Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Penyaring/Penterjemah: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017-21

Kembali

ALUMINA SILICATA
Andalasite rock-Alumina 63, Silica 37 parts

Ia merupakan remedi yang bertindak mendalam bagi sebarang aduan kronik yang berhubungan dengan saraf, spina dan otak. Simptom umum yang utama ialah rasa mencerut, termasuk mencerut pada orifis. Salur vena mengembung. Kelemahan, khususnya pada spina. Sakit dan membakar dalam spina. Rasa rayapan atau tusukan sesemut (formication), kekebasan, dan sakit dalam seluruh anggota badan. Konvulsi epileptiform. Rasa sejuk kedinginan semasa sakit.

Kepala. Bahagian otak sesak. Rasa mencerut pada kulit kepala. Sakit kepala, lega dengan panas atau berpeluh. Sakit dalam kedua mata, berkerlipan. Kerap mendapat koriza. Bengkak dan pengulseran pada hidung.

Mata. Sakit dalam kedua mata, berkedip.

Hidung. Kerap kena koriza. Hidung membengkak dan berulser.

Respiratori. Katar dalam dada, sakit, rasa melecet. Rasa kelemahan yang amat sangat dalam dada. Sakit-sakit menyucuk halus. Batuk spasmodik serta kahak yang dikeluarkan lekit, berpurulen.

Ekstremiti. Anggota badan rasa berat, menyentak-nyentak, kekebasan, teramat sakit.

Kulit. Rasa seperti semut merayap di sepanjang saraf-saraf, vena pula penuh dan mengembang. Sakit bila disentuh dan diurut.

Modaliti. Melarat dengan udara sejuk, selepas makan, berdiri. Lega dengan kehangatan, berpuasa dan berehat di tempat tidur.

Dos. Potensi tinggi diperlukan. Potensi rendah digunakan bagi penawar yang disediakan secara triturasi.

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2021