Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ABRUS PRECATORIUS -- JEQUIRITY
Crab's Eye Vine
(JEQUIRITY - ARBRUS PRECATORIUS)

Epitelioma, lupus, ulser, kedua kelopak mata bergranul.

Mata.Konjunktivitis bernanah; keradangan merebak ke bahagian muka dan leher. Oftalmia bergranul. Keratitis.

Hubungan.-- Bandingkan: Jequiritol (dalam kes trakoma dan panus dalam membentuk satu inflamasi penanahan baru. Racun proteid yang terkandung di dalam bijian Jequirity hampir identikal daripada segi sifat-sifat toksik dan fisiologi dengan kandungan asas yang serupa yang ditemui di dalam bisa ular).

Dos.Tinktur ibu dicairkan serta diguna secara lokal. Potensi 3x diambil secara internal.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021