Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Sumber Kajian Homeopati - Di mana boleh didapati (12/02/16)

  Berapa banyak kajian berkaitan homeopati sudah dibuat di Malaysia. Berapa banyak kajian-kajian homeopati itu telah diterbitkan? Buku-buku homeopati yang diterbitkan, apakah ianya dilengkapi dengan nota kaki (footnotes) dan bibliografi?

  Ini persoalan kronik yang dihadapi dalam sejarah kajian dan penulisan berkaitan perubatan homeopati di Malayisa. Ada juga buku-buku seminar yang pernah dibukukan, tetapi sejauh mana kualitinya dalam dunia akademik, mungkin kita belum ketahui dengan pasti.

  Bukan untuk memperkecilkan, tetapi mungkin sumber rujukan dalam perubatan homeopati di Malaysia belum begitu banyak, belum lengkap ataupun belum begitu mantap.

  Apabila saya menulis buku pertama "Perubatan Homoeopati" yang diterbitkan pada tahun 1997, saya merasakan sudah membantu membuat kompilasi sejarah homeopati di Malaysia, tetapi saya terlupa memasukkan footnote, sekalipun sudah memasukkan bibliografi.

  Buku "Perubatan Homoeopati" itu merupakan buku yang mendapat sambutan paling banyak (maaf pandangan saya) dan menjadi rujukan kepada ramai pengamal dan pelajar homeopati. Ia juga telah dirujuk oleh beberapa orang pelajar-pelajar universiti yang membuat kertas kerja pendek bagi subjek-subjek tertentu di universiti.

  Dua orang daripada pelajar berkenaan pernah membuat interview dengan saya secara online pada awal milenium (tahun 2000an) berkaitan perubatan homeopati secara umum.

  Sewaktu saya bertolak dari Kota Bharu ke Banting selepas menghabiskan cuti Gong xi Fa Cai di kampung, saya menerima panggilan daripada seorang penuntut yang sedang menjalankan kajian tesis dalam perubatan homeopati.

  Apabila saya bertanya skop kajian, beliau menjawab "Studi berkaitan program/sumbangan homeopati Dr. Nik Omar Nik Daud".

  Nah,, sekarang siapakah yang pernah publish tulisan berkaitan Dr. Nik Omar Nik Daud? Saya percaya maklumat boleh di dapati di laman web beliau yang masih bersepah, rekod-rekod dalam buku-buku seminar atau konvensyen yang pernah dikendalikan oleh arwah Dr. Nik Omar Nik Daud, dan selain itu boleh dilakukan interview terhadap anak-anak dan isteri-isteri arwah Dr. Nik.

  Tetapi untk mendapatkan satu tulisan yang bersifat objektif dan tidak bias? Inilah data-data yang kekurangan di Malaysia. Majoriti pengamal dan persatuan banyak memberi tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan oleh persatuan dan dirinya, jarang yang ingin keluar dari lingkungan diri dan keterlibatannya serta menulis secara objektif dan saintifik.

  Kalau ada booklet yang dikeluarkan yang membicarakan perkembangan dan sumbangan individu tanpa bias dalam perubatan homeopati, ianya sangat ringkas, walaupun agak lebih baik daripada timeline daripada persatuan homeopati.

  Justeru, saya menyarankan pelajar berkenaan (mungkin untuk tesis sarjana beliau) supaya melakukan interview dan merujuk laman web www.homeolibrary.com  di mana saya ada menulis sedikit berkaitan sumbangan Dr Nik Omar Nik Daud. Oleh kerana saya juga tidak mempunyai data yang lengkap, tulisan saya berkaitan arwah Dr. Nik Omar juga banyak saya rujuk kepada laman web beliau dan untuk tujuan pengesahan, saya catatkan rujukan web yang masih boleh diakses.

  Tetapi saya memaklumkan kepada pelajar senior itu, kalau inginkan artikel yang ada footnote, memang saya ada membuat beberapa artikel dengan memberikan nota footnote,  seperti "isu alkohol dalam ubat homeopati" dan beberapa artikel lain di dalam web www.homeolibrari.com.

  Selain itu, mungkin buku pertama "Perubatan Homoeopati" saya bolehlah dipakai bagi menambahkan bibliografi tesis beliau.

  Sebenarnya, tidak perlulah kita bercakap berkaitan pengamal-pengamal selepas Dr. Burhanuddin. Perkara berkaitan data sumbangan homeopati Dr. Burhanuddin al-Helmy pun belum begitu lengkap. Ini pernah disuarakan oleh Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia, Dr(H) Zainul Azmi tidak berapa lama dulu. Dan suara beliau itu telah disebut sebelum Allahyarham Dr. (H) Abdul Rahman Hashim masih hidup lagi.

  Jadi bilakah koleksi penulisan sejarah sumbangan orang-orang berjasa dalam perubatan homeopati boleh dikompilasikan?

  Persoalan itu saya kembalikan kepada tuan-tuan pengamal homeopati yang sudah lama bergelumang dalam kehidupan homeopati dan berpersatuan menjawabnya.

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.