Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALSTONIA SCHOLARIS
Dita Bark

Penyakit-penyakit berupa malaria, beserta diarea, disenteri, anemia, penghadaman lemah, adalah beberapa kondisi umum yang menyarankan remedi ini. Antara karakteristik remedi adalah rasa kosong dalam perut dan hampa dalam abdomen, serta kelesuan (debility). Satu tonik selepas demam yang meletihkan.

Abdomen. Pencaharan hebat dan rasa kram dalam usus-usus. Panas dan merengsa dalam usus bawah. Cirit-birit jenis "camp diarrhoea", tahi mengandungi darah, disenteri; diarea daripada air yang kotor dan malaria. Tinja cair berair yang tidak menyakitkan (Phosph ac). Diarea sebaik sahaja selepas makan.

Hubungan. Bandingkan: Serupa dalam tindakan dengan Alstonia constricta, kulit kayu yang pahit atau kuinin asli Australia. Ditain (bahan utamanya, adalah antiperiodik (antiperiodic), seperti kuinin, tetapi tanpa kesan yang tidak menyenangkan). Cinchona (serupa dalam diarea, dispepsia kronik dan kelemahan). Hydrastis; Fer cit et chin.

Dos. Tinktur hingga potensi ketiga puluh (30). Secara lokal, untuk borok ulser dan sakit-sakit reumatik.

  

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021