Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 AFF Suzuki 2014: Malaysia Kempunan Lagi (21/12/14)

Sekali lagi Malaysia kempunan dalam mengejar kejuaraan bola sepak piala AFF Suzuki.

  Meskipun kita boleh ucapkan tahniah atas permainan hebat yang ditunjukkan oleh para pemain Malaysia, tetapi kita terpaksa akur kepada corak permainan Thailand yang lebih pantas dan konsisten.

  Dalam perlawanan malam tadi, Malaysia mendahului 3-0 sehingga minit ke-82 permainan menerusi jaringan Charyl Chappuis melalui sepakan percuma.

  Jaringan itu memadai untuk mematikan semangat juang pemain Malaysia yang kemudiannya membiarkan pula gawang gol dibolos oleh jaringan kedua Thailand menerusi pemain terbaiknya, Chanathip Songkrasin pada minit ke-87.

  Gol Malaysia disumbangkan Safiq Rahim (m-6 (pen), 57) dan Indra Putra Mahayuddin (m-45+2). Itulah antara otai-otai bola sepak Malaysia yang beraksi cemerlang

  Dalam menjelaskan punca kekalahan Malaysia kali ini, Dollah Salleh merumuskan,

  "Sekali lagi, tahap kecergasan kami menurun selepas 70 minit permainan dan selepas itu kami buat kesilapan. Namun itulah bola sepak," kata Dollah.

  Dollah Salleh  mengakui ketiadaan Indra Putra Mahayuddin dan pertahanan, Afif Amiruddin banyak merencatkan perancangannya.

  Penjelasan Dollah itu juga membuktikan kita tidak mempunyai pemain pelapis berkaliber bagi menggantikan otai-otai berbisa yang diharapkan. Apa yang boleh dikatakan oleh Dollah hanyalah:

  "Beri saya masa, saya akan buat persiapan lebih baik untuk pasukan pada kejohanan akan datang."

  YAB Datuk Seri Najib sendiri hadir bagi menyaksikan permainan bola sepak akhir kedua semalam. Biarpun kecewa selepas gagal mengulangi kejuaraan empat tahun lalu, Dollah harus berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan Harimau Malaya dalam perjuangan mereka memburu kejuaraan.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2014