Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting berkaitan produk terbaru HBI, "PAU-ANA". 2016.

Homeopati Dalam Pertanian

(Format Mobile)

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

HOMEOPATI VETERINAR       

Veterinar homeopati mungkin jarang-jarang kedengaran di Malaysia. Tetapi hakikatnya, amalan merawat binatang peliharaan bukan sahaja ada, bahkan diamalkan oleh sesetengah pengamal homeopati di Malaysia. Saya sendiripun, sewaktu di kampung bersma-sama dengan keluarga di rumah atau di rumah mertua, pernah juga memberikan rawatan mudah kepada anak ayam dan anak kucing.

   Homeopati veterinar (Veterinary Homeopathy) merujuk kepada pengamal yang mengguna kaedah rawatan homeopati dalam bidang sains veterinar. Ia sudah lama popular di luar negara, cuma di Malaysia pengamalannya tidak begitu ketara.

   Kebetulan sewaktu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) di Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS), saya bertemu dengan seorang peserta yang katanya tiada klinik tetapi mengamalkan sesuatu yang lain. Justeru saya mengambil masa mendalami beliau dan kami berbual seketika di meja makan sewaktu rehat minum pagi.

KERJA DALAM BIDANG PERTANIAN

   Katanya, "Saya tidak buka klinik atau rawat orang. Saya terlibat dalam pertanian".

   Itulah kata-kata pemula bicara daripada seorang pemuda yang mengenalkan diri beliau sebagai Ivan Tan. Orangnya peramah dan mudah diajak bicara.

   Apabila ditanya, kenapa beliau hadir Mesyuarat Agung MPHM (kerana mesyuarat agung ini hanya untuk anggota MPHM), beliau menjawab, "Oh saya memang guna ubat homeoati jugak. Tapi saya guna dalam bidang pertanian saja. Saya tidak merawat orang."

   Selepas kami berdua berbual sambil minum pagi itu, maka saya mendapat beberapa maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama dalam laman ini. 

   Menurut Ivan Tan, beliau tinggal di Gombak. Di sana beliau terlibat dalam bidang pertanian dan penternakan. Beliau menternak ayam, kambing dan lembu jugak. Apabila saya bercerita sedikit tentang bagaimana saya rawat binatang kesayangan seperti kucing, beliau mengatakan bahawa kucing selalu bermasalah dengan pemakanan kalau salah diberi makan. Begitu juga dengan ayam itek.

   Beliau biasa menggunakan Arsenicum, Pulsatilla dan Chamomilla. Lembu dan kambing juga ada masanya sensitif juga. Ada kalanya dia turut guna remedi seperti Arnica atau Calcarea Carb. Bahkan menurut beliau, beliau tidak pernah menvaksinkan binatang peliharaannya. "Binatang-binatang itu sihat saja, tidak berpenyakit," terang Ivan.

BAJA HOMEOPATI

   "Saya juga guna ubat homeopati untuk jadikan baja," jelas Ivan. Masya Allah, ini membuatkan saya rasa kaget.

   Lantas diterangkan oleh Ivan, pokok tertentu sepeti padi memerlukan Silicea. Jika kita biarkan, bila pokok itu membesar, ia akan menunduk ke tanah, batangnya tak dapat menahan buahnya yang berat. Jadi beliau menjirus pokok itu menggunakan Silicea homeopati.

   Saya mencelah, "Sekarang musim panas yang teruk, tanah kering, ada cara tak nak selesaikannya."

   Katanya, "Kita boleh suburkan tanah itu. Mungkin kita boleh guna Belladonna, Glonoin dan sebagainya." Menurut Ivan, dia pernah guna baja-baja daripada ubat honeopati dan tanah memang jadi berbaja. Lalu pokok-pokok boleh tumbuh dengan elok.

  Cerita yang sama dibawa oleh sahabat kita dan bekas pelajar saya iaitu sdr Haris dari Melaka. Beliau biasa menggunakan Sulphur untuk pastikan tanah berbaja dan buah jadi besar dan cantik.

GUNALAH HOMEOPATI

   Akhirnya, jika kita renung dengan teliti cerita dan perbualan saya dengan Ivan Tan, sebenarnya dunia ilmu kita penuh dengan alternatif.

   Persoalannya ialah dari satu segi kita kurang mendalami. Dari segi yang lain, masih ramai yang belum percaya akan kemampuan homeopati.

   Jika pihak yang berkenaan memberi ruang secukupnya, tanpa memberikan penekanan sangat kepada kaedah sains Barat dan evidence-based menurut kaedah Barat, pastinya kita mempunyai lebih banyak pilihan dalam menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, Homeopati Boleh!!

Sekian dan salam   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016