| 
           CAUSTICUM 
          Hahnemann's Tinctura acris sine Kali 
          Ia 
          mempamerkan tindakan utamanya dalam reumatisme kronik, afeksi artritis 
          dan paralisis, ditunjukkan oleh sakit mengoyak, sakit-sakit menarik 
          dalam tisu-tisu berotot dan berfiber, serta wujud kecacatan berkaitan 
          sendi-sendi; kemerosotan progresif kekuatan otot, kontraksi tendon. 
          Kepenatan kerana tua. Dalam gangguan kataral saluran udara, dan 
          kelihatan memilih orang-orang yang berkulit gelap dan berserat tegar 
          kukuh. Resah gelisah pada waktu malam, serta sakit mengoyak dalam 
          sendi-sendi dan tulang-tulang, dan juga penurunan kekuatan seakan 
          kepitaman. Kelemahan ini berkembang secara beransur-ansur sehingga 
          secara perlahan-lahan membawa kepada kelumpuhan. Kelumpuhan lokal, 
          korda pita suara, otot-otot penelanan, pada lidah, kedua kelopak mata, 
          muka, pundi kencing dan ekstremiti. Kanak-kanak lambat dapat berjalan. 
          Kulit pesakit Causticum adalah  
			
          pucat putih kotor, serta kutil ketuat, 
          terutama di muka. Emasiasi kekurusan disebabkan penyakit, bimbang 
          risau, dan sebagainya, dan lama bertahan. 
          Panas membakar, kekasaran, dan rasa 
          sakit-sakit adalah karakteristik 
          remedi. 
          
            
          Minda. 
          Kanak-kanak tidak mahu tidur sendirian. Perkara remeh temehpun membuat 
          dia menangis. Sedih, 
          tiada harapan. Amat bersimpati. 
          Sakit-sakit kerana lama bersedih, kejutan emosi. Memikirkan tentang 
          aduan rungutan, menambah-laratkan, terutama hemoroid. 
          
          Kepala. 
          Sakit kepala di ubun-ubun. Rasa seperti kosong di antara dahi dan otak. 
          Sakit di unjuran bahagian hadapan sebelah kanan kepala. 
          
          Muka. 
          Kelumpuhan muka sebelah kanan. Kutil ketuat. Sakit dalam tulang-tulang muka. 
          Fistula gigi. Sakit dalam rahang, serta sukar membuka mulut. 
          
          Mata. 
          Katarak; sakit bular mata serta gangguan penglihatan. Radang kelopak 
          mata; memborok ulser. Percikan api dan rintik-rintik di hadapan mata. 
          Ptosis; kelumpuhan kelopak mata sebelah atas [Gels.] 
          Penglihatan kabur, seperti ada filem di hadapan mata. Kelumpuhan urat 
          saraf mata disebabkan oleh terdedah kepada sejuk. 
          
          Telinga. 
           
          Bunyi berdering, mengaum dan 
          berdenyut-denyut, serta disertai oleh kepekakan; tutur kata dan 
          langkah kaki bergema-gema; torek yang sudah kronik dalam telinga; 
          pengumpulan tahi telinga. 
          
          Hidung. 
           
           
           
          
           Selsema hebat 
          serta serak keparauan. Hidung bersisik. 
          Lubang hidung berulser memborok. 
           
          Berjerawat atau berkutil. 
          
          Mulut. 
          Tergigit bahagian pipi dalam semasa mengunyah. Kelumpuhan lidah, serta 
          pengucapan tidak jelas. Reumatisme artikulasi rahang bawah. Gusi mudah mendarah. 
          
          Perut. 
          Rasa berminyak. Bencikan manisan dan gula. Rasa seperti kapur terbakar dalam 
          gaster. Melarat selepas makan daging segar baru; serasi dengan daging salai. Rasa seperti ada bola naik ke kerongkong. 
			 
           Dispepsia berasid; 
          sakit sistem cerna disebabkan banyak zat asam.    
          
          Tinja. 
          Najis lembut dan kecil, bersaiz telur burung [Phos.]. Keras, bergetah, 
          diselaputi lendir; 
          berkilat seperti minyak gris, bentuk kecil-kecil;  
          dikeluarkan dengan banyak meneran, atau hanya dengan berak berdiri. 
          Pruritus: gatal teruk di dubur. 
          Kelumpuhan sebahagian dubur. Dubur rasa sakit dan membakar. Fistula dan berbuasir 
          besar. 
          
          Urin. 
           
          Terkencing bila batuk atau bersin 
          [Puls.] Kencing keluar dengan lambat/perlahan, dan kadang-kadang 
          tertahan. Kencing tidak sengaja bila mula tidur waktu malam, juga bila 
          terangsang sedikit.  
          Tidak boleh kencing 
          
          selepas dibedah. 
          Hilang deria rasa semasa kencing.    
          
