| 
           COFFEA CRUDA 
          Unroasted Coffee 
          Merangsang 
          aktiviti fungsian semua organ-organ, menambah aktiviti saraf dan 
          vaskular. Meminum kopi oleh orang-orang tua berkemungkinan 
          meningkatkan pengeluaran asid urik, yang menyebabkan iritasi 
          ginjal-ginjal; sakit otot-otot dan sendi-sendi, dan dengan peningkatan 
          kerentanan (susceptibility) pada orang tua terhadap rangsangan 
          kopi dan teh, pengambilan bahan-bahan tersebut bolehlah dikurangkan 
          dan diawasi. Agitasi saraf dan resah gelisah yang hebat. Kesensitifan 
          ekstrim merupakan karakteristik remedi ini. Sakit saraf neuralgia di 
          pelbagai bahagian; selalunya disertai kerangsangan saraf yang hebat 
          dan  tiada ketahanan terhadap kesakitan, 
          ini menjadikan pesakit berputus asa. 
          Aktiviti luar biasa minda dan 
          tubuh. Kesan-kesan buruk emosi yang 
          tetiba, kejutan luar jangka, kegembiraan, dan sebagainya. Palpitasi 
          saraf. Coffea adalah lebih sesuai bagi individu yang tinggi, kurus 
          kurang lemak, orang-orang jenis membongkok serta berkulit gelap, 
          bersifat pemarah (choleric) dan optimis (sanguine). 
          Kulit hipersensitif. 
          
            
          Minda. 
          Riang kegirangan, mudah memahami, iritabiliti, teruja; deria-deria 
          akut. Mudah terpengaruh, terutama untuk tanggapan yang menyenangkan. 
          Penuh dengan idea-idea, cepat bertindak. Dilambung gelora penderitaan 
          (Acon). 
          
			Kepala. 
          Sakit rasa ketat, melarat daripada bunyi bising, bau-bauan, narkotik. 
          Perasaan seolah-olah otak telah 
          dikoyak hancur, seolah-olah paku ditusukkan ke dalam kepala.
          Melarat berada di kawasan lapang.
          Pendengaran sensitif. 
          
			Muka. Panas 
          kering, serta kedua pipi merah. Sakit prosopalgia merebak ke gigi 
          geraham, dua telinga, dahi, dan kulit kepala. 
          Mulut. 
          Sakit gigi; dilegakan buat sementara waktu dengan menakung air sejuk 
          (air batu) di dalam mulut (lawan 
          Mangan.). Makan dan minum secara 
          tergopoh-gapah. Rasa terlalu lembut. 
          
			Gaster. 
          Lapar keterlaluan. Tidak tahan dengan pakaian ketat. Selepas wain dan 
          minuman keras. 
          
			Perempuan. 
          Haid terlalu awal dan berkekalan lama. Dismenorea, banyak darah hitam 
          beku. Vulva dan faraj 
          hipersensitif. 
          Rasa gatal yang menghairahkan . 
          
			Tidur. 
          Tidak dapat tidur; sentiasa bergerak-gerak. Tidur sehingga jam 3 pagi, 
          selepas itu tidur sekejap-sekejap. Terbangun dengan kejutan atau rasa 
          terkejut, tidur terganggu oleh mimpi-mimpi. 
          Tidak dapat tidur, akibat kegiatan mental; 
          mengalir idea-idea, beserta kerangsangan saraf. Diganggu oleh gatal 
          pada dubur. 
          
			Respiratori. 
          Batuk pendek, kering semasa sakit campak di kalangan kanak-kanak 
          nervous, lemah serta rapuh. 
          
			Jantung. 
          Palpitasi hebat, tidak regular terutama selepas terlampau gembira atau 
          terkejut. Tekanan tinggi nadi yang cepat dan pendaman urinari. 
          
			Ekstremiti. 
          Sakit saraf crural neuralgia; melarat, pergerakan, tengahari 
          dan malam; lega, dengan tekanan. 
          Modaliti .
          Melarat, 
          emosi melampau (kegembiraan), narcotik, bau-bauan kuat, bunyi bising, 
          udara lapang, sejuk, malam. Lega, 
          kehangatan, daripada berbaring; menakung ais dalam mulut. 
          Hubungan. 
          Tidak cocok: Camph; Coccul.
           
          Komplementari:
          Acon. 
          
			Bandingkan:
          
			Kopi hitam yang keras, 
          diminum seberapa panas yang mungkin, menjadi sebagai satu antidot 
          dalam sejumlah besar racun, khususnya narkotik. Kopi panas dimasukkan 
          ke dalam rektum dalam kes-kes jatuh pengsan yang ekstrim. 
          Antidot:
          Nux; Tabac. 
          
			Dos. Potensi 
          ketiga hingga dua ratus. 
            
          
          	 
          	 
          	 
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |