| 
             
            
            Kembali | CUPRUM METALLICUMCopper
 
          Gangguan-gangguan spasmodi, krem, 
          konvulsi-kekejangan, bermula dalam jari-jari tangan dan jari-jari 
          kaki, ganas, kontraktif, dan sakit intermiten, adalah beberapa ciri 
          yang dizahirkan mengenai tindakan Cuprum; dan oleh itu jangkauan 
          penyembuhannya termasuk spasma tonik dan klonus, sawan-konvulsi, dan 
          serangan-serangan epilepsi. Korea akibat ketakutan. Loya yang lebih 
          hebat daripada yang terdapat dalam remedi lain. Dalam epilepsi, 
          suasana aura bermula di kedua lutut, menaik ke hipogastrium; kemudian 
          ketidak-sedaran, membuih, dan jatuh rebah. Simptom-simptom cenderung 
          muncul secara berkala dan dalam berkumpulan. Adu-aduan bermula dalam 
          sebelah kiri (Laches). 
          Cacing pita (berkoloid Cuprum 3x). 
           
			Di mana berlakunya 
          erupsi, sebagaimana dalam demam skarlet, adu-aduan mungkin menyebabkan, 
          sesuatu seperti muntah-muntah berlebihan, keadaan hampir pengsan, 
          sawan-konvulsi, yang mana semuanya adalah dalam ruang lingkup kerja 
          remedi ini. Sakit-sakitnya bertambah dengan pergerakan dan sentuhan. 
			Kepala. 
          Idea-ideanya tetap, berniat jahat dan murung. Menggunakan kata-kata 
          yang dia tidak berniat. Takut. Perasaan hampa, kosong. Bengkak 
          berwarna ungu, merah di kepala, beserta konvulsi. Sakit memar di dalam 
          otak dan kedua mata ketika memusingkannya. Meningitis. Sensasi 
          seolah-olah air disimbah ke atas kepala. Pening gayat mengiringi 
          banyak penyakit atau sakit-sakit, kepala jatuh ke hadapan ke atas 
          dada. 
			Mata. 
          Sakit-sakit atas mata. Pandangan tetap, merenung, cengkung, 
          berkilau-kilau, berpusing ke atas. Juling, menyilang. Bebola mata 
          berputar-putar cepat dengan mata terpejam. 
			Muka. 
          Terherot, pucat kebiruan-biruan, 
          serta bibir juga biru. Cerut kontraksi 
          rahang-rahang, serta berbusa di mulut. 
			Hidung. 
          Sensasi kesesakan hebat darah naik ke hidung (Melilot). Mulut. 
          Pengecapan berlogam kuat, halus berlendir, 
          serta keluar air liur. Penonjolan dan penarikan balik lidah secara 
          berterusan, seperti lidah seekor ular (Lach). 
          Paralisis lidah. Bertutur dengan gagap. Gaster. 
          Tersedu mendahului kejang-spasma. Loya. 
          Muntah, dilegakan dengan meminum air sejuk; serta kolik, diarea, 
          kekejangan. Rasa berlogam kuat (Rhus).
          Apabila 
          minum, cecair turun dengan bunyi membuak kumuran 
          (Laur). 
          Mengidamkan minuman sejuk. Abdomen. 
          Tegang, panas dan lembut apabila disentuh; 
          mencerut. 
          Sakit neuralgia pada visera abdomen. 
          Kolik, 
          ganas dan intermiten. Intususepsi. 
			Tinja. Tahi 
          hitam, menyakitkan, mengandungi darah, serta tenesmus dan kelemahan. 
          Kolera; serta kekejangan dalam abdomen dan labu betis. Perempuan. 
          Haid terlalu lewat, berlarutan. Krem, merebak ke dalam dada, sebelum, 
          semasa, atau selepas pemendaman haid. Juga, daripada pendaman peluh 
          kaki (Sil). 
          Darah menggelegak; palpitasi. Klorosis. 
          Sakit selepas bersalin. Jantung. 
          Angina pektoris. Nadi perlahan; atau keras, penuh dan cepat. Palpitasi, 
          kebimbangan dan kesakitan prekordium. Degenerasi lelemak (Phytol). 
          Respiratori. Batuk seolah-olah bunyi kumuran, lega dengan meminum 
          air sejuk. Serangan-serangan menyesakkan, melarat jam 3 pagi (Am 
          c). 
          Spasma dan konstriksi 
          pada dada; asma spasmodik, berselang-seli dengan muntah spasmodik. 
          Batuk kokol, lega, menelan air, serta muntah dan spasma dan juga muka 
          keungu-unguan. Spasma peti suara, glotis. Dispnea beserta kegelisahan 
          epigastrik. Dispnea spasmodik sebelum haid. Angina serta 
          simptom-simptom asma dan kejang-krem (Clarke). Ekstremiti. 
          Renggutan, sentakan otot-otot. Kesejukan pada kedua tangan. Krem dalam 
          telapak tangan. Anggota badan teramat keletihan. 
          Kejang-krem dalam labu betis dan tapak kaki. 
          Epilepsi; aura bermula dalam kedua lutut. Ibu jari tergenggam. Spasma 
          klonik, bermula dalam jari-jemari tangan dan jejari kaki. Kulit. 
          Kebiru-biruan, bercorak mar-mar. 
          Ulser-ulser, tompok-tompok gatal, dan jerawat-jerawat pada perlipatan 
          sendi. Geligata kronik dan lepra (Hughes). 
			Tidur. 
          Nyenyak, serta kejutan dalam badan. Semasa tidur bunyi deram-derum 
          bergemuruh dalam abdomen. Modaliti.
          Melarat, 
          sebelum haid; daripada muntah, bersentuhan. Lega, semasa 
          perpeluhan, minum air sejuk. Hubungan. 
          Antidot: Bell; Hepar; Camph. 
          Tembaga ditemui dalam Dulcam, 
          Staphisag, Conium dan dalam lelain 
          tumbuhan. Juga dalam King-crab 
          (Limulus). Komplementari:
          Calc. 
			Bandingkan:
          Cupr sulph (membakar 
          di verteks; 
          Batuk, spasmodik yang berterusan; melarat waktu malam; lidah dan bibir 
          kebiruan; secara lokal, Cupr sulph 
          dalam 1-3 peratus larutan dalam sarkoma yang tidak boleh dibedah).
          Cupr cyan 
          (meningitis basilaris); Cholas 
          terrapina (krem dalam labu betis dan 
          kaki; reumatisme, serta sakit-sakit seperti krem); 
          Plumb; Nux; Veratr. Cuprum oxydatum nigrum 
          1x (semua jenis cecacing, termasuk cacing pita dan trichinosis 
          menurut kenyataan pengalaman 60 tahun Zopfy). 
			Dos. Potensi 
          keenam hingga tiga puluh. 
          
            
          	 
          	 
          	 
           
           
           
          Versi/Edisi Bahasa Melayu, 
			Malaysia dan Indonesia © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2020 |