Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Rempah Rendang Diraja Noorshila (12/11/14)

Berniaga sudah menjadi semakin lumrah di kalangan masyarakat bintang glamor. Ini berlaku justeru kerjaya yang diceburi mungkin tidak akan bertahan lama atau ingin menceburkan diri dalam aktiviti kerja yang lebih terjamin.

  Baik mereka ini berasal daripada pemain bola sepak, model, pelakon, penyanyi, kerani bank, guru atau apa kerjayapun, sekurang-kurangnya ramai di antara mereka semakin giat menjalankan aktiviti atau kerja sampingan.

  Tambahan lagi apabila kita berada di dalam senario baru di mana kos hidup semakin meningkat, harga hartanah kian melambung tinggi dan kadar inflasi tambah tidak menentu.

  Selepas tertarik dengan produk pemain bola sepak glamor Hai-O (Hairuddin Omar) di bahagian bawah bangunan MARA, pada hari Isnin lepas, kami bertandang pula di gerai Noorshila Amin.

  Bagi mereka yang berada di ambang tahun 1990an, pasti tidak akan lupa dengan artis ini. Paling popular lagu yang didendangkan beliau ialah "Aku Sudah Jatuh Cinta" (Da Di Du) dan "Rambu Ramba".

  Tapi hari ini, pastilah Noorshila akan lebih popular dengan produk terbaru beliau yang dikenali sebagai "Rempah Diraja" sekiranya ia benar-benar meletup.

  Apakah ia akan sepopular produk Datuk Siti Nurhaliza, SimpliSity? Sudah tentu ia akan bergantung kepada kuasa dan kemampuan pengiklanan serta  memasarkannya. Populariti mungkin ada impaknya, tetapi dalam apa-apa produk perniagaanpun, kualiti, networking dan promosi pemasaran bakal menjadi pemain utama.

  Bagaimanapun, khabarnya setakat ini rendang Rempah Diraja ini masih diusahakan di rumah. Ini bermakna usaha masih di peringkat awal. Tetapi promosi sudah semakin giat dijalankan.

  Kalau surat khabar sudah keluar, internet sudah, facebook sudah, masuk ekspopun sudah, agaknya tak lama lagi akan terdirilah kilang yang diimpikan Noorshila.

  Pada hari isnin 10 November lalu, kami dapati beliau dengan anak perempuan beliau saling bantu-membantu membuat promosi di ruang legar bangunan MARA.

  Apabila ada yang bertanya apa pula usaha kami di sini, kami hanya menyatakan untuk mendapat maklumat atau berita bagi laman sesawang kami. Dan kami katakan, insya Allah foto beliau akan dimasukkan ke laman drhatta.com.

  Semoga usaha beliau diberkati. Sama-samalah kita doakan bagi kejayaan seorang lagi anak bumiputera dalam kancah perniagaan.

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2014