| 
           
			  ALUMINA 
			
			Oxide et Aluminum-Argilla 
			
			Satu kondisi umum yang serasi 
			dengan Alumina ialah 
			kekeringan membran mukus dan kulit, 
			serta kecenderungan otot-otot 
			untuk berkeadaan lumpuh daripada bekerja (paretic). 
			Orang-orang tua yang kurang haba vital, 
			atau tua sebelum masanya, serta kelemahan. Fungsi-fungsi lembab, 
			keberatan, kekebasan, dan terhuyung-hayang, beserta sembelit yang 
			ketara akan mendapati bahawa remedi terbaik baginya ialah Alumina.
			
			Kecenderungan untuk mendapat demam selesema yang menjejaskan kepala, 
			dan eruktasi dalam diri pesakit yang langsing, kurus kering. Sesuai 
			untuk kanak-kanak yang 
			lembik-kecil, yang membesar dengan memakan makanan tiruan bayi. 
			 
			
			Minda. 
			Kurang semangat; takut hilang keupayaan berfikir secara rasional. Keliru dengan 
			identity sendiri. Kalut, 
			tergesa-gesa. Masa berlalu dengan 
			perlahan. Moodnya berbagai-bagai 
			dan berubah.
			Menjadi semakin baik dari hari ke hari. Ada 
			kecenderungan membunuh diri apabila melihat pisau atau darah.  
			
			Kepala. 
			Menyucuk-nyucuk halus, sakit membakar dalam kepala, serta vertigo, 
			melarat di waktu pagi, tetapi lega bila makan. Rasa ditekan pada 
			dahi seperti memakai topi ketat. Tidak dapat berjalan kecuali dengan 
			kedua mata dibuka. Sakit kepala berdenyut-denyut serta sembelit. 
			Vertigo; pening serta loya; lega selepas sarapan di sebelah pagi. Rambut gugur; 
			kulit kepala gatal-gatal dan kebas. 
			
			Mata. 
			Benda-benda yang dilihat kelihatan berwarna kuning. Kedua mata rasa 
			sejuk. Kelopak mata kering, membakar, perit, menebal, melarat di 
			sebelah pagi; konjunktivitis chronic. Ptosis. Strabismus. 
			
			Telinga.
			Berdengung; mengaum. Terasa tiub 
			eustachio dipalam (tersumbat). 
			
			Hidung.  
			
			Sakit di pangkal hidung. Deria bau hilang. Koriza lancar, kuat. Hujung 
			hidung merekah, 
			lubang hidung sakit, merah; 
			melarat dengan sentuhan. 
			Keruping dalam hidung beserta mukus kuning tebal. 
			Kemerahan. Ozena 
			
			atrophica sicca.
			Membran kembung dan berair, serta 
			sakit dalam pangkal hidung.  
			
			Muka. Rasa 
			seolah-olah bahan albumin kering di muka. Bisul-bisul berdarah dan 
			jerawat-jerawat. Rahang bawah merenggut-renggut. Darah menyimbah ke muka 
			selepas makan. 
			
			Mulut. 
			Sakit dan mulut mengeluarkan bau busuk. Gigi dilitupi dengan kerak (sordes). 
			Gusi sakit pedih, berdarah. Sakit tegang dalam persendian rahang 
			bila membuka mulut atau mengunyah. 
			
			Kerongkong. 
			Tekak 
			kering, 
			rasa sakit; makanan tidak boleh lalui, esofagus mengecut. Rasa 
			seolah-olah serpihan kayu atau palam tertinggal dalam tekak. 
			Kerongkong merengsa dan relaks. Nampak kering kontang dan selaput 
			tipis. Sakit tekak penceramah (clergyman's sore throat)pada 
			pesakit yang kurus. Lendir tebal, melekat terjatuh dari bahagian belakang hidung. 
			Sentiasa rasa hendak membersihkan kerongkong. 
			
			Gaster. 
			Keinginan ganjil terhadap kapur, arang, makanan 
			kering, kopi atau serbuk teh. Pedih hulu hati; rasa mencerut. 
			Tidak suka kepada daging (Graph; 
			Arn; Puls). 
			Tidak sesuai dengan kentang. 
			Tiada selera hendak makan. Boleh 
			menelan tetapi sedikit-sedikit atau dalam potongan kecil-kecil 
			sekali telan. Esofagus mencerut. 
			
			Abdomen. 
			Kolik, seperti kolik pelukis. Menekan di kedua lipatan paha menghala ke organ seks. 
			Aduan-aduan di sebelah kiri abdomen. 
			
