Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ABIES NIGRA
Black Spruce

Merupakan satu remedi yang bertenaga dan bertindak lama dalam pelbagai rupa bentuk penyakit, khususnya bila terdapat simptom masalah perut yang jelas. Kebanyakan simptomnya berhubung dengan gangguan gastrik. Boleh digunakan dalam kes dispepsia di kalangan orang berumur, yang disertai simptom fungsian jantung; juga selepas meminum teh atau menghisap rokok. Baik untuk sembelit, dan sakit di kawasan luar meatus.

Kepala. Panas, serta kedua pipi merah. Kurang semangat. Lembab di waktu siang, selalu terjaga di waktu malam. Tidak dapat berfikir.

Gaster. Sakit dalam perut selalu menyerang selepas makan. Rasa seperti ada ketulan yang menyakitkan, seolah-olah telur rebus keras tertinggal di hujung kawasan kardiak dalam perut; rasa mencerut berterusan di bahagian atas sedikit dari hulu hati, seolah-olah semua benda bersimpul. Tiada selera langsung di waktu pagi. Tetapi di sebelah tengahari dan malam, terasa sangat lapar. Nafas berbau busuk. Kuat bersendawa

Dada. Rasa amat sakit, seolah-olah sesuatu melekat dalam dada dan terpaksa dibatukkan keluar; paru-paru rasa dimampatkan. Tidak boleh dikembangkan sepenuhnya. Melarat bila dibatukkan; keluar cecair dari dalam perut (waterbrash) selepas batuk. Rasa tersedak dalam kerongkong. Dispnea; melarat bila berbaring; sakit menusuk tajam bagai dipotong-potong dalam jantung, tindakan jantung berat dengan penat, dan perlahan; takikardia, bradikardia.

Belakang. Sakit di tengah-tengah bahagian belakang pinggang. Sakit sengal reumatik dan kesakitan dalam tulang-tulang.

Tidur. Terjaga dan gelisah pada waktu malam, dengan rasa lapar. Mimpi-mimpi yang buruk sahaja.

Demam. Panas dan sejuk bersilih ganti; demam intermiten kronik, serta rasa sakit dalam perut.

Modaliti. Melarat selepas makan.

Hubungan. Bandingkan (gumpalan dalam perut - China, Bryon, Pulsat); Juga Conifers lain - Thuja, Sabina, Cupressus. (masalah kurang cerna yang menyakitkan), juga Nux vom, dan Kali carb.

Dos. Potensi pertama hingga ketiga puluh.

   

***   ***

Bandingkan dengan : China, Bryon, Pulsat, (ada ketulan dalam perut.)  Bandingkan juga dengam Thuja, Sabina, Cupressus. Nux vom, dan Kali carb. Khususnya  dalam masalah kurang cerna.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2021