Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALNUS RUBRA
Red Alder
(ALNUS)

Mempunyai sedikit reputasi sebagai satu remedi untuk penyakit atau jangkitan kulit, pembesaran kelenjar, dan ketidakcernaan akibat sekresi jus gastrik yang tidak sempurna. Ia merangsang nutrisi, dan justru itu bertindak dengan baik ke atas gangguan strumus, pembesaran kelenjar-kelenjar, dan sebagainya. Membran mukus yang berulser pada mulut dan kerongkong. Jari-jemari yang diselaputi kerak yang disebabkan oleh pustul-pustul, bau-bauan yang tidak disenangi. Ketidakcernaan akibat jus gastrik yang tidak sempurna.

Perempuan. Leukorea, serta hakisan serviks, mudah berdarah. Amenorea, serta sakit membakar dari belakang ke pubis.

Kulit. Herpes kronik. Pembesaran kelenjar-kelenjar submaksilari. Ekzema, prurigo. Purpura haemorrhagica. Poison-oak. Guna secara lokal.

Dos. Tinktur hingga potensi ketiga.

  

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021