ALLIUM CEPA
Red Onion
Suatu gambaran
koriza, dengan simptom-simptom discaj
yang akrid, menusuk hidung
dan simptom-simptom laringial,
rembesan mata hambar; sejuk biduanita,
melarat dalam bilik hangat
dan menghala ke petang; lega dalam kawasan udara lapang ditunjukkan oleh
remedi ini. Terutamanya sesuai kepada pesakit flegmatik;
menghidap demam selsema
dalam cuaca sejuk dan lembap.
Sakit saraf, seperti satu benang halus,
berikutan pemotongan (amputations) atau kecederaan pada saraf. Radang saraf kronik
akibat trauma. Membakar dalam hidung, mulut kerongkong, pundi kencing
dan kulit. Rasa seperti panas membahang ke atas bahagian-bahagian
tubuh yang berlainan.
Kepala.
Sakit kepala berkatar, kebiasaanya di dahi;
melarat di dalam bilik yang panas
sewaktu hampir petang. Sakit
seperti dicucuk benang dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid;
datang kembali apabila pengaliran haid berhenti.
Mata.
Merah. Sangat
panas membakar
dan lakrimasi memeritkan.
Sensitif
kepada cahaya.
Mata berair dan digenangi air; lakrimasi
hambar, melimpah, lega
dalam udara lapang. Membakar dalam kelopak
mata.
Telinga.
Sakit telinga, mencucuk-cucuk dalam tiub Eustachio.
Hidung.
Bersin, terutama apabila masuk bilik panas.
Discaj
banyak,
cair
berair jernih dan tersangat pedih.
Rasa seperti satu ketul
pada pangkal hidung. Demam jerami atau alergi
[Sabad.;
Sil.; Psor.]
Koriza lancar serta sakit kepala, batuk, dan suara
serak keparauan. Polipus.
Gaster.
Lapar
kebuluran. Sakit dalam kawasan pilorus. Dahaga. Sendawa. Loya.
Abdomen.
Perut berkeroncong, angin kentutnya
berbau busuk. Sakit dalam hipogastrium kiri.
Duduk dalam keadaan perut memulas, bergerak ke sana ke mari.
Rektum.
Cirit-birit serta flatus tersangat busuk. Sakit mencucuk-cucuk dalam
rektum, gatal dan kulitnya merekah (rhagades) dalam anus. Panas membara dalam
rektum.
Urinari.
Rasa lemah dalam pundi kencing dan salur uretra. Rembesan urin
bertambah serta koriza. Kencing berwarna merah serta sangat tertekan
dan membakar dalam uretra.
Respiratori.
Serak keparauan. Batuk keras menetak-netak semasa menyedut udara sejuk.
Rasa geli menggeletek
dalam larinks. Rasa
seolah-olah larinks dibelah atau dikoyak. Pernafasan tertahan
akibat daripada tekanan di tengah dada. Rasa
mencerut di kawasan epiglotis. Sakit meluas, menjalar ke telinga.
Ekstremiti.
Sendi-sendi capik. Borok ulser pada tumit. Afeksi menyakitkan pada
jari-jemari berhampiran dengan kuku. Neuralgia pada kaki kudung (amputasi). Kesan buruk daripada kaki basah. Anggota terutama
bahagian lengan, rasa sakit dan penat.
Tidur.
Menguap serta sakit kepala dan mengantuk. Mulut terbuka semasa tidur
nyenyak. Bermimpi-mimpi. Terjaga pada jam 2 pagi.
Modaliti.
Melarat
di sebelah petang,
dalam bilik panas. Lega
bila berada dalam
udara lapang, dan dalam bilik sejuk.
Hubungan.
Bandingkan: Gels.;
Euph.; Kali hyd.; Aconite; Ipecac.
Komplementari:
Phosphor; Thuja; Puls.
Antidot:
Ars.; Cham.; Verat.
Dos.
Potensi ketiga.
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2021
|