Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

REMEDI BIOKIMIA UNTUK RAWATAN KES

  Set Remedi Biokimia Homeopati ini dibuat khusus sebagai remedi tambahan bagi menghadapi cabaran masa kini dan usia lewat 30an dan ke atas. Ia paling berguna kepada wanita dalam tempoh kehamilan dan selepas. Banyak kes-kes yang kami rawat, kami dapati kombinasi set biokimia dan satu atau dua penawar homeopati yang lain banyak membantu pengguna.

Oleh kerana remedi ini diambil daripada Garam Tisu Mineral Dr W. Schuessler, dari segi teorinya, orang yang kekurangan mineral tertentu akan menunjukkan simptom-simptom bahawa ia kekurangan garam tisu tertentu. Justeru penambahan mineral yang disarankan membantu pesakit menghadapi masalah dan memperbaiki tahap kesihatannya.

Justeru, di bawah ialah simptom atau masalah kesihatan yang sesuai dengan remedi ini:

Elasto 1- berguna untuk menurunkan tekanan darah tinggi (diastolik), vena varikos (simpul biawak), buasir, bengkak kelenjar, tumor, sembelit, sendi keradangan dan bunyi berderik, dsbnya. [RM15.00]

Spasmo 2 - merupakan remedi yang baik untuk otot-otot dan saraf. Berguna bagi masalah krem, neuralgia anggota bila berlaku tarik-tarik atau ketegangan, sakit berdenyut-denyut, gastralgia, kembung angin (flatulens), kolik (termasuk kolik haid), batuk rejan dan seumpamanya. [RM15.00]

Foska 3 - adalah penawar biokimia yang biasa digunakan dalam kes pertumbuhan terencat, masalah tulang rapuh dan gigi mudah rosak. Boleh diambilguna bila berlaku anemia, riket, masalah kegigian, memori lemah, vertigo, pedih ulu hati dan flatulens, reumatik, artritis. Ia didapati baik digunakan bersama Spasmo2 dan juga Ferrum5 kalau keradangan. [RM15.00]

Skinox 4 - penawar ini mempengaruhi kulit dan epitelium. Berguna untuk penyakit bila lendir atau kahak kekuningan. Berguna untuk masalah kulit seperti gatal-gatal, keradangan dan ekzema. Skinox4 boleh membantu Ferrum5 untuk mempercepatkan perpeluhan pada masa demam dan keradangan kulit. [RM15.00]

Ferrum 5 - Penawar yang dikenali sebagai ferrum phosphoricum ini banyak terdapat dalam sel darah merah. Berguna dalam keadaan demam atau kes-kes keradangan. Adalah penawar pertama bila mendapat selsema, kerongkong kering dan radang. Digunakan juga kalau ada masalah tegang leher, lumbago, sakit reumatik. [RM15.00]

KES-KES PENYAKIT

Berikut ialah ringkasan penawar bagi kes-kes sakit tertentu. Oleh kerana penawar ini adalah preskripsi farmasi, klien diminta hubungi konsultan bagi mendapat kepastian sebelum membuat pesanan.

    Kes Tiga serangkai dan lain2.    Remedi
1 Darah tinggi Elasto1, Spasmo2 dan 1 remedi homeopati
2 Kencing manis (diabetes) No. 1, 2, 3, 4 dan remedi homeopati bersesuaian. No. 4 mungkin perlu diganti dgn remedi lain berdasarkan kes.
3 Sakit jantung No. 1, 2 dan remedi homeopati bersesuaian.
4 Gout, sakit reumatism No. 3, 5 dan Homeo-ABC bila perlu.
5 Artritis, sengal sendi, keradangan No. 3 dan 5. Disaran ambil no. 2 jika rasa sakit berdenyut, atau Homeo-ABC.
6 Anemia No. 3, 5 dan remedi yang bersesuaian kalau perlu.
7 Krem, vena varikos No. 1 & 3 (Bersediakan juga dengan Homeo-ABC)
8 Mudah bersalin (menguatkan rahim dan otot-otot) No. 1, 2 dan 3

(No. 4 disaran jika ada diabetes @ ingin mendapat kulit bayi yang licin)

No. 5, jika ibu ada anemia.

