Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Vaksin Denggi: Sejauh mana berkesan? Apa Alternatif Homeopati? (20/04/16)

  Beberapa hari yang lalu, diberitakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan vaksin denggi pertama dunia bagi mengekang penularan penyakit bawaan nyamuk itu yang berpotensi menjangkiti separuh daripada penduduk di seluruh dunia.

  Berbanding malaria, kita tidak mempunyai ubat atau penawar khusus untuk penyakit demam denggi. Ini menyebabkan mangsa berdepan gejala mual teruk, sakit dalam tulang, pening, ruam, demam, pendarahan dan mungkin juga maut.

  Virus denggi boleh kekal dalam darah sehingga 10 hari dan sekitar 390 juta manusia dijangkiti virus tersebut setiap tahun di 120 negara khususnya di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika.

  Vaksin terbaru yang dikenali sebagai Dengvaxia itu dikatakan satu hasil kajian selama 20 tahun oleh penyelidik syarikat farmasi berpangkalan di Perancis, Sanofi Pasteur. Berikutan penemuan itu, empat buah negara telah meluluskan penggunaan vaksin tersebut, iaitu Mexico, Brazil, El Salvador dan Filipina.

  Vaksin kelulusan WHO itu dijangka menarik lebih banyak negara membangun untuk mengambil langkah menggunakan vaksin baharu dan pertama untuk virus denggi. Vaksin itu akan diberikan dalam tiga suntikan dalam tempoh satu tahun.

  Pengarah Inisiatif vaksin denggi, Dr. In-Kyu Yoon dilaporkan berkata,“Di negara-negara di mana denggi adalah endemik, ia adalah antara penyakit yang paling digeruni. Unjuran global menunjukkan peningkatan ketika ini dan penyakit itu pada dasarnya telah menjadi pandemik.”

  Sekiranya kos vaksin itu terlalu tinggi sedangkan perlindungan tidak 100%, penggunaannya mungkin tidak akan menyeluruh.

  Sementara bagi mereka yang biasa dengan perubatan alternatif dan homeopati, serta mendapati ianya membantu dalam kebanyakan kes, kami percaya tidak ada masalah untuk pengguna memilih rawatan pencegahan homeopati.

  Seperti laporan laman http://www.delhihomeo.com/php/treatment/dengue_pre.htm, dan laman kami http://www.drhatta.com/New2015/MAC15/VaksinDenggi.htm, perubaatan homeopati boleh menyarankan beberapa remedi untuk cegah atau rawat simptom-simptom utama denggi.

  Paling ketara ialah penawar yang dikenali sebagai Eupatorium perfoliatum 200. Penawar ini boleh diberi dua dos setiap minggu sewaktu serangan epidemik di peringkat awal atau bagi demam denggi biasa.

  Bagi demam denggi berdarah, Ipecac 200 boleh dipeskripsi dua kali sehari selama tiga hari, dan kemudian ia boleh diberikan kepada pesakit dua dos dalam seminggu. Jika kedua penawar ini digunakan secara berselang adalah lagi baik.

  Saranan ini dibuat kerana kos mengurus pesakit denggi sebenarnya adalah lebih ekonomi jika kita sanggup menerima kaedah homeopati dalam pengurusan pesakit denggi. Jika tidak, kita terima sahaja sebarang saranan perubatan Barat.

  Cara paling berkesan untuk mencegah denggi tentulah dengan cara mengawal persekitaran dan mencegah pembiakan nyamuk aedes. Tetapi tindakan ini memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak seperti kempen yang sentiasa dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

   Salam daripada kami, di HBI Homeopathy Consultant.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2016