| 
           BELLIS PERENNIS 
			Daisy 
          
          
			
			Bellis perennis
          bertindak ke atas serat otot-otot saluran darah. Sakit-sakit
          otot yang bersangatan. Lumpuh seolah-olah terseliuh. Sesak salur
          vena kerana sebab-sebab mekanikal. Ia merupakan remedi pertama dalam
          kecederaan ke atas tisu-tisu dalaman, selepas kerja
          pembedahan utama. Hasil kesan kecederaan ke atas
          saraf beserta sakit pedih yang bersangatan, dan tidak tahan mandi
          air sejuk. Selepas gout, anggota kaki tangan lemah.
			
          
           
			
          Traumatisme organ-organ 
			pelvis, auto-traumatisme, memberikan gambaran kepada keperluan 
			remedi ini; kesan buruk daripada pengonanian. Remedi cemerlang untuk 
			kehel seliuh dan memar lebam. Aduan-aduan disebabkan oleh makanan 
			atau minuman sejuk apabila tubuh dalam kepanasan, dan dalam gangguan 
			yang disebabkan oleh angin sejuk. Secara luaran, dalam masalah nevi. 
			Akne. Bisul-bisul seluruh kawasan. 
			Sakit memar, lebam dirasai dalam kawasan pelvis. 
			Eksudasi, stasis, pembengkakan, berada dalam julat remedi ini. 
			Simptom-simptom reumatik. Tidak mencacatkan lelehan. "Ia merupakan 
			satu remedi berharga bagi buruh-buruh berusia, terutama tukang kebun." 
			(Burnett).  
          
          
          Kepala.
          Vertigo: pening pada orang tua. Sakit kepala dari oksiput ke puncak 
			atas kepala. 
          Dahi dirasakan menguncup.  
          
           Sakit
          memar. Gatal sekitar kulit kepala dan di belakang, melarat dengan
          mandi air panas dan berada atas tilam.
			
          
          
           
          
          
          Perempuan. Payu dara dan uterus membengkak. Penyakit urat biru atau vena varikos
          semasa mengandung.   
           
           Tidak dapat
          berjalan semasa hamil. Otot-otot abdomen capik 
			ketempangan. Rahim terasa sakit
          seolah-olah diperah.
          
           
          
           
          
          
          Tidur.
          Bangun terlalu awal di waktu pagi dan tidak dapat tidur semula.
          
           
          
          
          Abdomen. 
			  
           
           Sakit pada dinding abdomen dan
          rahim. Sakit mencucuk-cucuk pada limpa, 
			memar, membesar. Cirit-birit kekuningan tapi
          tidak sakit, bau busuk, melarat di waktu malam.
          Mengembung; menderam-derum di dalam usus.   
           
          
           
          
          
          Kulit.
          
          
          
          
          Bisul. Ekimosis, membengkak,
          sangat sensitif dengan sentuhan. Sesak salur vena kerana sebab-sebab
          mekanikal. Urat biru serta rasa sakit memar. Eksudasi dan membengkak.
          Akne.
          
           
          
          
          Ekstremiti. Sendi-sendi sakit, juga kesakitan pada otot-otot. Gatal di atas
          belakang dan di permukaan luar otot fleksor paha. Sakit menurun ke
          bahagian hadapan paha. Pergelangan tangan terasa mengecut seolah-olah
          dicerut gelang getah disekeliling sendi. Terseliuh serta tersangat
          sakit.
           Spina 
			bengkok. 
          
          
          Hubungan. Bandingkan
          Arnica; 
			Arsenic; Staphis; Hamamelis; Bryonia; Vanadium 
			(keadaan degenerasi). 
          
          
          Modaliti.  
           Melarat sebelah kiri, mandi
          air panas dan kehangatan tilam, sebelum ribut; mandi air sejuk; angin
          sejuk.  
           
          
           
          
          
          Dos. 
          Tinktur hingga potensi ke ketiga.
          
           
			
			   
			
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |