ADONIS VERNALIS
Pheasant's Eye
Merupakan ubat jantung,
selepas reumatisme atau influenza, atau penyakit Bright, di mana
otot-otot jantung berada di peringkat penjanarosotan lelemak,
berupaya mengawal nadi dan menambahkan kuasa kontraksi jantung,
serta rembesan urin turut meningkat. Ia amat berguna di dalam dropsi
kardiak. Kurang daya tenaga, serta jantung lemah dan perlahan, nadi
lemah. Hidrotoraks, asites. Anasarka.
Kepala.—Rasa
ringan; sakit merentasi hadapan,
dari oksiput sekitar pelipis sehingga
ke kedua mata. Vertigo ketika
bangkit, segera memalingkan kepala atau membaringkan diri. Tinitus.
Kulit kepala terasa ketat. Kedua mata membeliak.
Mulut.— Licin,
lembik. Lidah kotor kuning, sakit, rasa melepuh.
Jantung.— Regurgitasi
aortik dan mitral. Aortitis kronik, Perikarditis jantung lelemak.
Endokarditis Reumatik (Kalmia).
Sakit prekordial, palpitasi, dan
dispnea. Bengkak/Engorgemen pembuluh vena
jelas ketara. Asma kardiak (Quebracho).
Jantung banyak lemak. Miokarditis, tindakan
jantung tidak sekata, mencerut dan vertigo. Nadi cepat, tidak sekata.
Perut.—
Beban
berat. Laparnya menggigit. Rasa kecut perut di dalam epigastrium.
Lega bila keluar daripada rumah.
Urin.— Nampak
seperti lapisan nipis berminyak di dalam urin. Sedikit, beralbumin.
Respiratori.— Kerap
kepingin untuk menarik nafas panjang. Rasa berat atas dada.
Tidur.— Resah
gelisah, serta bermimpi-mimpi yang menggerunkan.
Ekstremiti.— Rasa
sakit pada pangkal leher. Tulang spina tegang dan sakit. Edema.
Hubungan.--
Adonidin
merupakan tonik jantung dan diuretik. Dengan
mengambil suku grain sehari, atau dua hingga lima grain daripada 1x
( triturasi decimal) boleh meningkatkan tekanan arteri dan
memanjangkan diastol, membantu mengosongkan vena yang penuh/bengkak.
Ia juga merupakan pengganti terbaik Digitalis dan tidak bersifat
kumulatif dalam tindakan.
Bandingkan:
Digit; Cratoeg; Conval; Strophanthus.
Dos.—
Guna tinktur sebanyak lima hingga 10 titis.
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2021
|