Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ABIES CANADENSIS-PINUS CANADENSIS
Hemlock Spruce

Membran mukus mendapat kesan daripada Abies Can dan simptom-simptom gastrik adalah petanda paling jelas, serta satu keadaan katar perut dihasilkan. Terdapat ketagihan luar biasa dan perasaan dingin yang amat karakteristik, terutama bagi wanita yang mengalami pengalihan rahim (uterine displacement), yang mungkin disebabkan oleh nutrisi yang tidak sempurna serta kelemahan (debility). Pernafasan dan tindakan jantung bekerja sangat kuat. Ingin berbaring setiap masa; kulit sejuk dan melekit, kedua tangan sejuk; sangat pucat. Paru-paru kanan dan hati terasa kecil dan keras. Gleet: Discaj menanah akibat infeksi gonorea.

Kepala. Rasa pening-pening lalat, mabuk sedikit. Cepat marah.

Perut. Lapar kebulur, serta hati tidak cergas. Rasa lapar menggigit-gigit, ada perasaan lemah di kawasan hulu hati. Selera kuat, kepinginkan daging, jeruk, lobak, lobak putih, articok, dan makanan pelawas. Berkecenderungan untuk makan lebih daripada kemampuan pencernaan. Membakar dan perut serta abdomen kembung dengan palpitasi (dada berdebar). Flatulens mengganggu tindakan jantung. Rasa sakit di sebelah tulang kipas kanan. Juga sembelit beserta rasa membakar di dalam rektum.

Perempuan.Rahim beralih (uterine displacement). Rasa sakit pada fundus uterus, lega bila ditekan atau urut. Keletihan (prostration); ingin membaringkan diri setiap masa. Ia merasakan rahimnya lembut dan tidak bermaya.

Demam.Menggigil kesejukan, seolah-olah darah itu bagaikan air sejuk (Acon). Sejuk kedinginan turun ke belakang. Rasa bagaikan air sejuk di antara kedua bahu (Ammon mur). Kulit melekit peluh dan melekat. Berpeluh malam (China).

Dos.Potensi pertama hingga ketiga.

  

 

  

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021