| 
           CARDUUS MARIANUS 
          St. Mary's Thistle 
          Tindakan ubat 
          ini adalah berpusat dalam hepar, dan sistem portal, menyebabkan susah 
          sakit, sakit-sakit, jaundis. Mempunyai hubungan khusus dengan sistem 
          vaskular. Penyalahgunaan minuman beralkohol, terutama bir.
          Vena varikos 
          dan borok ulser. Penyakit-penyakit yang menjangkiti para pelombong, 
          berkaitan dengan asma. Keadaan-keadaan dropsikal bergantung kepada 
          penyakit hepar, dan bila disebabkan oleh kongesi pelvis dan sakit 
          hepar. Mengganggu metabolisme gula . Influenza bila hepar dijangkiti. 
          Kelemahan. Hemoraj, terutama berhubungan dengan penyakit hepar. 
          
            
          
			Minda. Hampa 
          putus harapan; pelupa, bersikap apati. 
          
			Kepala. 
          Perasaan pengecutan di atas kedua kening. Berat memar, bodoh, serta 
          lidah berbau busuk. Vertigo, serta kecenderungan untuk jatuh ke hadapan. 
          Panas membakar dan tekanan dalam kedua mata. Perdarahan hidung. 
          
			Gaster. 
          Pengecapan pahit. Tidak suka daging masin. Selera kecil; lidah 
          berkerak; loya; menjeluak; muntahkan 
          cecair hijau, berasid. Mencucuk-cucuk 
          dalam perut sebelah kiri, dekat dengan limpa  (Ceanoth). 
          Penyakit batu karang hempedu serta hepar membesar. 
          Abdomen. 
          Sakit dalam kawasan hepar. Lobus kiri hepar sangat sensitif. Sekak 
          kepenuhan dan rasa sakit, serta kulit lembap. Sembelit; 
          tahi keras, sukar, bersimpul; 
          berselang dengan diarea. Warna tahi kuning terang. Bengkak pada pundi 
          hempedu dengan kelembutan yang menyakitkan. Hiperemia hepar, serta 
          jaundis. Sirosis, serta dropsi. 
          
			Rektum. 
          Buasir berdarah, prolaps atau rektum, sakit membakar dalam dubur dan rektum, 
          tahi keras dan bersimpul, melekat. Diarea berkebihan disebabkan oleh 
          kanser rektum. Berikan dos 10 titis (Wapler). 
          
			Urin. keruh 
          seperti asap; 
          berwarna keemasan. 
          
			Dada. Sakit 
          mencucuk dalam tulang rusuk kanan bawah dan bahagian depan; melarat, 
          dengan pergerakan, berjalan, dan sebagainya. 
          Pernafasan asma. Sakit dalam dada, membawa ke bahu, belakang, 
          loins dan abdomen, serta desakan untuk kencing. 
          Kulit. 
          Gatal saat berbaring pada waktu malam. 
          Ulser varikos (Clematis vitalba). 
          Erupsi di bahagian bawah tulang dada, sternum. 
          
          Ekstremiti. Sakit dalam sendi pinggul, menjalar menerusi punggung 
          dan paha bawah;  melarat daripada 
          membongkok. 
          Payah untuk bangkit berdiri. Kelemahan dirasakan dalam kaki, terutama 
          selepas duduk. 
          
			Hubungan. 
          Bandingkan:  Card 
          benedictus (Tindakan kuat ke atas 
          kedua mata, dan sensasi kontraksi dalam banyak bahagian; simptom-simptom 
          gaster adalah serupa); 
          Chelidon; Chionanthes; Merc; Podophyl; Bry; 
          Aloe. 
          
			Dos. Tinktur 
          dan potensi rendah. 
            
			
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |