Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Banjir Di Pantai Timur (20/12/14)

Nampaknya sejak dua hari lalu, berita berkaitan banjir di Pantai Timur memenuhi ruang berita dan dada akhbar. Tiga negeri yang terlibat itu ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

  Di antara negeri-negeri yang mengalami bencana banjir kali ini, Kelantan menduduki tangga teratas dari segi jumlah mangsa dan keluarga terlibat.

  Kami amat prihatin dengan kejadian ini. Bahkan pada waktu artikel ini ditulis, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan terdapat sejumlah 18,246 mangsa daripada 5,766 keluarga yang terjejas tempat tinggal dan dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir.

  Kami bersama dengan pihak kerajaan memandang berat masalah ini dan berharap semua mangsa dapat bersabar di samping harus berhati-hati dengan risiko dan ancaman semasa berlakunya banjir.

  Sudah tentu banyak harta benda yang musnah apabila rumah ditenggelami air. Sementara kenderaan yang tak sempat dilarikan akan rosak apabila ditenggelami air banjir. Lebih malang lagi, ada yang hanyut dan mungkin tidak dapat ditemui kembali.

  Lebih penting daripada itu, ialah kami berharap semua yang terlibat berjaga-jaga supaya kita lebih mengambil berat terhadap nyawa itu sendiri. Jauhilah daripada menjadi mangsa lemas atau dihanyutkan air, cuai dan terdedah kepada kecederaan.

  Di sesetengah tempat ada yang tiang elektrik tumbang dan memutuskan bekalan elektrik. Di kawasan-kawasan berkenaan, hendaklah kita elakkan daripada menjadi mangsa terkena renjatan elektrik pulak.

  Dari sudut yang lain, mereka yang berada di kawasan banjir lebih terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu.

  Di samping mendoakan keselamatan untuk sekalian mangsa dan mereka yang berada di kawasan banjir, kami juga menyeru agar semua kita sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dengan cara meminum air dan memakan makanan yang telah dimasak sahaja.

  Jangan sesekali mengambil makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman. Elakkan memakan buah-buahan yang tercemar dengan air banjir, serta harus menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.

  Basuhkah tangan sebelum makan maupun selepas ke tandas. Sebaiknya guna tandas yang sempurna, buang sampah di tempat yang betul, dan jangan biarkan anggota keluarga bermain air, terutama di kawasan air deras atau dalam.

  Patuhi segala arahan pihak berkuasa dengan mendapatkan suntikan vaksin jika perlu dan dinasihatkan oleh doktor.

  Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan, dapatkan rawatan segera. Lumrah juga, mereka yang berada di persekitaran banjir mengalami keracunan, sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

  Kami dari meja HBI menumpang simpati buat semua mangsa. Empati kami tidak terkira terhadap perasaan dan derita yang terpaksa ditanggung oleh kalian. Mudah-mudahan keadaan ini segera reda.

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2014