| 
              
          CHINA OFFICINALIS 
          Peruvian Bark-China 
          (CINCHONA OFFICINALIS) 
          Kelemahan 
          yang berpunca daripada keluaran discaj yang meletihkan, daripada 
          kehilangan cecair-cecair hayat, bersama-sama dengan keadaan 
          nervous erethism, 
          memerlukan remedi ini. Ciri keberkalaan adalah paling ketara. Sensitif 
          kepada angin sejuk. Jarang sekali ditunjukkan dalam peringkat awal 
          penyakit akut. Gout kronik. Penanahan pielitis kronik. Sakit bila 
          angin terperangkap dalam gaster selepas pembedahan, tidak lega dengan 
          keluarannya. 
          
            
          
			Minda. 
          Bersikap apati, 
          tidak acuh, ingkar dan nakal, berat mulut, putus harapan. Idea-idea 
          bersesak-sesak memenuhi fikiran; 
          menghalang tidur. Berkecenderungan untuk mencederakan perasaan orang 
          lain. Menangis secara tiba-tiba dan bergelisah bolak-balik. 
          Kepala. 
          Seolah-olah tengkorak akan pecah. Perasaan seolah-olah otak 
          terumbang-ambing, 
          dan menghentak tulang tengkorak, lalu mendapat kesakitan teruk (Sulph; 
          Sulph ac). Kepala dan karotid  
          berdenyut-denyut kuat. Sakit kepala spasmodik 
          dalam verteks, serta diikuti dengan kesakitan, seolah-olah memar dalam sisi-sisi 
          kepala. Muka naik merah selepas hemoraj, 
          atau melakukan hubungan seks berlebihan, atau selepas hilang cecair 
          hayat. Lega dengan tekanan dan bilik panas. Kulit kepala sensitif; 
          melarat menyikat rambut. Sakit-sakit melarat dalam kawasan lapang, 
          daripada pelipis ke pelipis. Melarat dengan sentuhan, arus udara, 
          melangkah. Pening gayat apabila berjalan. 
          
			Mata. 
          Warna biru sekitar kedua mata. Kedua mata cengkung. Sklerotika 
          kekuninagn. Bintik-bintik hitam, 
          ilusi-ilusi menyilaukan mata yang terang; rabun malam dalam retina 
          pesakit anemia. Tompok-tompok di hadapan kedua mata. Fotofobia. 
          Herotan bebola mata. Sakit saraf siliari intermiten. 
          Tekanan dalam kedua mata. 
          Amaurosis; lakrimasi pedih menlecurkan. 
          
			Telinga. 
          Berdering dalam kedua telinga. 
          Telinga luar sensitif dengan sentuhan. Pendengaran sensitif terhadap 
          bunyi bising. 
          Lobul merah dan membengkak. 
          
			Hidung. 
          Selsema katar tersekat. Hidung mudah berdarah, terutama ketika bangun. 
          Koriza, 
          bersin, discaj air jernih. Bersin ganas 
          kering. 
          Berpeluh sejuk sekitar hidung. 
          
			Muka. Kulit 
          pucat. Muka mengembung; ,merah. 
          
			Mulut. Sakit 
          gigi; 
          lega menekan sesama gigi dengan kuat, dan dengan panas. Lidah 
          diselaputi 
          tebal, kotor; hujung membakar, diikuti oleh 
          
          ptialisme. Pengecapan pahit. 
          Makanan rasa terlalu masin. 
          Gaster. 
          Lembut, 
          sejuk. Muntahkan makanan tidak cerna. Penghadaman perlahan. Rasa berat 
          selepas makan. kesan buruk minum teh. Lapar tanpa ada selera. Tiada 
          rasa. 
          Sakit mencucuk-cucuk melintang dalam kawasan hipogastrik. Tidak serasi 
          dengan susu. Laparkan makanan, yang tertinggal tidak tercerna.  
          Flatulens; sendawakan cecair pahit 
          atau regurgitasi makanan yang tidak 
          memberikan kelegaan; melarat memakan 
          buah.  Tersedu. 
          Kekembungan lega dengan pergerakan. 
          
			Abdomen. 
          Kolik 
          flatulens yang kuat;    
          lega bila membongkok berlipat dua.  
          Abdomen timpanitik. 
          Sakit dalam hipokondrium kanan. 
          Kolik batu karang hempedu (Triumfetta 
          semitriloba). 
          
          
			Hati dan limpa membengkak dan membesar. 
          Jaundis.  Kesejukan
          dalam perut dan abdomen. Pengeluaran lendir dalam sistem cerna usus. 
          
			Tinja. 
          Tidak cerna, 
          berbuih, kuning;  tidak sakit; 
          melarat sebelah malam, selepas makan, sewaktu cuaca panas,
          daripada  
          buah-buahan, susu, bir.  
          Sangat melemahkan, serta kembung banyak. Sukar keluar walaupun ianya 
          lembut. (Alum; Plat). 
          
