Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ADRENALINUM
An Internal Secretion of Suprarenal Glands
(ADRENALIN)

Adrenalina atau Epinephrine, bahan aktif medula pada kelenjar suprarenal, (rembesan korteks yang belum lagi diasingkan), digunakan sebagai satu hantaran kimia dalam peraturan aktiviti-aktiviti tubuh; bahkan sebenarnya, kehadirannya adalah penting kepada aktiviti saraf simpatetik. Tindakan Adrenalina ke atas mana-mana bahagian adalah sama dengan stimulasi pada hujungan saraf simpatetik. Pengunaan lokal (1: 1,000 solusi) untuk membran mukus secara segera menyebabkan iskemia sementara, dapat dilihat pada  muka yang pucat, berterusan beberapa jam daripada instilasi konjunktiva. Tindakannya adalah sangat pantas, cekap, bertempoh singkat, disebabkan pengoksidaan pesat dan oleh itu boleh dikatakan amalannya tidak berbahaya, melainkan jika sering diulangi, (contoh) apabila ateroma dan lesi jantung -- miokardial—pada haiwan seperti yang telah dilaporkan. Arteri, jantung, badan-badan suprarenal dan sistem vasomotor jelas terganggu.

. Tindakan utama Adrenalina adalah rangsangan pada hujungan simpatetik, terutama kawasan splanknik, menyebabkan konstriksi arteriol periferal, lantas mengakibatkan kenaikan tekanan darah. Ini dapat diperhatikan terutama pada gaster, intestin; sedikit dalam uterus, kulit; tiada langsung dalam otak dan paru-paru. Tambahan lagi, ia dikesan, memperlahankan nadi, (medullary vagus stimulation), dan mengukuhkan denyutan jantung (increased myocardial contractility), menyerupai Digitalis; meningkatkan aktiviti kelenjar/glandular, glikosuria; depresi pusat respiratori; kontraksi tisu otot mata, uterus, vagina; pengenduran tisu otot gaster, intestin, pundi kencing.

Kegunaan. Penggunaan terapeutik yang utama bergantung kepada tindakan pencerutan vaso; oleh itu paling berkuasa dan segera terhadap astringen dan hemostatik; dan khasiatnya tidak ternilai dalam pengawasan (menghalang) hemoraj kapilari, daripada semua bahagian, di mana aplikasi lokal atau langsung dapat dilakukan: hidung, telinga, mulut, kerongkong larinks, gaster, rektum, uterus, pundi kencing. Keadaan hemoraj yang bukan disebabkan oleh kecacatan penggumpalan darah. Langsung tiada pendarahan, iskemia, boleh dicetuskan dengan bebas tanpa mudarat. Secara lokal, solusi (1: 10,000-1: 1,000) disembur atau digunakan atas kapas telah benar-benar memberi kesan dalam pembedahan tanpa tumpahan darah pada mata, hidung, kerongkong dan larinks.

Kongesi pada sinus etmoid dan sfenoid, juga demam jerami, telah jelas dapat dikurangkan dengan cara semburan klorida Adrenaline panas, 1: 5,000. Di sini bandingkan, Hepar 1x, yang akan memulakan sekresi dan mempermudahkan penyaliran. Penyakit Werlhoff, secara hipodermik, 1: 1,000. Secara eksternal, ia telah digunakan dalam neuritis, neuralgia, sakit refleks, gout, reeumatisme, sebagai satu salap ointment, 1-2 m of (1: 1,000) solusi, pada sepanjang trunkus saraf (nerve trunk) di titik kulit yang terdekat dengan puncanya (H. G. Carlton).

Secara terapeutik, Adrenaline telah disarankan dalam kongesi akut paru-paru, Asma, penyakit-penyakit Grave dan Addison, arterio-sklerosis, aortitis kronik, angina pektoris, hemophilia klorosis,demam alergi, ruam serum, urtikaria akut, dsbnya. Laporan-laporan Dr. P. Jousset menyatakan kejayaan dalam merawat, secara homeopati, kes-kes angina dan aortitis, sub-akut dan kronik, apabila Adrenaline telah di preskripsi secara oral dan dalam dos terkecil (infinitesimal). Simptom-simptom yang memandu adalah, Sensasi pencerutan toraks beserta kesakitan. Hal ini, serta vertigo, loya dan muntah telah dihasilkan menerusi (ujibukti) ubat. Sakit abdomen. Kejutan atau kegagalan jantung semasa anestesia, justeru ia menyebabkan kenaikan tekanan darah secara pantas melalui tindakannya pada hujung saraf dalam dinding saluran darah.

Dos. Secara hipodermik, 1-5 m (1: 1,000 solusi, sebagi klorida) dilarutkan water. Secara internal, 5-30m of 1: 1,000 solusi.

Amaran. - Disebabkan afinitinya terhadap oksigen, dadah ini mudah reput dalam larutan asid yang cair. Larutan harus dilindungi daripada udara dan cahaya. Ia semestinya tidak harus diulangi secara kerap, kerana lesi jantung dan arteri. Untuk kegunaan homeopati, pilih atenuasi 2x hingga 6x.

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021