Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ACALYPHA INDICA
Indian Nettle

Acalypha Indica memiliki tindakan yang ketara ke atas saluran pencernaan dan organ-organ respiratori. Ianya ditunjukkan dalam permulaan ftisis yang disertai batuk keras memeritkan, ludahan kahaknya mengandungi darah, hemoraj arteri, tetapi tiada gangguan demam. Pesakit lemah di sebelah pagi, semakin bertenaga di siang hari. Emasiasi progressif. Semua hemoraj patologi mempunyai agravasi di waktu pagi.

Dada.-- Batuk jenis kering, keras, diikuti dengan batuk darah (Haemoptysis); melarat di sebelah pagi dan di sebelah malam. Sakit teruk dalam dada dan berterusan. Darahnya merah menyala dan tidak banyak di sebelah pagi; merah kehitaman dan bergumpal di waktu tengahari. Nadi lembut dan mampat. Membakar di dalam farinks, esofagus, dan gaster.

Abdomen.Membakar di dalam usus. Najis diarea keluar menggerutup serta mengeluarkan angin kentut yang kuat, Sakit meneran ke bawah dan tenesmus. Kembung berkeroncong, dan sakit mencengkam di dalam abdomen. Hemoraj rektum; melarat di waktu pagi.

Kulit.-- Jaundis. Miang gatal dan bengkak seperti bisul dengan lilitan terbatas.

Modaliti.-- Melarat di sebelah pagi.

Hubungan. Bandingkan: Millefol; Phosphor; Acetic acid; Kali nit.

Dos. Potensi ke tiga hingga keenam.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2017