Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Banjir Gelombang Kedua (25/12/14)

Sungguh tidak dijangka bahawa banjir di Pantai timur yang pada beberapa hari yang lalu yang semakin surut menerima gelombang kedua pada minggu ini.

  Malam tadi, jumlah mangsa banjir di tiga negeri utama iaitu Kelantan Terengganu dan Pahang telah mencapai angka mangsa seramai lebih 60,000 orang.

  Menurut portal banjir di Kelantan pula, http://ebanjir.kelantan.gov.my, jumlah mangsa dipindahkan sudah meningkat seramai 32,343 orang daripada 9,235 keluarga. Mangsa paling ramai yang dipindahkan ialah di Gua Musang iaitu seramai 7,385 orang diikuti Pasir Mas seramai 7,162 orang.

  Daerah Kuala Krai yang turut mendapat impak paling buruk kali ini memperoleh mangsa yang dipindahkan seramai 4,684 orang daripada sejumlah 1,271.

  Hari ini pada 25hb Disember, air dari kawasan hulu seperti Kuala Krai dan Gua Musang dijangka turun ke Kota Bharu dan menyebabkan bandar Cik Siti Wan Kembang itu akan digenangi air dengan teruk.

  Bagaimanapun, justeru peningkatan aras air di Tambatan Di Raja Kota Bharu tidak lagi secepat sebelumnya, kita meramailkan paras air tidak akan bertambah sehingga seburuk yang berlaku di Kuala Krai dan Gua Musang. Namun pada waktu ini aras air di Tambatan itu sudahpun mencapai 5.00, melepasi paras bahaya 4.00 mata.

  Dengan keadaan banyak kawasan digenangi air, isu yang timbul ialah barang-barang, perkakas rumah dan kenderaan yang rosak akibat banjir pasti meningkat.

  Ini pastinya memberi kesan yang tidak baik di mana ramai pula peniaga terpaksa menutup kedai serta tidak lagi dapat menguruskan perniagaan seperti biasa. Ofis dan jabatan-jabatan kerajaan bukan sahaja terpaksa ditutup, malahan tenaga mesti dikerahkan buat membantu mangsa-mangsa.

  Sebahagian mangsa yang perlu mendapat rawatan secara berkala di hospital juga terjejas perjalanan mereka. Ini termasuk mereka yang dijadualkan membuat rawatan haemodialisis, terpaksa mengharungi air bah untuk sampai ke hospital.

  Kami di HBI, mendoakan agar suasana bencana banjir ini beransur reda. Mereka yang berada di tempat-tempat pemindahan mendapat bekalan secukupnya. Bila air surut, kita juga berharap mereka segera dapat kembali ke rumah masing-masing bagi mengemas dan menyelamatkan apa yang tinggal.

  Pada waktu ini juga, kita dapati pihak kerajaan dan badan-badan persendirian sudah digerakkan bagi memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang berada di kawasan bencana.

  Kami juga menyeru agar tiada orang atau pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada bencana ini selain daripada menolong dengan perasaan ikhlas.

  Mudah-mudahan dengan amalan yang baik dan kerja yang ikhlas, semua usaha kita mendapat pahala yang berlimpah dan keredhaan daripada Allah subhanahu wa ta'ala.

  Pada waktu ini juga kita merasakan sedikit kehilangan apabila orang-orang seperti Dr. Nik Omar yang gemar menggerakkan bantuan kesihatan dalam perubatan homeopati sudah tiada lagi.

  Benar, banyak individu yang menggores perasaan dan hati sesetengah pihak, tetapi jika kita lihat dari sudut positifnya, pasti ada juga kebaikan dari orang-orang yang mungkin tidak kita gemari.

  Demikian juga dalam usaha mengadakan Persidangan Antarabangsa AHML, kini persidangan serupa itu sudah tidak kedengaran. Justeru, kehilangan beliau pasti dirasai oleh ramai peminat homeopati.

  Akhir kalam, marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Ilahi agar keadaan di Pantai Timur kembali aman dari bencana seperti sebelumnya.

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2014