Kembali |
CARBO VEGETABILIS
Vegetable Charcoal
Disintegrasi
dan pengoksidaan tidak sempurna
adalah nota kunci remedi ini. Pesakit tipikal Carbo adalah lembap,
gemuk dan malas di mana adu-aduannya mempunyai kecenderungan bersifat
kronik. Darah kelihatan seperti tidak berkembang dalam kapilari, yang
menyebabkan kebiruan, kedinginan, dan ekimosis. Badan menjadi biru,
sejuk seperti ais. Bakteria menemui suatu tapak subur dalam aliran
darah yang hampir mati, dan ini diikuti oleh keadaan sepsis dan ala tifoid.
Kuasa hayat menurun
akibat kehilangan cecair,
selepas pengambilan ubat-ubatan (dadah); selepas penyakit-penyakit
lain; di kalangan orang-orang tua beserta kongesi salur
vena; dalam keadaan jatuh pengsan bagi kolera, tifoid; ini adalah
beberapa keadaan yang memerlukan dorongan tindakan Carbo veg.
Pesakit mungkin hampir tidak bernyawa, kecuali kepala panas;
kesejukan, nafas sejuk, nadi hampir tidak dapat dikesan, terpendam dan
respirasi semakin cepat, juga mesti ada udara, mesti dikipas, mesti
semua tingkap dibuka. Ini merupakan satu keadaan tipikal bagi pesakit
Carbo veg.
Pesakit mudah
pitam, sudah letih lesu, dan perlu mendapatkan udara segar. Hemoraj
daripada mana-mana permukaan mukus. Teramat lemah. Pesakit nampak
terlampau lemah untuk bertahan.
Individu yang tidak pernah sembuh sepenuhnya daripada kesan
penyakit-penyakit terdahulu. Perasaan
ada beban, seperti di dalam kepala (occiput), kedua mata dan
kedua kelopak mata, di hadapan kedua telinga, di dalam perut, dan di
lokasi lain dalam tubuh; keadaan reput (septic)
dalam semua gangguan, disertai dengan perasaan panas membakar.
Stasis vena yang umum, kulit kebiruan, anggota badan sejuk.
Minda.
Bencikan kegelapan. Takut hantu setan. Ingatan hilang secara tiba-tiba.
Kepala.
Sakit-sakit daripada sebarang berlebihan menurut kehendak.
Rambut terasa sakit,
mudah gugur;
kulit kepala gatal bila berpanasan di tempat tidua. Songkok atau topi
menekan kepala seakan benda berat.
Kepala rasa berat, mencerut. Vertigo beserta loya dan tinitus.
Jerawat-jerawat di dahi dan muka.
Muka.
Bengkak,
warna kulit sianosis. Pucat, hippocratic, sejuk dengan peluh
sejuk; biru (Cup;
Opium). Kedua pipi berbelak-belak dan
hidung merah.
Mata.
Pandangan bayangan tompok-tompok hitam berapungan. Astenopia. Panas
membakar dalam kedua mata. Otot-otot sakit.
Telinga. Otorea
berikutan penyakit eksantematus. Kedua telinga kering. Kecacatan
serumen serta pengelupasan dermoid yang melapisi meatus.
Hidung.
Serangan epistaksis setiap hari, serta muka pucat. Berdarah
selepas menegang atau berkuat,
dengan muka pucat; hujung hidung merah dan berkeruping, gatal di
sekitar kedua lubang hidung.
Vena varikos pada hidung. Erupsi dalam penjuru dinding lubang hidung (alę
nasi). Koriza serta batuk, terutama dalam keadaan lembap, cuaca
panas. Usaha untuk bersin tidak berhasil.
Mulut.
Lidah diselaputi warba putih atau kuning kecoklatan,
diliputi afta. Gigi sangat sensitif
bila mengunyah; gusi tertarik dan mudah berdarahy. Darah mengalir
keluar daripada gui apabila menggosok gigi. Piorea.
Perut.
Eruktasi,
rasa berat, sekak kepenuhan, dan mengantuk;
ketegangan kerana flatulens,
serta sakit; melarat berbaring. Sendawa selepas makan dan minum.
Kelegaan sementara daripada sendawa. Eruktasi terasa tengik, masam,
atau busuk.
Waterbrash, pernafasan asma daripada flatulens. Loya di sebelah
pagi. Panas membakar dalam perut, mengunjur ke belakang dan sepanjang spina.
Sakit mengecut menjalar ke dada, serta
abdomen kekembungan.
Rasa kecut perut dalam gaster, tidak lega dengan makan. Sakit tegang
krem memaksa pesakit membongkok lipat dua.
Kejutan distres menyusul setengah jam selepas makan. Kesensitifan
kawasan epigastrum. Pencernaan
perlahan; makanan mereput sebelum
dapat dihadamkan. Gastralgia wanita menyusu,
serta berlebihan flatulens, sendawa berbau masam, tengik. Tidak
suka pada susu,
daging, dan benda-benda berlemak.
