AVENA SATIVA
Common Oat
Ia
mempunyai tindakan selektif ke atas sistem saraf dan otak, khususnya
mempengaruhi fungsi nutrisi.
Simptom kelemahan saraf,
kelesuan seksual, dan tabiat morfin memerlukan remedi ini dalam dos
materi. Merupakan tonik terbaik bagi kelesuan selepas mengalami
penyakit yang teruk. Orang tua yang mengidap gegaran saraf; korea,
kelumpuhan agitans, epilepsi. Kelumpuhan selepas difteria.
Reumatisme jantung. Selsema.
Koriza akut (berikan 20 titik dalam air suam setiap jam kira-kira
beberapa dos). Alkoholisme. Sukar tidur terutama di kalangan kaki
botol yang ketagih alkohol. Kesan buruk tabiat mengambil
Morfin.
Keadaan kegementaran pada perempuan yang bermasalah sakit puan.
Minda.
Tidak dapat menetapkan fikiran atau memberi
tumpuan kepada sesuatu perkara.
Kepala.
Sakit kepala yang melibatkan saraf ketika
datang haid, beserta rasa membakar di puncak kepala. Sakit kepala di
bahagian belakang, serta air kencing mengandungi fosfat.
Perempuan.
Amenorea dan dismenorea, serta peredaran
darah kurang baik.
Lelaki.
Spermatorea; mati pucuk; selepas terlalu
banyak mengikut hawa nafsu.
Ekstremiti.
Kekebasan kedua anggota kaki tangan,
seolah-olah lumpuh. Tangan hilang kekuatan.
Hubungan.
Bandingkan dengan:
Alfalfa (Tonik
umum serupa dengan Avena – juga bagi yang mengalami kencing
tertahan dan sedikit).
Dos.
Tinktur dengan dos sebanyak sepuluh hingga dua
puluh titik, seeloknya diambil bersama air suam.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|