Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALETRIS FARINOSA
Stargrass

Antara petunjuk bagi remedi ini ialah keadaan relaks, tenang, anemia, khususnya bagi kaum perempuan. Pesakit sentiasa letih setiap masa, dan menderita sakit prolaps, leukorea, distres rektum dan sebagainya. Keadaan kurang darah (anaemia) di kalangan wanita adalah sangat jelas. Sesuai diberikan kepada gadis-gadis klorotik (chlorotic) dan wanita hamil.

Minda. Tenaga dan kekuatan semakin lemah. Perasaan keliru. Dia tidak boleh memberikan tumpuan minda. Pitam, serta kepala pening.

Mulut. Penuh dengan air liur berbuih.

Gaster. Meluat dengan makanan. Ambil makanan sedikitpun menyebabkan distres. Serangan pitam (fainting spells), serta pening vertigo. Muntah-muntah semasa hamil. Dispepsia saraf. Kolik flatulens.

Rektum. Dipenuhi dengan tinja - keadaan paretik. Tinja besar, keras, sukar keluar dan amat sakit.

Perempuan. Haid pramatang dan berlebihan, serta sakit seperti hendak bersalin (Bell; Cham; Kali c; Plat). Haid keluar sedikit sahaja dan terbantut (Senecio). Uterus kelihatan berat. Prolaps, serta sakit di kawasan inguinal sebelah kanan. Leukorea yang disebabkan oleh kelemahan dan anemia. Berkecenderungan untuk berlaku keguguran. Sakit-sakit otot semasa hamil.

Hubungan. Bandingkan dengan: Helonias; Hydrastis; Tanacet; China.

Dos. Tinktur hingga potensi ketiga.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021