			Tinja. 
			Najis 
			keras, 
			berbuku; tiada rasa hendak berak.
			Rektum sakit perit, kering, radang, berdarah. 
			Gatal dan membakar pada lubang dubur. 
			Walaupun najis itu lembut tetapi sukar 
			mengeluarkannya. Meneran dengan kuat.
			Sembelit di kalangan bayi (Collins; 
			Psor; Paraf) dan orang tua kerana 
			rektum tidak aktif, dan di kalangan wanita kerana suka/bertabiat 
			duduk-rehat. Diarea ketika kencing. 
			Najis keluar yang didahului oleh 
			rasa sakit hendak berak begitu lama, dan pesakit meneran ketika berak. 
			
			Urin. 
			Otot-otot pundi kencing hampir lumpuh, 
			tidak dapat kencing tanpa meneran. 
			Sakit dalam kedua ginjal, serta fikiran keliru. Orang tua yang kerap 
			rasa hendak kencing. Sukar waktu hendak mula kencing. 
			
			Lelaki. 
			Nafsu kuat, berlebihan. Keluar mani ketika 
			meneran najis. Keluar discaj prostat.  
			
			Perempuan. 
			Haid datang terlalu awal dan pendek, 
			sedikit, pucat, diikuti dengan 
			keletihan yang amat sangat (Carb 
			an; Coccul). Leukorea; keputihan
			tajam akrid, banyak,
			transparen, 
			bertali, serta rasa membakar; 
			melarat di waktu siang dan selepas haid. Lega dengan cara membasuh 
			menggunakan air sejuk. 
			
			Respiratori. 
			Segera batuk selepas bangun pagi. Parau, 
			afonia, rasa geli menggeletek dalam larinks; pernafasan berdetar, 
			termengah-mengah. Batuk ketika bercakap atau menyanyi 
			di sebelah pagi. 
			Dada terasa mencerut. Bercakap juga menyebabkan sakit dada melarat. 
			
			Belakang. 
			Menyucuk-nyucuk halus dalam belakang. Sakit menggigit, seolah-olah 
			akibat dari besi panas. Sakit di sepanjang korda, serta kelemahan 
			bagaikan lumpuh. 
			
			Ekstremiti. 
			Sakit dalam lengan dan jari-jemari, 
			seolah-olah diresapi/tembusi oleh besi panas. Kedua lengan terasa 
			lumpuh. Kedua kaki berasa tertidur, 
			terutama apabila duduk dengan kaki bersilang. Terhuyung-hayang 
			ketika berjalan. Kedua tumit dirasakan kebas. 
			Kedua tapak kaki lembut; ketika menapak, terasa lembut halus dan 
			membengkak. Sakit dalam bahu dan lengan atas. Sakit menggigit di 
			bawah kuku jejari tangan. Kuku-kuku rapuh. Tidak dapat berjalan kecuali 
			dengan membuka mata, atau di waktu siang hari. Degenerasi spina dan 
			kelumpuhan anggota bawah. 
			
			Tidur. 
			Resah gelisah; bimbang dan mimpi-mimpi mengelirukan. Rasa mengantuk 
			di sebelah pagi. 
			
			Kulit. 
			Kulit lekang dan kering. Kuku-kuku rapuh.
			Gatal tidak tertahan ketika 
			hangat semasa berada atas katil. Mesti 
			menggaru sehingga ia berdarah, kemudian ia menjadi makin sakit. 
			Kulit jari-jemari menjadi rapuh. 
			
			Modaliti. 
			Melarat, 
			secara berkala; semasa tengahari, kerana makan kentang. 
			Melarat 
			di sebelah pagi ketika bangun tidur; bilik hangat. 
			Lega, 
			bila keluar mengambil udara lapang; akibat membasuh dengan air sejuk; 
			di sebelah malam dan berselang hari. 
			Lega 
			dengan cuaca lembap. 
			
			Hubungan.
			Bandingkan dengan: 
			Aluminum chloridum 
			(Sakit-sakit ataksia lokomotor). 
			Slag Silico-Sulphocalcite of Alumina
			3x (rasa gatal dubur, buasir, sembelit, 
			kembung flatulens);  Secale; 
			Lathyr; Plumb. Boleh diguna di 
			bahagian luar sebagai losyen mengubat luka dan jangkitan kulit. 
			Memulihkan hemoraj kerana inertia rahim.  
			
			Kompleman: 
			Bryonia. 
			
			Antidot: 
			Ipecac; Chamom. 
			
			Dos. 
			Potensi keenam hingga ketiga puluh atau lebih tinggi. Tindakan penawar agak 
			perlahan dalam proses pemulihan.. 
			  
			  
          
           
           
           
           
			© 
          
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2021  
			  |