Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Kecurian - Selagi masalah dadah tidak selesai (11/02/16)

  Hari ini (11/02/16), saya menghadiri satu program Majlis Takliat Promosi Program Latihan MKM 2016 di Empress Hotel, Salak Tinggi, Sepang.

  Tetapi saya mengambil kesempatan sementara program Taklimat MKM (Maktab Koperasi Malaysia) bermula untuk menulis berkaitan isu semalam. Apa yang berlaku? Rumah konsultan HBI di Taman ser Dagang, Bukit Changgang dimasuki pencuri. Hal ini terjadi dalam tempoh 4 hari konsultan bercuti sempena Tahun Baru China.

  Seperti biasa juga, bila sebuah rumah dipecah dan dirompak, ada juga rumah-rumah lain di sekitar yang mengalami nasib yang sama. Ada yang berlaku pada hari yang sama dan ada yang selang hari. Di rumah sebelah rumah konsultan di Taman Seri Dagang 1, barang seperti gas dan dapur gas pemiliknya turut dicuri.

  Kisah ini sudah terlalu lama untuk kita ulas. Dalam laman inipun, sudah pernah saya sebutkan dahulu betapa perkara ini tidak ditangani dengan berkesan oleh pihak berkuasa. Di mana-mana di Malaysia, harta benda dan apa yang tersimpan di rumah, termasuk apa yang dibawa berjalanpun boleh dirompak dan diragut dengan senang.

  Apabila kami pergi ke balai polispun, pertanyaan yang sama ditanya, "Tak ada RELA yang meronda ke?" Jadi di mana polis selama ini? Di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan RTB, kami tidak nampak ada pos polis. Polis ada hanya bila ada kemalangan atau bila dilaporkan masalah kecurian, pergaduhan, ada aktiviti yang memerlukan kawalan polis dan seumpamanya sahaja.

  Di mana polis? Peranan mereka dipersoalkan. Bahagian siasatan menyiasat tetapi tindakan susulan dan keberkesanan dalam hal ini tidak kelihatan. Jiran yang mana rumah mereka pernah dimasuki pencuri memaklumkan, 'mereka buat repot tetapi hasil tiada'.

  Pegawai daripada Balai Polis Banting datang tengok, ambil gambar, ambil cap jari, lepas itu senyap. Jika tidak polis dan agensi kawalan dadah, siapa lagi yang bertanggungjawab menangani masalah yang ditimbulkan oleh penagihan dadah? Dulu ada Pusat Serenti? Apabila Pusat serenti digantikan dengan "Cure and Care", budaya curi dan merompak menjadi-jadi.

  Tiap kali penghuni balik bercuti di kampung, rumah dimasuki orang. Kita semua tahu ini kerja penagih dadah apabila mereka target barang kemas, wang, kasut berjenama, gajet, pendrive, laptop, TV, kenderaan dan barang-barang yang mudah dijual bagi tujuan mereka mendapatkan wang dan membeli dadah.

  Di Labohan Dagang dan Bukit Changgang Banting, sudah masyhurlah gerakan senyap pencuri dari kalangan penagih ini apabila mereka pernah ditangkap oleh orang kampong beberapa kali. Mereka (penagih) ini sudah lali dengan semua herdikan, pukulan dan apa saja tindakan orang kampung. Mereka pun tahu, kalau masuk lokap, kejap keluar balik.

  Boleh dikatakan kerapkali masuk lokap, ada penjamin yang menjamin mereka. Di kampung Labohan Dagang dan Bukit Changgang ini, kebun kelapa sawit dan pisang tanduk pun tidak selamat daripada menjadi mangsa para penagih ini.

  Seperti yang kita selalu dengar di dalam media TV, radio dan media sosial di internet, golongan penagih ini bukan sahaja memberikan masalah kepada masyarakat kelilimg atau perjalanan ekonomi setempat, bahkan kepada keluarga mereka sendiri juga.

  Kita sudah banyak kali mendengar ibu, nenek dan penjaga mereka sendiri dicederakan dan dibunuh dengan kejam. Ada juga yang pasangan mereka bahkan anak-anak mereka sendiri didera dan ada waktunya dibunuh hanya semata-mata kerana keinginan mereka tidak kesampaian. Google dan search saja, semua maklumat itu terhidang dengan banyaknya.

  Jadi di sini, sekali lagi kami bersama-sama dengan masyarakat menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang perlu dan sesuai bagi menangani masalah ini dengan lebih berkesan. Seruan ini bukan semata-mata untuk kampung Labohan dagang dan Bukit Changgang, tetapi adalah demi keselamatan semua penduduk di Malaysia.

  Ada peraturan dan undang-undang tidak bermakna jika tidak ada tindakan berkesan. Polisi baru Cure & Care yang merupakan cara lembut menangani penagih harus direview semula. Tidak wajar penagih dilepaskan ke dalam masyarakat hanya disebabkan langkah penjimatan atau kaedah penjagaan ala Barat yang prihatin hanya kepada penagih tetapi tidak prihatin kepada kos yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat secara keseluruhan.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.