CALCAREA
PHOSPHORICA
Phosphate of Lime
Salah satu
remedi tisu terpenting, di mana meskipun ia mempunyai banyak simptom-simptom
yang kesamaan dengan
Calcarea carb,
namun terdapat perbezaan dan ciri-ciri karakteristiknya yang
tersendiri. Indikasinya terutama dalam kelewatan tumbuh gigi dan
masalah-masalah dalam tempoh itu, penyakit-penyakit tulang, fraktur
tulang yang tidak bercantum, dan anemia-anemia selepas
penyakit-penyakit akut serta penyakit-penyakit kronik yang menyusutkan
badan.
Kanak-kanak anemia yang meragam bengkeng,
menggeleber lembik, anggota kaki dan tangan sejuk dan penghadaman
lemah.
Ia mempunyai satu tarikan khusus di mana tulang-tulang membentuk sutur
(jahitan) atau simfisis (tautan), dan kesemua simptom-simptomnya
melarat dengan sebarang perubahan cuaca.
Kekebasan dan rasa merayap
adalah karakteristik sensasinya, sementara kecenderungan untuk
perpeluhan dan pembesaran kelenjar merupakan simptom-simptom yang
dikongsi bersama dengan karbonat. Skrofula, klorosis dan ftisis.
Minda.
Meragam bengkeng,
pelupa; selepas berdukacita dan sakit hati (Ignat;
Phos ac). Senentiasa hendak pergi ke
sesuatu tempat.
Kepala.
Sakit kepala,
melarat dekat kawasan sutur, daripada
perubahan cuaca, terhadap kanak-kanak
sekolah ketika baligh. Ubun-ubun kekal terbuka terlalu lama.
Tulang-tulang kranial lembut dan nipis. Pendengaran cacat.
Sakit kepala, beserta flatulens abdomen. Kepala panas, serta rasa
pedih pada akar-akar rambut.
Mata.
Kelegapan tersebar dalam kornea berikutan abses.
Mulut.
Tonsil membengkak; tidak dapat membuka mulut tanpa rasa sakit.
Adu-aduan sepanjang penggigian;
gigi tumbuh dengan perlahan; gigi cepat reput.
Tumbuhan adenoid.
Gaster.
Bayi ingin menyusu sepanjang masa dan mudah muntah.
Kepinginkan daging (khinzir) salai, ham, daging masin atau disalai.
Banyak angin, flatulens.
Bersangatan lapar serta dahaga, flatulens lega sementara dengan
sendawa masam. Pedih hulu hati. Kanak-kanak mudah muntah.
Abdomen.
Setiap kali cuba makan, sakit kolik
dalam abdomen.
Cengkung pucat dan menggeleber.
Kolik, kesakitan dan membakar sekitar pusat.
Tinja.
Pendarahan selepas berak najis keras. Diarea akibat jus buah-buahan
atau tuak epal; semasa tumbuh gigi. Hijau, berlendir,
panas,
berpercikan, tak cerna, serta kentut
berbau busuk.
Fistula in ano, berselang dengan simptom-simptom dada.
Urin.
Bertambah,
dengan perasaan kelemahan. Sakit di kawasan kedua buah pinggang
apabila mengangkat atau menghembus hidung.
Perempuan.
Haid terlalu awal, berlebihan, dan cerah pada gadis-gadis. Jika lewat,
darah adalah gelap;
kadangkala, mula-mula cerah, kemudian gelap, serta
sakit belakang atau nyeri pinggang hebat.
Sepanjang pengeluaran susu (laktasi) serta kerangsangan seksual.
Nimfomania, serta sakit-sakit, menekan, atau kelemahan dalam kawasan
rahim (Plat).
Selepas lama menyusu. Leukorea, seperti
putih telur. Melarat waktu pagi.
Kanak-kanak menolak susu dada; susu terasa masin. Prolaps dalam
kalangan wanita-wanita yang lemah.
Respiratori.
Mengeluh secara tidak sengaja. Sakit dada. Batuk menyesakkan nafas;
lega berbaring. Keparauan. Sakit melalui paru-paru kiri bawah.
Leher dan Belakang.
Sakit reumatik akibat tiupan udara, serta kekejangan dan kepala bosan
kehambaran. Kesakitan dalam simfisis sacro-iliac, seolah-olah
patah
(Aesc hip).
Ekstremiti. Kaku kekejangan dan sakit,
serta rasa sejuk, kebas,
melarat dengan perubahan cuaca.
Merangkak dan kedinginan. Punggung, belakang dan anggota badan semacam
tertidur. Sakit-sakit dalam sendi-sendi dan tulang-tulang. Letih tidak
bermaya bila naik ke tingkat atas.
Hubungan. Komplementari: Ruta;
Hepar.
Modaliti.
Melarat,
terdedah pada kelembapan, cuaca sejuk, salji cair.
Lega, dalam musim panas; suasana
panas, kering.
Dos.
Triturasi pertama hingga ketiga. Potensi tinggi sering lebih efektif.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|