BRYONIA ALBA
Wild Hops
(BRYONIA)
Bertindak ke atas semua membran serus dan
visera yang terkandung di dalamnya. Sakit dalam seluruh otot-otot.
Ciri umum sakit yang dihasilkan di
sini adalah rasa mencucuk, mengoyak; melarat dengan pergerakan, lega
rehat. Ciri sakit menyucuk-nyucuk
ini, bertambah melarat dengan sebarang pergerakan, boleh ditemui
merata-rata tempat, tetapi khususnya di dada; melarat tekanan.
Membran mukus semuanya kering.
Pesakit Bryonia adalah jenis lekas marah; mengalami vertigo
akibat mengangkat kepala, sakit kepala menekan; kedua bibir mulut
kontang, kering; dahaga keterlaluan, kecap rasa pahit, hulu hati
sensitif, dan perasaan semacam seketul batu di dalam perut; tinja
besar, kering, keras; batuk kekeringan; sakit-sakit reumatik dan
membengkak; efusi dropsikal ke dalam membran sinovial dan serus.
Bryonia
memberi kesan ke atas individu
berkonstitusi lasak, berbadan tegap dan berkulit gelap, dengan
kecenderungan menjadi kurus tanpa lemak dan beriritasi. Gangguan
ketara lebih condong ke sebelah kanan, di waktu petang, dan di luar
rumah, dalam cuaca panas selepas hari sejuk.
Kanak-kanak
tidak suka didukung atau diangkat.
Kelemahan fisikal, dengan mood
apati. Adu-aduan mungkin berkembang secara perlahan.
Minda.
Sungguh
merengsa atau
lekas
marah; tiada sesuatupun boleh
melucukan atau membuatnya tertawa. Simptom meracau; ingin pulang ke rumah:
bercakap mengenai
bisnes.
Kepala.
Vertigo; merasa sekitarannya atau dirinya berputar. Loya, pitam bila
mengangkat kepala, keliru.
Sakit kepala rasa
hendak meletup, hendak pecah, seperti tiap sesuatu yang ada di
dalam akan ditolak keluar, seolah-olah diketuk oleh tukul besi dari
dalam; melarat bila bergerak, membongkok, atau membuka mata. Sakit
kepala berpusat di belakang kepala oksiput. Tulang kepala rasa
mencerut masuk ke arah tulang zigoma. Sakit kepala; melarat bergerak,
walaupun menggerakkan bebola mata. Sakit kepala sebelah depan,
melibatkan sinus hadapan.
Hidung.
Kerapkali hidung berdarah semasa
haid sepatutnya tiba. Juga di sebelah pagi, yang melegakan sakit kepala.
Selsema hebat (koriza) serta sakit dan menjalar di kawasan dahi.
Hujung hidung membengkak, dirasakan seolah-olah ia akan membarah bila
disentuh.
Telinga. Vertigo aural. [Aur.; Nat. sal.; Sil.;
Chin.] Mengaum, berdengung.
Mata.
Rasa tertekan, remuk, sakit pening. Glaukoma. Sakit disentuh dan bila
digerakkan mata.
Mulut.
Bibir kering kontang, merekah.
Mulut, lidah dan kerongkong
kekeringan, serta tersangat haus. Lidah bersalut warna kekuningan, coklat kehitaman;
teramat putih dalam gangguan gastrik. Rasa pahit. [Nux;
Col.] Bagi orang yang merokok, bibir sebelah bawah rasa membakar.
Bibir membengkak, kering, hitam dan merekah.
Kerongkong. Kekeringan, rasa melekat bila menelan, kesat dan mencerut. [Bell.]
Mukus atau lendirnya liat di pangkal larings dan trakea, terhurai
hanya selepas kuat berdehem; melarat bila masuk ke dalam bilik panas.
Gaster.
Loya dan rasa akan pitam bila
bangun berdiri. Laparnya luar biasa, hilang selera. Dahagakan air yang
banyak. Muntah air dan air hempedu sebaik sahaja lepas makan. Melarat
dengan minuman panas, yang kemudian dimuntahkan.
Perut
sensitif dengan sentuhan. Rasa
tertekan dalam perut selepas makan, seolah-olah terdapat batu.
Sakit dalam perut bila batuk. Berpenyakit dispepsia di musim panas.
Hulu hati sensitif dengan sentuhan.
Abdomen. Kawasan hati membengkak, sakit pedih, tegang. Sakit membakar,
mencucuk-cucuk;
melarat dengan tekanan, batuk, bernafas.
Kelembutan dinding-dinding abdomen.
Tinja.
Idapan sembelit; tahi keras, kering, seolah-olah hangus kena bakar;
kelihatan terlalu besar. Tinja berwarna coklat, tebal, berdarah;
melarat di sebelah pagi, daripada bergerak, dalam cuaca panas,
selepas kena panas, daripada minum minuman sejuk, setiap kali
datang hawa panas.
