BARYTA CARBONICA
Carbonate of Baryta
(BARYTA CARB)
Khusus
digunakan pada peringkat
awal kanak-kanak dan
usia tua.
Penawar ini boleh
membantu kanak-kanak skrofulus terutama bila mereka terkebelakang dari
segi mental dan fizikal, bersifat kerdil, tidak membesar dan membangun, mengalami oftalmia skrofulus, abdomen membengkak, mudah
terkena
demam selsema serta turut
sentiasa mendapat bengkak tonsil. Mereka
mudah mendapat kuinsi yang
cenderung menanah, gusi mudah berdarah. Penyakit-penyakit lelaki tua
bila mana perubahan degeneratif bermula - vaskular jantung dan
serebrum -, yang ada hipertrofi prostat
atau testes mengeras, sangat sensitif dengan sejuk, peluh kaki yang
busuk, amat lemah dan tiada tenaga, mesti duduk, berbaring atau
menyandar kepada sesuatu. Tidak ingin berjumpa orang yang tidak
dikenali.
Pesakit mempunyai katar
lubang hidung posterior
serta kerap mengalami epistaksis. Kerap berguna dalam kes dispepsia di
kalangan remaja yang biasa mengamalkan onani dan yang menderita kerana
masalah keluaran air mani, bersama dengan kerengsaan kardiak dan
palpitasi. Memberi kesan terhadap struktur kelenjar, dan berguna dalam
perubahan degeneratif umum, terutama dalam lapisan arteri,
aneurisme
dan kenyanyukan. Baryta adalah
satu racun kardio-vaskular, bertindak ke atas lapisan otot jantung
dan salur darah. Fibrosis arteri. Saluran darah menjadi lembut dan
menyusut (degenerate), menjadi kembung, dan aneurisme,
memecahkan dan menyebabkan apopleksi
Minda.
Hilang ingatan, kelemahan mental. Tidak dapat membuat keputusan.
Hilang keyakinan diri. Dementia senil. Kekeliruan.
Penyegan.
Tidak suka orang yang tidak dikenali. Keanak-anakan; bersedih terhadap perkara remeh.
Kepala.
Vertigo; menyucuk-nyucuk halus apabila berdiri di bawah mentari,
menjalar menembusi kepala. Otak dirasakan seolah-olah longgar. Rambut
gugur. Keliru. Wens:.
Mata.
Anak mata mengembang dan menguncup berselang-seli.
Fotofobia. Kabut tipis di depan kedua mata. Katarak (Calc; Phos;
Sil.).
Telinga.
Lemah pendengaran.
Bunyi merekah atau menghentak. Kelenjar-kelenjar
sekitar kedua telinga sakit dan membengkak.
Bunyi bergema ketika menghembuskan hidung.
Hidung.
Kering; bersin;
koriza, serta bibir atas dan hidung
membengkak. Rasa bagaikan asap masuk
ke dalam hidung. Keluar discaj lendir tebal dan kuning. Kerap berdarah.
Berkuping-kuping sekitar kelopak hidung.
Muka.
Muka pucat, kembang; rasa seperti sarang
labah-labah (Alumina).
Bibir atas membengkak.
Mulut.
Terjaga dari tidur dengan mulut kering. Gusi
berdarah dan menguncup. Sakit gigi sebelum datang haid. Mulut penuh
dengan vesikel yang radang, pengecapan busuk. Lidah lumpuh. Sakit
membakar dan pedih di hujung lidah. Air liur meleleh turun di waktu
subuh. Esofagus kekejangan ketika makanan masuk.
Kerongkong.
Kelenjar submaksila dan tonsil membengkak.
Mudah terkena selsema, yang
disertai sakit menusuk pedih. Kuinsi. Tonsil menanah akibat setiap
kali selsema. Tonsil radang, serta
vena membengkak. Sakit pedih menusuk bila menelan; melarat bila
menelan liur sahaja. Rasa seperti palam menyumbat farings. Hanya boleh
menelan cecair. Esofagus berspasma sebaik saja makanan masuk ke dalam
esofagus, menyebabkan tersedak dan tercekik (Merc
cor; Graphit.). Kerongkong sakit
kerana banyak bercakap. Sakit menyengat dalam tonsil, farings atau
larings.
