Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Kursus Google Adwords - Ke arah Pemasaran Pau-Ana (15/02/16)

  Pada 13 hingga 14hb Februari 2016, konsultan HBI telah menghadiri kelas Google Adwords di pusat latihan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang dikendalikan oleh seorang tokoh pemasaran online Google Adwords yang agak terkenal iaitu, En Shamsuriyadi.

  Usaha pembelajaran ini dilakukan bagi menambahkan kepelbagaian dalam iklan di internet bagi pihak HBI. Bagaimanapun ia bukannya bertujuan menambahkan pengedar dan klien produk sedia ada yang mana bergantung kepada masa konsultasi konsultan, tetapi ianya lebih kepada membina rangkaian pengedaran produk pemakanan kesihatan baru Pau-Ana yang akan dilancarkan pada minggu kedua bulan March 2016.

  Dua hari yang padat itu mengambil banyak masa konsultan, tetapi tentu sekali berbaloi. Selain menerima pelajaran baru, pada sesi kursus itu juga konsultan dapat berkenalan dengan lebih ramai usahawan internet.

   

  Yang mengejutkan PUIM ialah jumlah kehadiran peserta kali ini di luar jangkaan. Mengikut Naib Presiden PUIM,, En. Zainal Rashid bin Isa, beliau menjangkakan peserta yang akan hadir hanya di sekitar 12 orang sahaja. Namun justeru ramai yang join di saat-saat akhir, ia menyebabkan jumlah peserta bertambah sehingga seramai 23 orang.

  Satu masalah apabila ramai peserta dalam kursus yang memerlukan bantuan hands-on daripada penceramah ialah kesukaran melayan aduan peserta. Apa lagi jika peserta itu terdiri daripada generasi yang sudah senior dan tidak dapat catch-up dengan pengajaran.

  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan kehadiran konsultan dalam kursus Google Adwords, maka kehadiran syarikat HBI dalam promosi di internet menjadi lebih jelas dan aktif. Contoh screen shot di atas menunjukkan iklan yang lebih dekat kepada pengguna dan lebih berfokus yang dimuanaik selepas konsultan selesai menamatkan kursus Google Adwords En Shamsuriyadi.

  Akan datang, HBI merancang untuk menghantar staf yang lain pula bagi kursus seumpama ini. Terutama staf yang muda dan intim/peka dengan perubahan teknologi.

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.