Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ACETICUM ACIDUM
Glacial Acetic Acid
(ACETIC ACID)

Bahan ubat ini menghasilkan keadaan anemia yang dalam/teruk, serta beberapa simptom-simptom dropsi, kelesuan yang bersangatan, kerap pitam, dispnea, jantung lemah, muntah-muntah, kencing banyak dan berpeluh. Hemoraj daripada mana-mana bahagian tubuh. Penawar ini dirujuk khusus bagi orang yang pucat, kurus serta otot-ototnya lembik dan kendur. Kelesuan dan menyusutkan badan. Acetic acid mempunyai kuasa mencecairkan mendapan berfibrin dan albumin. Kanser epitelium, internal dan lokal (W Owens). Sikosis beserta nodul dan pembentukan di dalam sendi-sendi. Syanker atau ulser keras. Jika guna tinktur 1x, ia akan melembutkan dan menyebabkan terbentuknya nanah.

Minda.-- Merengsa, bimbang mengenai urusan perniagaan.

Kepala.—Sakit kepala akibat tekanan saraf, daripada salahguna narkotik. Darah meluru ke arah kepala serta meracau. Salur temporal mengembung. Rasa sakit merentasi pangkal lidah.

Muka.-- Pucat, putih licin, kekurusan. Kedua matanya cengkung (ke dalam), dikelilingi gegelang hitam. Merah padam. Berpeluh. Epitelioma pada bibir. Kedua pipi merah padam. Sakit di bahagian kiri rahang.

Gaster.-- Peliuran. Fermentasi di dalam perut. Amat haus dan rasa membakar. Minuman sejuk menambahkan distres. Muntah selepas mengambil apa saja makanan. Lembut di kawasan epigaster. Sakit membakar seolah-olah mendapat ulser. Kanser perut. Sendawa masam dan muntah-muntah. Keluar cecair asid panas dari dalam perut (burning waterbrash) dan liur keluar dengan banyak. Hiperklorhidria dan kolik gaster. Sakit membakar teruk di dalam perut  dan dada, diikuti dengan kulit kesejukan dan peluh sejuk di dahi. Perutnya dirasakan seolah-olah dia telah mengambil (makan) terlalu banyak cuka atau asam.

Abdomen.—Terasa bagaikan abdomen tenggelam, mengalami kecut perut. Kerap keluar najis cair, melarat di sebelah pagi. Timpanik. Asites. Hemoraj daripada usus.

Urin.— Terdapat urin berwarna pucat dalam kuantiti yang banyak. Diabetes, serta kehausan hebat dan kelesuan (Phos ac).

Perempuan.— Katamenia: haid melimpah banyak. Hemoraj lepas bersalin. Loya masa hamil. Payu dara membesar dengan menyakitkan, mengembung dipenuhi susu. Susu kurang berkualiti, kebiruan, transparen, masam. Anemia pada ibu-ibu yang menyusu.

Respiratori.-- Parau, pernafasannya berdesir; sukar bernafas; batuk ketika menarik nafas. Krup bermembran. Iritasi trakea dan tiub bronkial. Seolah-olah tisu membran di dalam kerongkong. Bronkorea berlebihan. Sakit tekak berbau busuk (bila berkumur).

Belakang.—Sakit di bahagian belakang, lega hanya bila berbaring atas abdomen.

Ekstremiti.-- Emasiasi. Edema pada kaki dan anggota kaki.

Kulit.—Kulit pucat, putih licin, bengkak beredema. Membakar, kering, kulitnya panas atau dimandikan oleh peluh yang banyak. Rasa pada permukaan kulit tubuh semakin menghilang. Berguna selepas disengat, digigit, dan sebagainya. Bengkak varikos. Skurvi; anasarka. Memar; terseliuh.

Demam.—Demam hektik, serta berpeluh malam sampai basah. Bintik merah pada pipi kiri. Tiada rasa haus semasa demam. Rasa menggelegak. Peluh banyak dan sejuk.

Hubungan.-- Acetic acid merupakan antidot kepada semua wap anestetik. Boleh bertindak balas kepada keracunan sosej.

Bandingkan: Ammon acet (Banyak urin sakarin, pesakit bermandikan peluh). Benzoin oderiferum--Spice-wood (night sweats). Ars; China; Digitalis; Liatris (Anasarka umum dalam jantung dan penyakit buah pinggang, dropsi, dan diarea kronik).

Dos.—Potensi ke tiga hingga tiga puluh. Tidak harus diulang terlalu kerap, kecuali bagi kes krup.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021