| 
           CORALLIUM RUBRUM 
          Red Coral 
          (CORALLIUM) 
          Ujibukti 
          (provings) batu karang menunjukkan pembentukan banyak koriza 
          dan epistaksis, malahan juga pengulseran di dalam lubang hidung. Ia 
          juga patut difikirkan bagi rawatan batuk kokol dan batuk-batuk 
          spasmodik, terutama apabila serangan timbul disertai dengan 
          batuk yang terlalu pesat, 
          dan bila serangan-serangan menuruti terlalu rapat seolah-olah saling 
          bertindih antara satu sama lain. Sering pula ia didahului oleh 
          perasaan kelemasan, diikuti oleh penat keletihan. Kongesi pada muka 
          selepas makan malam. Muka pesakit menjadi ungu. 
          Paroksisme hebat, 
          bahkan disertai ekspektorasi 
          mengandungi darah. Perasaan seolah-olah udara dingin mengalir melalui 
          tengkorak dan saluran udara. Pesakit merasakan terlalu sejuk bila 
          tidak diselimuti dan terlalu panas bila diselimut; lega dengan haba 
          tiruan. 
          
            
          
			Kepala. 
          Merasakan terlampau besar; sakit kuat seolah-olah tulang parietal 
          telah direnggangkan; melarat bila membongkok. Kedua mata panas dan 
          menyakitkan. Sakit kepala frontal yang sudah berakar umbi serta sakit 
          teruk di belakang bebola mata. Sakit ditambah melarat bila bernafaskan 
          udara sejuk melalui hidung. 
          Hidung. 
          Bau-bau asap, bawang, dan sebagainya. Ulser menyakitkan dalam lubang 
          hidung. Katar belakang hidung. 
          Rembesan mukus banyak, keluar melalui lubang hidung posterior; 
          udara terasa sejuk. Koriza kering; hidung tersumbat dan berulser. 
          Epistaksis. 
          
			Mulut. 
          Makanan terasa bagaikan habuk gergaji. Roti rasa seperti jerami. Bir 
          terasa manis. Sakit dalam persendian rahang bawah sebelah kiri. Sangat 
          sukakan masin. 
          
          Respiratori. Mengahak keluar mukus yang berlebihan. Kerongkong 
          sangat sensitif, terutama kepada
          udara. 
          Katar hidung, banyak berlebihan. Udara yang disedut terasa sejuk (Cistus).
          Sekresi 
          cecair lendir yang banyak keluar melalui lubang hidung posterior. 
          Kering, spasmodik, 
          batuk menyesakkan; batuk terlalu pesat, pendek, menyalak. Batuk serta 
          kepekaan saluran udara; terasa 
          sejuk ketika menarik nafas panjang. 
          Batuk berterusan seperti histeria. Perasaan sesak lemas dan letih 
          kepenatan selepas batuk kokol. 
          
			Lelaki. 
          Borok ulser atas glan dan kulup dalaman (prepuce), serta cecair 
          warna kuning (ichor). Emisi dan kelemahan tenaga seksual. 
          Perpeluhan berlebihan pada alat kemaluan. 
          
			Kulit. Ulser 
          merah, leper. Berwarna batu karang (coral coloured), kemudian 
          jadi bintik-bintik merah gelap, selepas itu berubah menjadi 
          bintik-bintik warna tembaga. Psoriasis pada telapak tangan dan tapak 
          kaki. 
          Modaliti.
          Melarat 
          dalam udara terbuka, perubahan suhu bilik dari panas kepada sejuk. 
          Hubungan. 
          Komplementari: Sulph. 
          Bandingkan:
          Bellad; Droser; Mephit; Caust. 
          
			Dos. 
          Atenuasi ketiga hingga tiga puluh. 
          
          
            
          
          	 
          	 
          	 
           
           
           
           
			
			Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020
			   |