BACILLINUM BURNETT
A Maceration of a Typical Tuberculous Lung introduced by Dr.
Burnett
(BACILLINUM)
Telah digunakan dengan jayanya dalam rawatan
batuk kering (tuberculosis); kesan baiknya dilihat dalam perubahan
sputum, yang berkurangan dan lebih berudara (aerated), serta kurang
berpurulen. Banyak bentuk penyakit bukan-tuberkular kronik
dipengaruhi baik oleh Bacillinum, terutama bila wujud bronkorea dan
dispnea.
Piorea respiratori.
Pesakit kurang meludahkan kahak.
Indikasi
Bacillinum ditunjukkan secara khusus bagi paru-paru orang tua,
dengan kondisi kataral kronik dan sirkulasi pulmonari yang lemah,
serangan-serangan yang menyesakkan pada waktu malam serta batuk yang
payah. Selsema atau katar yang menyesakkan nafas. Meningitis
tuberkular. Cenderung terjatuh tartar gigi. Kecenderungan berterusan
menghidap selsema.
Kepala.
Iritasi, murung, muram. Sakit kepala mendalam yang teruk, juga
bagai diikat dengan satu gelung yang ketat. Kurap. Ekzema
kedua kelopak mata.
Abdomen.
Sakit abdomin, membesar dan membawa ke kawasan groin, tabes
mesenterika. Diarea secara tiba-tiba sebelum sarapan. Sembelit kuat,
serta kentut busuk.
Respiratori.
Kesesakan.
Dispnea kataral. Asma lembap. Bunyi abnormal pernafasan seperti
berbuih (bubbling rales) dan mengeluarkan kahak bermukos-nanah.
Nota. Pengeluaran kahak bermuko-purulen pesakit bronkitis ini adalah
bersamaan dengan 'poly-bacillary'; ia adalah satu campuran pelbagai
spesis dan justeru Bacillinum adalah benar-benar ditunjukkan
(Cartier). Kerap kali melegakan kesesakan paru-paru, kerana itu ia
memberi laluan kepada remedi-remedi lain dalam kes tuberculosis.
Kulit.
Kurap (ringworm); pitiriasis.
Ekzema kedua kelopak mata. Kelenjar-kelenjar leher membesar dan
lembut.
Modaliti.
Melarat,
malam dan awal pagi; udara sejuk.
Hubungan.
Antimon iod; Lach; Arsenic iod;
Myosotis. Levico, 5-10 titis,
mengikuti sebagai remedi interkuren di mana wujud banyak kelemahan
(Burnett).
Komplementari:
Calc phos; Kali carb.
Bandingkan:
Kesannya agak serupa dengan Tubercullinum Koch. Kedua-duanya berguna
dalam diatesis tuberkular sebelum ftisis membentuk. Pada
peringkat awal
penyakit tuberkular kelenjar, sendi, kulit dan tulang.
Psorinum.
Kelihatan mempunyai persamaan kronik.
Bacillin testium bertindak
secara khusus terhadap bahagian bawah tubuh.
Dos.
Dos adalah penting. Tidak harus diberikan di bawah potensi 30 dan
tidak diulangi secara kerap. Satu dos seminggu sering mencukupi
untuk menimbulkan reaksi.
Tindakannya adalah cepat, dan
seharusnya hasil yang baik dapat dilihat dengan segera, jika
sebaliknya, tidak perlu kepada pengulangan.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|