          Perempuan. 
           
           
           
          
           Inersia uterin: kontraksi rahim 
          tidak kuat semasa pelahiran. Haid terhenti 
          pada waktu 
          malam; mengalir keluar hanya di siang hari 
          
          [Cyct.; Puls.] 
          Keputihan sebelah malam, disertai dengan lemah yang sangat [Nat. 
          mur.] Haid lambat, terlewat. [Con.; Graph.; Puls.] 
          
          Pernafasan. 
           
           
           
          
           Serak keparauan 
          serta sakit dalam dada. 
           Afonia: ilang suara. Larinks 
          rasa sakit. 
           Batuk, serta rasa sakit 
          pedih di dada. Kahak sedikit; 
           terpaksa ditelan. Batuk 
           
          serta sakit dalam pinggul, terutama sekali sebelah kiri, melarat 
          sebelah malam; 
           lega minum air sejuk, melarat panas tempat tidur. 
          Rasa sakit di pangkal kerongkong, pada trakea. Banyak lendir mukus di dada 
          di bawah sternum, yang dia 
          tidak boleh capai. Sakit dalam dada, serta berdebar-debar. Sukar berbaring 
          sebelah malam. Suara bergema-gema. Suara sendiri mengaum berdengung dalam telinga 
          dan menyusahkan. Penyanyi dan pemidato awam susah hendak mengeluarkan 
          suara (Royal).    
          
          Belakang. 
          Kekuatan belakang merosot. Lemah, kaku di antara bahu. Rasa sakit 
          ngilu di kuduk leher. 
          
          Ekstremiti. 
           
          Sakit reumatik tulang paha sebelah kiri, serta 
          kekebasan. Kelumpuhan satu-satu bahagian. Sakit mengoyak dalam kedua lengan dan 
          di tangan. Rasa berat dan kelemahan. Sendi-sendi sakit mengoyak-ngoyak. Otot-otot lengan depan dan tangan goyah. Kekebasan; kedua tangan 
          hilang rasa. 
           Otot tendon mencerut. Pergelangan kaki lemah. 
          Tidak boleh berjalan tanpa merasa derita sakit. 
           Mengoyak-ngoyak sakit 
          reumatik dalam anggota; lega dengan panas terutama sekali panas di tempat 
          tidur. Membakar dalam sendi-sendi. Lambat 
          boleh berjalan. Jalannya goyah 
          dan mudah jatuh. 
           Resah gelisah di kaki pada sebelah malam, Berbunyi 
          retakan dan tegang di kedua lutut; rasa kaku dalam liang lutut. Gatal 
          di bahagian belakang atau atas kaki. 
          
          Kulit. 
           
          Sakit di dalam lipatan kulit, 
          belakang telinga, di antara kelangkang.  
           Kutil ketuat besar, 
          menggerutu, mudah berdarah, pada hujung jari-jari dan di hidung. Luka 
          terbakar yang sudah lama tidak sembuh, dan kesan buruk dari terbakar. 
          Sakit akibat lecur terbakar. Parut-parut luka mengeruping, kecederaan 
          lama membuka semula. Kulit 
          cenderung untuk intertrigo atau keradangan semasa kanak-kanak tumbuh gigi. 
          
          Tidur. 
          Tersangat mengantuk; payah hendak berjaga atau membuka mata. Payah tidur sebelah 
          malam, serta panas dan kering, tidak tenteram. 
          
          Hubungan. 
           
          Berpandukan 
          penyiasatan teliti oleh 
          Dr. Wagner dari Basel, Causticum mempunyai persamaan dengan 
          Ammon causticum 4x.
          Causticum 
          tidak bersetuju dengan 
          Phosphorus; 
          kedua remedi ini tidak boleh digunakan selepas satu sama lain.  Diphtherotoxin 
          mengikuti, 
          Causticum dalam bronkitis kronik. 
          
			Antidot: Kelumpuhan 
          daripada keracunan plumbum. 
          Komplementari:
          
          Carbo; Petrosel. 
          Bandingkan:
           
          Rhus; Arsenic; Amm phos (paralisis 
          muka). 
          
          Modaliti. 
			
          
          Melarat dengan angin sejuk, kering, dalam 
           cuaca cerah,
          udara sejuk; daripada pergerakan kenderaan. 
           Lega dalam cuaca 
          lembap, basah; panas. Kehangatan katil 
          
			Dos. 
          Atenuasi ketiga hingga tiga puluh. Dalam sakit-sakit kronik dan 
          terutama dalam keadaan kelumpuhan, guna potensi lebih tinggi, sekali 
          atau dua kali seminggu. 
          
            
			
           
           
           
           
           
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |