Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Iklan Produk Halal Mesti Ikut Arahan JAKIM (28/02/16)

 Hari ini semua syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan terma 'ayat ruqyah', 'makanan sunnah' dan seumpamanya pada pelabelan, pengiklanan dan promosi produk yang dipohon bagi pengesahan halal.

  Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, produk yang dilabelkan dengan terma itu sering digunakan oleh sesetengah pengusaha sebagai pelan pemasaran. Jadi ia dikhuatiri boleh mengundang penipuan ke atas pengguna yang percaya produk itu lebih berkesan.

  Kata beliau lagi, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada November tahun lalu memutuskan bahawa penggunaan ayat ruqyah pada sesuatu produk bagi tujuan komersial tidak dibenarkan pada pelabelan, pengiklanan atau promosi. "Produk berasaskan 'makanan sunnah' atau makanan serta minuman yang dibacakan ayat al-Quran atau diruqyahkan sering disebut sebagai makanan terbaik.

  "Selain itu, ada produk yang menggunakan air zam zam sebagai ramuan campuran, namun kuantitinya amat sedikit dan kemudian dinyatakan sebagai ramuan pada label produk itu. Tindakan ini berkemungkinan besar menyebabkan berlaku penipuan kepada orang ramai yang menganggap produk itu lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran dan zikir serta doa tertentu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

  Datuk Othman berkata, pekeliling mengenai peraturan itu sudah dikuatkuasakan pada 15 Februari lalu mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. "Justeru, semua syarikat dan pemohon pensijilan halal Malaysia perlu mematuhi dan mengambil maklum mengenai pelaksanaan pekeliling ini."

  Kami di HBI Health & Homoeopathy Centre menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM. Isu produk yang menggunakan agama, doa, dibacakan dengan al-Qur'an 30 juzuk dan istilah seperti "makanan sunnah", "Plus" dsbnya memang tidak sesuai dijadikan bahan untuk mengikat kepercayaan pengguna terhadap produk yang dipasarkan.

  Marilah kita sama-sama membuat promo produk dengan jujur tanpa sangsi. Kita boleh membaca, mendoakan dan mengguna pemakanan sunnah. Tetapi tidak perlulah kita menggembar-gemburkan semua itu semata-mata untuk menarik pelanggan.

 Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.