CAMPHORA
Camphor
Hahnemann
berkata: "Tindakan bahan ini adalah amat aneh dan menyukarkan
siasatan, justeru walaupun di dalam organisma sihat namun disebabkan
tindakan primarinya,
ia bersilih ganti dan bercampur dengan reaksi-reaksi vital (kesan-kesan
selepas) organisma secara lebih kerap berbanding remedi-remedi lain.
Oleh itu, kerap kali sukar ditentukan yang mana reaksi-reaksi vital
badan dan yang mana pula kesan bersilih ganti yang disebabkan oleh
tindak primari Camphor."
Menggambarkan
suatu keadaan jatuh pengsan (collapse).
Kedinginan sejuk seperti ais seluruh
tubuh; kekuatan merudum dengan tiba-tiba; nadi kecil dan lemah.
Selepas operasi, jika suhu adalah di bawah normal, tekanan darah
rendah, berikan 3
dos Camph. 1x, selang tiap 15 minit. Keadaan ini ditemui dalam
kes kolera, dan di sinilah Camphor telah mencapai kemsyhuran klasik.
Peringkat pertama selesema,
disertai rasa seram sejuk dan
bersin. Subsultus dan resah gelisah ekstrim.
Bunyi retak-pecah pad sendi-sendi. Konvulsi epileptiform. Camphor
mempunyai satu hubungan langsung dengan otot-otot dan fascia. Ia
mustahak bagi afeksi reumatik setempat dalam iklim sejuk. Distensi
salur vena. Sebagai stimulan jantung dalam keadaan emergensi,
penggunaan Camphor adalah paling memuaskan. Titiskan ke atas gula tebu,
dos-dos diambil sekerap setiap lima minit.
Satu karakteristik
remedi Camphor
adalah pesakit tidak mahu dimahu
diselimut,
walaupun badannya sejuk kedinginan. Salah satu remedi utama bagi
kejutan atau renjatan. Sakit menjadi
lega ketika berfikir mengenainya.
Sangat sensitif dengan sejuk dan dengan sentuhan. Kesinambungan sakit
campak.
Konvulsi hebat,
serta berpindah-kelana dan kerangsangan histeria. Spasma tetanus.
Kanak-kanak skrofula dan meragam bengkeng, terutama mudah menjangkiti
orang yang lemah dan berambut perang .
Kepala.
Vertigo,
kecenderungan untuk tidak sedarkan diri, merasakan seolah-olah dia
akan mati. Influenza;
sakit kepala, beserta simptom-simptom kataral, bersin-bersin, dan
sebagainya. Sakit memukul dalam serebelum. Perpeluhan sejuk.
Hidung sejuk dan cengkung.
Lidah sejuk, menggeleber, terketar-ketar.
Sakit menyucuk sepintas lalu dalam kawasan pelipis dan orbit.
Kepala rasa sakit.
Sakit berdenyut-denyut dalam oksiput,
serentak dengan nadi.
Mata. Tetap,
merenung tajam; anak mata membeliak. Perasaan seolah-olah semua objek
terlalu cerah dan berkelip-kelip.
Hidung.
Tersumbat;
bersin. Koriza keluar laju bila perubahan cuaca secara tiba-tiba.
Sejuk dan cengkung. Epistaksis,
perdarahan berterusan, khususnya bila
keadaan kulit jenis bulu roma meremang.
Muka.
Pucat,
cengkung, cemas anziati,
herot;
kebiru-biruan,
sejuk. Berpeluh sejuk.
Gaster.
Sakit menekan dalam hulu hati. Dingin
kesejukan,
diikuti dengan rasa membakar.
Tinja.
Keluar dengan tidak sengaja, kehitam-hitaman.
Taun kolera Asia,serta
krem-kejang dalam labu betis, tubuh kesejukan, tersiksa, kelemahan
yang amat, jatuh pengsan,
lidah dan mulut sejuk.
Urin.
Membakar dan sakit
kencingnya, serta tenesmus
pada leher pundi kencing. Retensi serta pundi kencing penuh.
Lelaki.
Keinginan bertambah. Kordi (Chordee). Priapismus.
Malam-malam terpancut emisi.
Respiratori. Distres prekordial. Dispnea menyesakkan.
Asma. Batuk menetak-netak, kering, hebat. Palpitasi.
Nafas
sejuk. Respirasi terhalang.
Tidur. Insomnia,
serta anggota badan sejuk. Pergerakan subsultus dan resah gelisah ekstrim.
Ekstremiti. Sakit reumatik antara kedua bahu. Pergerakan sukar.
Kekebasan, menggelenyar dan sejuk
kedinginan.
Bunyi merekah-retak dalam sendi-sendi. Krem-kejang dalam labu betis.
Kaki sejuk seperti ais, sakit seolah-olah terseliuh.
Demam.
Nadi kecil, lemah, perlahan. Seluruh
tubuh sejuk bagaikan ais. Perspirasi
sejuk.
Seram sejuk kongestif. Lidah sejuk,
menggeleber, terketar-ketar.
Kulit.
sejuk,
pucat, biru, lebam kebiruan. Tidak tahan diselimut (Secale).
Modaliti. Melatat,
pergferakan, malam, bersentuhan, udara sejuk.
Lega,
panas.
Hubungan. Camphor antidot atau mengubah tindakan hampir
setiap ubat-ubatan daripada herba -- tembakau, opium, ubat-ubat cacing,
dan lain-lain.
Laffa acutangula (seluruh
tubuh sejuk seperti ais, serta resah gelisah dan anziati; dahaga
membakar).
Camphoric acid
--(satu profilaktik terhadap demam catheter;
cystitis 15 grain tiga kali sehari; juga sebagai pencegahan
perpeluhan malam).
Tidak serasi:
Kali nit.
Komplementari:
Canth.
Antidot:
Opium; Nitr sp dulc; Phos.
Bandingkan:
Carbo; Cuprum; Arsenic; Veratr.
Dos. Tinktur,
dalam dos titis, diulangi dengan kerap, atau menghidu Spirits of Camphor.
Kegunaan dalam bentuk potensi sama-sama efektif.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|