Urin.
Merah, coklat, seperti bir; keluar sedikit, panas membakar dalam salur
uretra. [lih.
Canth.]
Perempuan. Haid terlalu awal, terlalu banyak; melarat bila bergerak, serta rasa
sakit mengoyak-ngoyak di kawasan paha ke bawah;
tertekan, serta discaj diambil-alih (gantian) atau sakit kepala seperti hendak
terbelah. Sakit mencucuk dalam ovari bila menarik nafas panjang;
sangat sensitif dengan sentuhan. Sakit di kawasan ovari kanan
seolah-olah dikoyak, merebak ke paha. [Lilium;
Croc.] Demam susu.
Sakit dalam buah dada semasa datang haid.
Buah
dada panas dan sakit, keras. [Phyto.]
Kelenjar buah dada membarah. Kerap berdarah hidung apabila datang haid.
Haid tidak teratur, beserta simptom-simptom gastrik. Radang ovari.
Sakit
antara haid, serta sakit kuat pada abdomen dan pelvis.
[Ham.]
Respiratori. Sakit pedih pada larings dan trakea. Suara parau; melarat di udara
lapang. Batuk terbahak-bahak, kering akibat radang-gatal di trakea
atas. Batuk, kering sebelah malam;
mesti bangun duduk; melarat selepas
makan atau minum, serta muntah, disertai dengan rasa
mencucuk-cucuk
di dalam dada dan lendir sputa berupa karat besi. Selalu hendak
menarik nafas panjang;
mesti membesarkan paru-paru. Pernafasan sukar
dan cepat; melarat tiap kali bergerak; disebabkan rasa mencucuk-cucuk
di dada. Batuk dengan perasaan seperti dada akan berkecai; menekankan
kepalanya ke tulang dada; mesti membantu menyokong dada. Radang pangkal
kerongkong dan pleuropneumonia. Kahak berwarna batu-bata, liat, dan
jatuh seperti ketulan jeli. Mukus liat di dalam trakea, dapat diurai
hanya dengan mendehem kuat.
Masuk ke dalam bilik panas mendorong kepada batuk. [Nat.
carb.] Rasa berat di bawah tulang dada sehingga ke bahu kanan.
Batuk melarat dengan memasuki bilik panas. Sakit mencucuk di kawasan
jantung. Angina pektoris (gunakan tinktur).
Belakang. Sakit menegang di tengkuk leher. [lih.
Bell.]
Mencucuk-cucuk dan tegang di
bahagian tulang belakang. Kesan daripada air yang mengandungi
garam galian dan perubahan cuaca yang semerta.
Ekstremiti. Lutut tegang dan sakit. Kaki membengkak panas.
Sendi-sendi merah, membengkak, panas, serta mencucuk-cucuk dan
mengoyak-ngoyak; melarat walau bergerak sedikit. Tiap-tiap bahagian
rasa
sakit bila ditekan. Selalu menggerak-gerakkan tangan dan kaki kiri. [Helleb.]
Kulit.
Kuning; pucat, bengkak, dropsikal; panas dan sakit. Seborea; penyakit
kelenjar kulit.
Rambut sangat
berminyak.
Tidur.
Mengantuk; Sentak-terkejut bila mula tidur. [lih.
Bell.]
Racauan; sibuk dengan urusan bisnes/kerja dan apa yang telah dibacanya.
Demam.
Detikan nadi penuh, keras, terik dan cepat. Seram sejuk dengan
kesejukan di bahagian luar tubuh, batuknya kering, mencucuk-cucuk.
Panas di dalam. Berpeluh masam selepas berkuat sedikit. Mudah berpeluh
dan melimpah-limpah. Demam
reumatik dan kepialu ditandai oleh komplikasi gastro-hepatik.
Modaliti.
Melarat,
kehangatan panas,
sebarang pergerakan, pagi, makan, cuaca panas, berkuat, sentuhan.
Tidak boleh duduk tegak; akan pitam dan uzur.
Lega
bila berbaring di
bahagian yang
sakit, dipicit, rehat, benda-benda sejuk.
Hubungan. Komplementari:
Upas
apabila Bryonia gagal. Rhus;
Alumina. Illecebrum.-- Satu dadah
Mexico.-- (Demam serta simptom-simptom kataral, simptom-simptom
demam gastrik dan tifoid). Bandingkan:
Asclep.
tub; Kali mur.; Ptelia.
Komplemen:
Upas, bila Bryonia gagal. Rhus; Alumina.
Antidot:
Acon.; Cham.; Nux.
Bandingkan:
Asclep tub; Kali mur; Ptelia.
Dos.
Atenuasi pertama hingga dua belas.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|