Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALLIUM SATIVUM
Garlic

Bertindak secara langsung ke atas membran mukus intestin lantas meningkatkan peristalsis.  Sakit memulas, serta flora patologi.  Mempunyai ciri-ciri vasodilatori. Hipotensi arteri biasanya bermula dalam 30 hingga 45 minit selepas diberi dua puluh hingga empat puluh titis tinktur (allium sativum).

Sesuai dengan subjek badan berisi dengan gangguan dispepsia dan kataral. Seorang yang hidup mewah.  Pesakit yang makan lebih daripada minum, terutamanya daging. Sakit di kawasan pinggul, sakit di otot-otot psoas dan iliakTuberkulosis paru-paru (pulmonary tuberculosisi).

Batuk dan pengeluaran kahak mengurang, suhu menjadi normal, berat badan meningkat, dan tidur menjadi biasa. Hemoptisis.

Kepala. Rasa berat; berdenyut-denyut di pelipis; kepekakan berkataral.

Mulut. Air liur sangat manis selepas makan dan di waktu malam. Rasa seperti ada rambut di atas lidah atau dalam kerongkong.

Gaster. Selera atau nafsu makannya rakus dan gelojoh. Bersendawa atau eruktasi panas membakar. Sedikit perubahan dalam diet menimbulkan masalah. Sembelit, serta sakit lembap yang berterusan dalam usus. Lidah pucat, berpapila (puting) merah.

Respiratori. Mukus dalam bronki berdetar berterusan. Batuk waktu pagi setelah meninggalkan kamar tidur, serta meludahkan lendir mukus, yang yang liat melekat dan sukar dikeluarkan. Sensitif kepada angin sejuk. Bronki mengembang, serta ludahan kahaknya busuk kohong. Sakit seperti ditusuk damak dalam dada.

Perempuan. Sakit membengkak dalam buah dada. Erupsi ruam dalam faraj, pada buah dada dan vulva semasa haid.

Hubungan. Menurut Dr. Teste, Allium Sat. tergolong ke dalam kumpulan Bryonia, termasuk juga Lycopod., Nux., Colocy, Digital. dan Ignatia yang memberi kesan mendalam ke atas mereka yang memakan daging dan kurang berkesan ke atas vegetarians. Lantas ia lebih sesuai digunakan bagi mereka yang gemar memakan daging berbanding mereka yang secara eksklusisf memakan sayur.

Bandingkan:  Capsicum; Arsenic; Senega; Kali nit.

Penawar komplemen:  Arsenic. 

Antidot:  Lycopod.

Dos. Potensi ketiga hingga keenam. Dalam tuberkulosis, berikan dos 4 hingga 6 gram dalam keadaan sederhana daripada desikasi/pengeringan setiap hari, dos yang dibahagi-bahagikan.

 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021