Gaster.
Keluar liur, tersedu, dan bersendawa, yang
melegakan tekanan berat bagai batu. Lapar tapi tak mau makan. Rasa
sakit dan sekak (berat) sebaik saja selepas makan, serta rasa lembut di hulu
hati (Kali carb).
Melarat selepas mengambil makanan panas. Kelemahan gastrik pada orang
tua yang mungkin bersifat malignan.
Abdomen.
Abdomen keras dan tegang, kembung.
Kolik. Kelenjar-kelenjar mesenteri membesar. Sakit dalam abdomen bila menelan
makanan. Resam kolik bersama lapar, tetapi tidak mahu makan.
Rektum.
Sembelit dengan najis keras berketul. Buasir
menjulur keluar ketika kencing. Rasa merayap dalam dubur. Memancut
leleh
dari anus.
Urinari.
Setiap kali pesakit kencing, buasirnya
terkeluar. Rasa terdesak hendak kencing. Membakar dalam salur uretra ketika kencing.
Lelaki.
Nafsu syahwat berkurangan dan mati pucuk pramatang. Prostat
membesar. Kedua testikel mengeras.
Perempuan.
Sakit dalam perut dan di tengah-tengah
belakang sebelum haid. Darah haid sedikit.
Respiratori.
Batuk menyesakkan nafas dan kering, terutama
di kalangan orang tua. Terdapat banyak lendir tetapi tidak berdaya
untuk mengeluarkannya, batuknya melarat bila saja cuaca bertukar (Senega).
Larings dirasakan seolah-olah dia menyedut asap. Afonia kronik.
Menusuk halus dalam dada; melarat bila menarik nafas. Terasa peparu
penuh dengan asap.
Jantung.
Jantung berdebar dan sengsara. Aneurisme (Lycop).
Mula-mula memecutkan tindakan jantung, meningkatkan tekanan darah, dan
salur darah mengalami kontraksi. Palpitasi bila berbaring di sebelah
kiri, terutama bila memikirkan mengenainya; nadi penuh dan keras.
Simptom-simptom kardiak selepas pemendapan perpeluhan di kaki.
Belakang.
Kelenjar-kelenjar membengkak di kuduk leher
belakang kepala. Tumor-tumor lemak
berhampiran leher. Sakit memar di antara tulang belikat. Kekejangan
dalam sakrum. Kelemahan tulang spina.
Ekstremiti.
Sakit dalam kelenjar-kelenjar aksilari. Kaki sejuk
melekit (Calc)
Peluh di kaki busuk.
Anggota kaki tangan kekebasan. Perasaan kekebasan dari lutut hingga ke
skrotum; tapi menghilang bila duduk. Tumit dan jari kaki sakit; tumit
pula sakit bila berjalan. Sakit dalam sendi-sendi; sakit membakar
dalam anggota bawah.
Tidur.
Bercakap dalam tidur; kerap kali terjaga; rasa
terlalu panas. Merenggut-renggut ketika tidur.
Modaliti.
Melarat
ketika memikirkan simptom yang dialami; disebabkan membasuh; berbaring
di sebelah yang sakit. Lega
berjalan di kawasan lapang.
Hubungan.
Bandingkan dengan:
Digitalis; Radium; Aragallus; Oxytrop;
Astrag. Penawar komplemen:
Dulc; Silica; Psorin.
Tidak serasi dengan: Calc.
Antidot kerana memberikan dalam sukatan beracun:
Epsom salts.
Dos.
Potensi ke tiga hingga tiga puluh. Potensi sederhana itu
sesuai diberikan untuk mengenepikan kecenderungan mendapat kuinsi.
Baryta bertindak perlahan, memerlukan ulangan dos.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|