          
          Lelaki.
          Khayalan nafsu yang menghairahkan. Kerap emisi, diikuti dengan rasa
          sangat lemah. Orkitis.
          
           
          
          
          Perempuan. Haid terlalu awal. 
			 
          
           Gumpalan
          darah beku kehitaman dan abdomen kekembungan. Haid melimpah serta
          sakit. Kehendak nafsu terlalu kuat. Leukorea berdarah. Kelihatan
          seperti ia mengambil tempat discaj haid biasa. Rasa berat
          menyakitkan pada pelvis.
			
          
          
           
          
          
          Respiratori. Influenza, serta kelesuan. Tidak boleh bernafas dengan kepala
          direndahkan. Banyak mengguna tenaga, pernafasan lambat; sentiasa
          tersedak.  
          
          Katar 
          kahak
          seperti melemaskan; berdetar-detaran
          dalam dada; ganas, batuk sering dan kering 
           tiap kali selepas makan. Pendarahan dari paru-paru. Dispnea, sakit
          menusuk tajam di paru-paru kiri. 
          Asma, melarat bila cuaca lembap.
			
          
          
           
          
          
          Jantung.  Tidak teratur serta
          detikan cepat dan lemah yang diikuti dengan detikan keras, kuat. 
          Serangan yang melemaskan, sinkop; anemia dan dropsi.
          
           
          
          
          Belakang. Sakit menusuk tajam di kawasan ginjal, melarat bila bergerak dan di
          sebelah malam. Sakit seperti dihiris pisau di keliling belakang.
          
          (D. MacFarlan) 
          
          
          Ekstremiti. 
			 
          
           Sakit dalam anggota 
          badan dan
          sendi-sendi, seolah-olah terseliuh; 
           melarat,
          disentuh sedikit; tekanan 
          kuat melegakan. Rasa seolah-olah tali halus
          mengikat sekeliling anggota badan. Sendi-sendi membengkak; sangat sensitif, terhadap
          gertakan atau udara lapang. Tersangat lemah, menggeletar, serta rasa
          kebas. Benci senaman; sensitif kepada sentuhan. Sendi-sendi kehausan; 
          melarat di waktu pagi dan bila duduk.
			
          
          
           
          
          
          Kulit. 
			  
           
          
          Terlalu sensitif kepada sentuhan,
          tetapi tekanan kuat  
           melegakan.  
          
          Kedinginan; namun keringat
          banyak. Sebelah tangan sejuk seperti air batu, sebelah lagi hangat.
          Anasarka; busung, bengkak akibat penimbunan cecair. (Ars.;
          Apis.]  
           Dermatitis,
          erisipelas. Kelenjar mengeras; ulser skrofulus dan karis.   
           
          
           
          
          
          Tidur.
          Mengantuk. Tidak segar atau sentiasa hampir pengsan. Bangkit awal. 
          Tidak dapat tidur berterusan. Cemas, mimpi-mimpi yang
          menakutkan serta sedar dan keliru semasa terjaga, sehingga mimpi tidak
          dapat dilupakan dan ketakutan terhadap mimpi itu terus tinggal dalam
          ingatan. Berdengkur, terutamanya kanak-kanak.
          
           
          
          
          Demam.
          Berselang-seli, paroksisme: kedatangan sawan dapat dijangka; kembali
          setiap minggu.  Semua
          peringkat amat jelas.  
          
           Seram
          sejuk 
          umumnya semasa pagi, bermula di dada; 
          dahaga sebelum tiba
          seram sejuk, dan hausnya sedikit tetapi kerap. [Cap.]
          Berpeluh malam, melemahkan. Perpeluhan banyak disebabkan oleh sedikit
          berkuat, terutamanya ke atas satu-satu bahagian. Demam jerami, koriza
          berair jernih, sakit di pelipis.
			
          
          
           
          
          
          Modaliti. 
			 
          
           Melarat, walau disentuh sedikit.
          Tiupan udara; berselang sehari; Kehilangan cecair vital; tengah malam; 
          
          selepas makan; menunduk. Lega
          bila membongkok berlipat dua; tekanan kuat; udara lapang; kehangatan.
			
          
          
           
          
			Hubungan. 
          Antidot:  Arn; Ars; 
          Nux; Ipec. 
          
			Bandingkan:-Quinidin. 
          Cephalanthus. Ars; 
          Cedron; Nat sulph. Cydonia vulgaris. 
          
			Komplementari:
          
          Ferrum; Calc phos. 
          
			Dos. Tinktur, 
          hingga potensi tiga puluh. 
            
          
          	 
          	 
          	 
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |