Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

AGNUS CASTUS
The Chaste Tree

Agnus memberi kesan khusus ke atas organ seks. Ia boleh menurunkan keupayaan seks, yang disertai kemurungan mental dan kemerosotan tenaga saraf. Ini berlaku tanpa mengira jantina, tetapi pengaruhnya lebih jelas ke atas kaum lelaki. Baik untuk usia tua pramatang kerana penyalahgunaan tenaga seksal. Terdapat sejarah gonorea yang berulang. Ia juga merupakan remedi utama bagi terseliuh (kehelan) dan ketegangan. Gatal menggigit di semua tempat, terutama di kedua mata. Takikardia yang disebabkan oleh tembakau di kalangan anak muda yang mengalami neurosis.

Minda. Kemurungan seks. Takut mati. Kedukaan kerana menanggapi mati begitu cepat. Sifat selalu lupa, selalu tidak ingat, kurang keberanian. Ilusi terhadap bau - ikan hering, kesturi. Kemurungan saraf dan berfirasat buruk.

Mata. Kedua anak mata terbeliak (Bell). Sekitar mata gatal-gatal; fotofobia.

Hidung. Bau ikan hering atau kesturi. Sakit dalam belakang (dorsum) hidung, lega dengan dipicit.

Abdomen. Limpa membengkak, sakit. Najis lembut, menyusut, susah keluar. Fisur mendalam dalam anus. Loya dengan perasaan seolah-olah intestin ditekan ke bawah; juga berkepingin menyokong usus dan isi perut.

Lelaki. Discaj kekuningan dari salur uretra. Tiada ereksi. Mati pucuk. Bahagian kemaluan dingin dan  relaks. Tiada keinginan bersenggama (Selen; Con; Sabal). Air mani keluar sedikit, tanpa ejakulasi. Ketika meneran, hilang cecair prostat. Discaj lendir bernanah. Testikel dingin, membengkak, keras dan menyakitkan.

Perempuan. Haid keluar sedikit. Meluat dan benci dengan perhubungan seks. Kemaluan relaks, serta keputihan; leukorea. Agalaktia; serta kedukaan. Kemandulan. Leukorea dipalit warna kuning cerah. Palpitasi histerikal serta perdarahan hidung.

Hubungan. Bandingkan dengan: Selenium; Phosph ac; Camphor; Lycop.

Dos. Potensi pertama hingga keenam.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021