BUFO RANA
Poison of the Toad
(BUFO)
Bertindak ke atas sistem saraf dan kulit. Simptom-simptom yang
berhubungan dengan rahim amat jelas. Limfaringitis berasal daripada
keadaan septik. Simptom-simptom kelumpuhan agitans. Simptom-simptom reumatik
amat nyata.
Membangkitkan
hawa nafsu yang rendah. Yang membangkitkan keinginan untuk minum
minuman yang memabukkan, dan mengakibatkan mati pucuk.
Berguna untuk kanak-kanak lemah
fikiran. Terlalu awal menjadi nyanyuk. Simptom-simptom epilepsi.
Serangan-serangan konvulsif terjadi sewaktu tidur pada waktu malam.
Apa yang berkaitan dengan gangguan dalam lingkungan seksual, boleh
jadi termasuk dalam kemampuan remedi ini. Kecederaan pada
jari-jemari; kesakitan menjalar naik ke bahagian atas lengan.
Minda.
Bimbang mengenai keadaan kesihatan. Sedih, khuatir. Berkecenderungan
menggigit. Melolong; tidak sabar, gemuruh; sewel.
Ingin duduk
bersendirian. Fikiran lemah.
Kepala.
Rasa seolah-olah wap panas naik ke atas kepala. Otak kekebasan. Muka
bermandikan peluh. Epistaksis serta muka naik merah dan sakit di dahi.
Lega bila hidung sudah berdarah.
Mata.
Kedua mata tidak tahan melihat objek-objek berkilauan. Lepuh-lepuh
kecil terbentuk di atas mata.
Telinga.
Tidak tahan mendengar bunyi muzik [Ambra.]. Malah bunyi bising
sedikitpun menimbulkan kesengsaraan.
Jantung.
Rasa jantung terlalu besar. Palpitasi. Mencerut di kawasan jantung.
Rasa seperti jantung berenang-renang dalam air.
Perempuan.
Haid terlalu awal dan banyak, di masa yang lain terdapat discaj
berdarah dan beku; leukorea cair jernih. Keghairahan, beserta serangan
epilepsi. Epilepsi sewaktu haid. Bonjol keras dalam kelenjar-kelenjar susu. Ia
bertindak sebagai paliatif dalam kanser payu dara. Membakar dalam
rahim dan ovari. Memborok ulser pada serviks. Discaj mengandungi darah
yang busuk. Sakit menjalar ke kedua kaki. Susu keluar bersama darah.
Kaki susu (lih: flegmasia alba dolens). Salur vena membengkak. Rahim
ditumbuhi tumor dan polip.
Lelaki.
Keluar mani di luar kawalan;
mati pucuk, discaj keluar terlalu
cepat, spasma semasa bersetubuh. Buboes. Cenderung untuk memegang zakar [Hyos.; Zinc.]; Kesan-kesan perbuatan
onani.
Ekstremiti.
Sakit dalam kangkang, kekebasan anggota kaki dan tangan, kekejangan,
gaya jalan terhuyung-hayang, rasa seolah-olah pepaku dirodok ke dalam
sendi-sendi; tulang-tulang membengkak.
Kulit.
Panaritium;
sakit naik hingga ke lengan. Tompok-tompok tertentu
pada kulit hilang deria rasa. Berpustul, bernanah bila cedera sedikit.
Pemfigus. Lepuh yang mengandungi cecair serus pecah dan meninggalkan
permukaan melecet. Lepuh-lepuh-lepuh di tapak tangan dan tumit. Gatal
dan membakar. Karbunkel.
Hubungan.
Bandingkan dgn: Baryt carb;
Asterias; Salamand (dalam
epilepsi dan pelembutan otak).
Antidot:
Laches;
Seneg.
Komplemen:
Salamandra.
Modaliti.
Melarat,
dalam bilik panas, ketika bangkit.
Lega, daripada mandi atau udara
sejuk; dengan merendam kaki dalam air panas.
Dos.
Potensi keenam dan ke atas.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|