Makanan ringkaspun menimbulkan cemas distres.
Kawasan epigastrium sangat sensitif.
Abdomen.
Sakit bagaikan mengangkat satu benda berat; kolik daripada menaiki
kenderaan; kentut kohong, keluar berlebihan. Tidak tahan memakai
pakaian ketat sekeliling pinggan dan
abdomen. Penyakit-penyakit yang mengiringi fistula intestin.
Abdomen sangat kembung;
lega,
bila keluar angin. Kolik flatulens.
Sakit dalam hepar.
Rektum dan
Tinja. Kentut panas, lembap, busuk. Gatal, menggigit dan membakar
dalam rektum. Lembapan akrid,
menghakis daripada rektum. Satu
lembapan hapak, melekit meleleh. Lembapan gatal, sakit pada perineum
pada sebelah malam. Discaj mengandungi darah daripada rektum.
Panas membakar pada dubur, juga varises (Mur ac).
Diarea menyakitkan pada orang-orang tua. Tinja berbau seperti
mayat-pucat keluar dengan tidak sengaja, kerap, diikuti dengan rasa
panas membakar. Hemoroid putih;
dubur terhakis. Buasir panas membakar,
kebiru-biruan,
sakit selepas
berak.
Lelaki.
Penyingkiran cecair prostat ketika berak. Gatal-gatal dan lembap di
pangkal paha dekat skrotum.
Perempuan.
Haid datang sebelum waktunya dan banyak; darah pucat. Vulva membengkak;
afta; varises pada alat kelamin. Leukorea sebelum haid, tebal,
kehijauan, seperti susu, menghakis pedih
(Kreos).
Semasa haid,
panas membakar dalam kedua tangan dan telapak kaki.
Respiratori. Batuk serta gatal dalam larinks; spasmodik serta
terjeluak dan muntahkan mukus. Batuk kokol, terutama di peringkat awal.
Suara dalam, kasar, hilang dengan sedikit kesungguhan.
Serak keparauan; melarat,
di waktu petang/malam,
bercakap; bila petang pernafasan tertekan, dada sakit dan rasa kasar.
Berdehit seperti wisel dan mukus berdetar dalam dada. Sekali sekala
diserang batuk yang memanjang. Batuk,
beserta panas membakar dalam dada;
melarat bila petang, di tempat terbuka, selepas makan dan bercakap.
Batuk spasmodik, muka kebiru-biruan, kahak berbau, pneumonia terbiar
atau tidak dirawat dengan baik.
Nafas sejuk; mesti dikipas.
Perdarahan daripada paru-paru. Asma
pada pesakit berumur beserta kulit
biru.
Extremiti. Perasaan berat, kejang; rasa lumpuh;
anggota badan,
tertidur kekebasan; berkehendakkan
tenaga bagi otot-otot; sendi-sendi lemah. Sakit dalam tulang kering.
Krem kejang dalam tapak kaki; kaki kebas dan berpeluh.
Sejuk dari kedua lutut ke bawah.
Jari-jari kakinya merah, membengkak. Sakit membakar dalam
tulang-tulang dan anggota badan.
Demam. Sejuk
kedinginan,
serta kehausan. Seram sejuk bermula dalam kedua lengan. Panas membakar
dalam pelbagai tempat.
Perpeluhan ketika makan. Demam hektik, perpeluhan meletihkan.
Kulit.
Biru,
sejuk ekimosis.
Bercorak marmar serta distensi urat-urat vena.
Gatal; melarat bila petang, bila kepanasan di tempat tidur. Kulit
lembap;
perpeluhan panas; gangren
orang tua bermula dalam jari-jari kaki; ulser katil akibat lama
tertekan; mudah berdarah. Keguguran rambut, akibat keadaan kelemahan
umum. Borok ulser indolen, membakar sakit. Ichorous,
discajnya busuk; cenderung menjadi gangren pada margin-tepinya. Purpura.
Ulser varicos,
karbunkel (Ars;
Anthrac).
Modaliti. Melarat,
petang; malam dan di luar rumah; sejuk; daripada makanan berlemak,
mentega, kopi,
susu, cuaca lembap panas; wain.
Lega,
daripada eruktasi, daripada dikipas,
sejuk.
Hubungan. Antidot: Spirits
Nitre; Camph; Ambra; Arsenic.
Bandingkan:
Lycop; Ars; China.
Komplementari:
Kali carb; Dros.
Dos.
Triturasi pertama hingga ketiga dalam gangguan gaster. Potensi tiga
puluh dan lebih tinggi dalam keadaan kronik, dan bila jatuh pengsan.
Versi/Edisi Bahasa Melayu,
Malaysia dan Indonesia ©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2020
|