Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

AESCULUS HIPPOCASTANUM
Horse Chestnut

Tindakan Aesculus paling jelas adalah pada bahagian usus bawah, yang menyebabkan terhasilnya vena hemoroid yang bengkak (engorged), yang disertai rasa sakit belakang, dengan tiada sembelit sebenar. Rasa amat sakit tetapi kurang berdarah. Stasis vena umum, vena varikos yang berwarna ungu, segalanya menjadi perlahan, termasuk pencernaan, jantung, usus dan sebagainya. Sistem portal dan hati menjadi sesak dan tidak cergas, beserta sembelit. Bahagian belakang sakit dan menyebabkan pesakit tidak dapat menjalankan kerja seperti biasa. Sakit berterbangan ke seluruh badan. Rasa kepenuhan di pelbagai bahagian tubuh, selaput mukus kering, membengkak. Kondisi-kondisi kerongkong beserta hemoroid.

Kepala. Murung dan marah-marah. Kepala rasa lembap, sakit seperti mendapat selsema, keliru. Tekanan di dahi serta loya, yang diikuti dengan rasa menyucuk halus di hipokondrium (bahagian rusuk) sebelah kanan. Sakit menjalar dari oksiput ke kawasan depan, dengan kulit kepala rasa memar, melarat di sebelah pagi. Saraf sakit menyucuk dari kanan ke kiri menembusi dahi, yang diikuti dengan rasa sakit berterbangan dalam epigastrium. Kepala berpusing (vertigo) ketika duduk dan berjalan.

Mata. Kedua mata rasa berat dan panas, berair, serta salur darah mengembang. Bebola mata rasa sakit.

Hidung. Kering; udara yang disedut masuk rasa sejuk, laluan hidung rasa sensitif dengannya. Koriza dan bersin. Tekanan di pangkal hidung. Membran atas tulang-tulang turbinat kembang dan berair, bergantung kepada gangguan-gangguan hepatik.

Mulut. Rasa panas melecur. Pengecapan rasa seperti logam. Banyak air liur. Lidahnya tersalut tebal, rasa bagaikan melecet.

Kerongkong. Tekak panas, kering, melecet, sakit menyucuk halus ke dalam kedua telinga ketika menelan. Faringitis folikular yang berhubungan dengan sesak hepar. Vena dalam farinks mengembang dan bengkak. Tekak sensitif terhadap udara yang disedut; rasa melecet dan mencerut, membakar seperti api ketika menelan, di waktu tengahari. Peringkat awal faringitis atrofik (atrophic faryngitis) pada pesakit kurus kering, bilious. Bila mendehem keluar kahak bertali yang berasa manis.

Gaster. Berat bagaikan mengandungi batu, serta sakit menggigit; selalunya terasa tiga jam selepas makan. Dalam kawasan hati rasa lembut sakit dan kepenuhan.

Abdomen. Sakit  dalam hati dan epigastrium. Sakit pada pusat. Jaundis; berdenyut-denyut dalam hipogastrium dan pelvis.

Rektum. Dubur kering, sakit. Rasa penuh dengan kayu-kayu kecil. Lubang dubur mentah melecet, rasa sakit. Amat sakit selepas berak, serta terjulur keluar (prolapse). Hemoroid, serta sakit menyucuk di belakang; sama ada berdarah atau tidak; melarat ketika putus haid (klimakterik). Najis yang keluar kering, keras dan besar. Membran mukus kelihatan membengkak dan menyekat laluan. Iritasi yang disebabkan oleh askarid dan membantu penyingkirannya. Dalam dubur rasa membakar serta perasaan seram sejuk naik turun belakang.

Urinari. Kerap kencing, sedikit, warna gelap berselut, panas. Sakit dalam kedua ginjal, terutama di sebelah kiri dan ureter.

Lelaki. Discaj, mengeluarkan cecari prostat ketika meneran najis.

Perempuan. Selalu berdenyut-denyut di belakang tautan pubis. Leukorea, serta tempang kelumpuhan bahagian belakang di seberang artikulasi sakroiliak; keputihan berwarna kuning gelap, berkarat dan melekat; melarat selepas haid.

Dada. Rasa mencerut. Tindakan jantung penuh dan berat, malahan denyutannya dapat dirasa di segenap tempat. Laringitis; keadaan batuknya bergantung kepada gangguan hepar; rasa panas dalam dada; sakit di sekitar jantung pada pesakit hemoroid.

Ekstremiti. Sakit dan memar dalam anggota kaki dan tangan, dalam cuaran akromiun kiri dengan rasa menembak ke bawah pada lengan-lengan. Hujung jari-jemari kebas.

Belakang. Kelumpuhan di leher; sakit di antara tulang kipas; kawasan spina rasa lemah; belakang dan kedua kaki juga lemah. Sakit belakang sampai ke sakrum dan bahagian pinggul; melarat berjalan atau membongkok. Bila berjalan kaki berlipat. Kedua tumit sakit, letih, dan membengkak. Kedua tangan dan kaki membengkak, dan menjadi merah selepas dibasuh, juga rasa penuh.

Demam. Seram sejuk pada jam 4 petang. Rasa seram sejuk naik turun belakang. Demam dari jam 7 hingga 12 malam. Demam malam, kulit panas dan kering. Peluh keluar dengan banyak dan panas beserta demam.

Modaliti. Melarat di waktu pagi ketika bangun dari tidur, dan apabila bergerak, berjalan; akibat menggerakkan usus; selepas makan, tengahari, berdiri. Lega dengan udara lapang yang sejuk.

Hubungan. Aesculus glabra, (Hemoroid yang amat menyakitkan, berwarna ungu gelap, jenis eksternal, dengan sembelit dan vertigo serta sesak portal. Pertuturan sukar difahami, menggeletek dalam kerongkong, penglihatan terjejas, paresis). Phytolacca, (kerongkong kering, lebih kerap dalam kes-kes akut). Negundium Americanum, (Engorgemen rektum dan buasir dengan sakit teruk, 10 titis tinktur setiap dua jam). Bandingkan juga dengan: Aloe, Collinson. Nux. Sulphur.

Dos. Tinktur hingga potensi ketiga.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021