Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Apakah Artikel drhatta.com Akan Mewarnai Maya Sekali Lagi? (12/12/14)

Rasa sunyi alam maya@internet ini tanpa tulisan-tulisan situs drhatta.com mutakhir ini. Selalunya, ada juga cetusan idea-idea baru untuk tatapan pembaca, atau sekurang-kurangnya ulasan berkaitan homeopati dan isu-isu tertentu.

  Kami dimaklumkan seorang pelayar internet yang menemui beliau sewaktu beliau hadir 3rd OIC International Conference di PWTC terkejut apabila bersua dengan konsultan HBI. Saudari yang mengenalkan diri sebagai peserta booth Marissa Health Food, merasa bertuah kerana dapat berkenalan dengan beliau.

  Katanya, “Saya selalu google internet untuk mencari penawar ketika saat kehamilan dulu. Yang kerap saya temui ialah produk dan artikel mengenai kehamilan daripada drhatta.”

  Benar atau tidak, drhatta hanya menganggukkan kepala.

  Konsultan HBI menjawab, “Tak sangkalah pulak sampai begitu, tetapi memang adalah produk tu. Dulu kami namakan dia Homeo-Pranatal. Sekarang kami dah asing-asingkan produknya mengikut keperluan pengguna.”

  Produk itu kini boleh dibeli sebagai nama Elasto1, Spasmo2, Foska3, Skonix4 dan Ferrum5. Setiap satunya sebenarnya dipreskripsi berasaskan nama remedi sebenar sebagai penawar farmasi homeopati. Nama-nama itu diberikan semata-mata bagi tujuan mudah mengingat.

  Demikian juga apabila kira-kira seminggu yang lalu, seorang doktor pengamal perubatan alternatif menegur konsultan kami di Medan MARA. Konsultan HBI bertanya, bagaimana boleh mengenali drhatta?

  Ini berlaku kerana beliau sendiri tidak mengenal orang berkenaan secara dekat. Rupanya orang itu ialah Prof Dr. Azman Hj Mohamad Tahir yang datang ke ofis Usahawan ibu pejabat MARA untuk mendapatkan biaya daripada MARA bagi menaja kursus Anatomi dan Fisiologi yang bakal diadakan oleh persatuan beliau, Persatuan Perubatan Komplementari Dan Holistik Malaysia (PPKHM).

  Lantas doktor pengamal itu ajak beliau bergambar kenangan. Rakan-rakan drhatta yang lain agak terpinga-pinga kerana tak menyangka kawannya itu dikenali di kalangan pengamal perubatan alternatif.

  Kami sebagai admin di sini berharap drhatta yang dulunya aktif menyumbang artikel kepada web ini kembali proaktif terhadap masalah dan kemaslahatan masyarakat yang dahagakan bahan-bahan, khususnya berkaitan perubatan homeopati.

  Dengan sikap proaktif itu, mungkin web ini dapat selalu diupdate. Ramai kenalan lain, walaupun dijemput, agak payah sikit memberikan sebarang sumbangan tulisan. Maklumlah, semua orang sibuk dewasa ini.

  Kami di meja HBI berharap drhatta sebagaimana nama yang kami berikan kepada laman situs ini dapat kembali mewarnai agenda pengembangan perubatan homeopati tanah air melalui artikel-artikel bernas.

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2014