakit reumatik. Terutamanya di sekitar bahu kiri dan jantung.

Kepala. Keliru. Koriza, serta bendalir nipis, melimpah. Sakit dalam dahi dan pangkal hidung. Sakit kepala ala migrain di waktu pagi serta skotoma. Kerongkong terasa kasar, serta mengeluarkan kahak berhingus banyak, melekat.

Urin. Kerap, serta sakit mencucuk halus dalam orifis uretra; membakar; dengan bau aneh. Sistitis, serta nanah, mukus dan  tenesmus. Litiasis.

Jantung. Palpitasi, serta rasa tertekan bahagian dada. Nadi berselang-seli, lemah, sakit di sekitar bahu kiri dan jantung, berkait dengan gangguan-gangguan pundi kencing. Tekanan kuat dalm pernafasan. Hidrotoraks.

Ekstremiti. Sakit reumatik dalam belakang, terutama dekat dengan bahu dan anggota kaki tangan. Sakit di cuaran akromion skapula sebelah kiri, bawah tulang selangka dan tangan bawah, serta nadi lemah.

Hubungan. Antidot: Acon; Apis.

Bandingkan: Althae-Marshmallow--(mengandungi asparagin; kerengsaan pundi kencing, kerongkong dan bronkus). Physalis Alkekengi. Digital; Sarsap; Spigelia.

Dos. Potensi keenam.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020