Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

AILANTHUS GLANDULOSA
Chinese Sumach

Remedi ini memaparkan melalui simptom-simptom kulitnya yang aneh tentang kuasa hebatnya dalam mencelarukan darah, yang mengakibatkan keadaan demam rendah, penyakit-penyakit letusan kulit yang rendah/asas, difteria, folikular tonsilitis, jangkitan streptokokus, diatesis hemoragik dan sebagainya. Kulit kelihatan bertompok biru kehitaman (livid) atau keunguan; muka gelap seperti kayu pohon mahogani, panas; kerak pada gigi dan mulut (sordes); kerongkong bengkak, berwarna ungu, biru kehitaman; separa-sedar, meracau; nadi lemah, kelesuan menyeluruh dan prostrasi (tidak cergas). Simptom-simptom menyerupai skarlatina malignan. Diarea, disenteri dan (and) kelemahan menyeluruh adalah petanda jelas. Kesemua keadaan mirip ciri-ciri penyakit Adinamia. Tompok-tompok biru kehitaman, hampir pengsan dan malignansi. Membran mukus mendarah (hemoraj) dan berulser (Lach. Ars). 

Kepala. Pesakit hampir tidak sedarkan diri serta mengeluh. Mindanya keliru, kemurungan mental. Sakit di bahagian depan kepala, serta rasa mengantuk. Sakit kepala sesak, bercorak pasif. Mata membeliak, air mata berlinangan (suffused); fotofobia. Wajah berkulit gelap, suram. Discaj dari hidung halus, berdarah, banyak dan cair serta akrid daripada ulser (ichorous).

Kerongkong. Radang, beredema, merah gelap. Bengkak di sebelah luar dan dalam. Perasaan kering, kasar, bergeseran dan tersedak. Leher lembut dan bengkak. Suara parau, mencungap. Lidah kering dan berwarna coklat. Gigi dilitupi kerak (sordes). Sakit ketika menelan dan menjalar meluas ke kedua telinga.

Respiratori. Pernafasan cepat mencungap; tidak regular. Batuk keras menetak-netak, kering. Paru-paru kepenatan dan sakit.

Tidur. Mengantuk, gelisah. Rasa berat, terganggu, tidak segar.

Kulit. Ruam lesi miliari, biru kehitaman berulang setiap tahun. Letusan-letusan besar mengandungi serum gelap kehitaman. Erupsi tidak regular, bertompok-tompok dan biru kehitaman, boleh hilang bila diurut. Sejuk. Penyakit Raynaud.

Hubungan. Antidot: Rhus; Nux.

Bandingkan dengan: Ammon carb; Bapt; Arn; Mur ac; Lach; Rhus.

Dos. Potensi pertama hingga potensi keenam.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021