[Nota: Walaupun remedi ini diambil, pesakit tidak boleh meninggalkan ubat hospital yang disarankan oleh doktor, khususnya bagi pesakit kronik]

CONTOH SARANAN RAWATAN

  Untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung (3 serangkai) adalah suatu perkara yang sukar jika keadaan sudah tidak terkawal. Kami lebih gemar menyarankan penjagaan kesihatan secara menyeluruh sebelum keadaan menjadi kronik.

  Dalam kes ini, kesemua dua belas remedi biokimia Dr. Schuessler amat penting diambil perhatian. Tetapi setelah konsultan HBI menyatakan betapa bergunanya remedi yang beliau pilih daripada Garam Tisu Biokimia lebih kurang sepuluh tahun lalu, maka 5 remedi ini kami dahulukan. Remedi biokimia yang lain akan disarankan apabila ada keperluan.

1.  Remedi elasto1, spasmo2, dan foska3 adalah paling utama bagi mereka yang sudah berusia 40 tahun ke atas. Bergantung kepada konsultasi, jika klien berumur 40 tahun itu ada masalah kencing manis, beliau mungkin disaran remedi tambahan seperti skinox4, Mag sulph atau Natrum Sulph.

2.  Lumrahnya pesakit yang mendapat simptom tekanan darah tinggi akan disaran mengambil Elasto1 dan Spasmo2, serta salah satu penawar atau ubat homeopati yang lain. Elasto1 penting kerana ia membantu salur darah arteri atau vena yang mungkin kian mengeras atau menebal menjadi lebih lembut atau elastik.

3.  Elasto1 juga merupakan remedi utama menguatkan rahim dan awet muda. Ia adalah "kacip fatimah" homeopati. Kerana itu, wanita hamil atau selepas bersalin tidak boleh meninggalkan penawar biokimia ini dalam set bersalin (1, 2, 3, 4). Sebagai rawatan mudah bersalin, puan disaran dapatkan sekurang-kurangnya dua set.

4.  Anda jangan berjimat. Apabila usia kian meningkat seseorang itu berisiko mendapat pelbagai masalah lain seperti sendi, tulang, pereputan, pening kepala, kekejangan, sakit otot, kecapekan, masalah urinari dan lain-lain? Ini adalah punca sebab pengambilan tiga atau empat penawar biokimia homeopati itu perlu supaya banyak masalah lain boleh sama-sama diselesaikan atau dibantu.

5.  Kecapekan kerana usia atau cepat penat memungkinkan anda perlu mendapatkan Hi-fos, atau lebih baik lagi mengamalkan makanan kesihatan Pau-Ana yang akan dibawa ke pasaran online dalam sekejap masa lagi.

  Untuk mendapat kepastian, konsultasi terlebih dahulu amat penting meskipun remedi berkenaan sesuai dengan kebanyakan orang. Paling kurang anda boleh sms atau watsap.

KESIMPULAN

  Pencegahan adalah lebih baik. Kekurangan salah satu atau beberapa mineral, mengikut Dr. W. Schuessler, akan mengundang penyakit-penyakit tertentu. Lantas penyakit tiga serangkai juga dapat dikurangkan risikonya dengan memenuhi kembali keperluan mineral yang berkaitan berpandukan teori Dr. W. Schuessler.

  Melalui pengambilan sekurang-kurangnya tiga penawar tadi, tidaklah kita berhadapan dengan masalah tua sebelum usia. Penyakit-penyakit hinggap dulu, awal daripada sepatutnya. Dapatlah kita merasa kekuatan kemudaan sedikit.

  Daripada tekanan darah tinggi, klien itu boleh jadi juga kurang haemoglobin, lalu klien wajar ditambah preskripsi dengan penawar atau ubat Ferrum5. Semua penawar atau ubat yang berasaskan mineral ini boleh diambil bersama kerana ia membantu menambah kekurangan mineral di dalam tubuh kita yang telah menyebabkan kita mendapat sakit.

Testimoni:

Anda boleh rujuk laman berikut:

(i) http://www.drhatta.com/2012/April12/Biokimia.htm

(ii) http://drhatta.com/New2015/DIS15/TigaSerangkai_Penyakit.htm

 

BERMINAT MENDAPATKAN BEKALAN

  Jika anda berminat mendapatkan percubaan rawatan menggunakan penawar di atas, anda boleh hubungi: 013-980 2991 atau watsap 019-675 0544.

 

Info Admin HBI.