Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

KUN ANTA - Jadilah dirimu, sucikan hati, hiasi pekerti. (08/02/16)

  Hari ini (07/02/16), selepas ke MRSM Pengkalan Chepa untuk bicara mengenai pelancaran produk PAU-ANA dan bicara usahawan, saya bersama keluarga membeli-belah di KB Mall.

  Seperti biasa, saya membiarkan anak-anak dan ibunya membeli-belah dengan bebas dan saya mundar-mandir mencari t-shirt sendiri dan memasuki toko kegemaran, iaitu keda POPULAR KB Mall.

  Di situ saya tertarik dengan dua buah buku. Yang pertama, tentulah buku Prof. Dr. Muhaya, "PofMuhaya's Quotes (Audit Diri, Hiasi Peribadi)". Meskipun buku itu berbalut dan tidak dibenarkan buka, saya pasti intisarinya memuaskan dan cantik seperti bicara beliau di TV maupun radio.

  Tidak terjangka pula apabiLa saya membelek buku "KUN ANTA", sambil membaca satu kisah, terasa menarik pula. Apabila saya semak bahagian hak cipta dan cetakan, nampak ianya sudah dua kali cetak pada tahun 2015. Ini bermakna buku ini sah menarik dan "meleTOP".

  Saya melihat di bahagian belakang buku "Kun Anta", lalu ada pula komen Prof. Dr. Muhaya ""Kun Anta bukan sekadar siulan anak muda tetapi maknanya amat mendalam jika dihayati dengan betul. Ia bukan sekadar fenomena, tetapi membangkitkan diri yang lena agar mengetahui siapa kita di bumi yang fana. Menjadi satu kerugian andai tidak memiliki buku ini di sisi".

  Bersama dengan komentar daripada Prof Dr Muhaya, ada pula satu komentar lagi untk buku "Kun Anta" daripada Ustaz Azhar Idrus.

  Komentar Ustaz Azhar Idrus berbunyi, "Mengapa kita malu untuk menunjukkan warna sebenar diri kita dan sering kali berpura-pura? Kun Anta. Kata orang putih, Be Yourself. Satu petikan suis yang mampu mengubah hati agar lebih menghargai diri sendiri dan mensyukuri nikmat Allah. Kalu dop beli mung memang dok rok chetong".

  Nah! Komen Ustaz Azhar Idrus dengan bahasa Terengganunya menyengat pula. Ini pasti lagi menarik dan merangsangkan hati untuk membeli. Dua tokoh besar Prof Muhaya dan Ustaz Azhar Idrus menjadi sumber penyaksian.

  Lantas saya mengambil kedua buku tersebut dan terus ke kaunter pembayaran kedai POPULAR. Walaupun pada masa itu, saya masih sedang mentelaah "The Essence of Materia Medica" karya George Vithoulkas, saya fikir saya akan sempat menjengah baca sekali sekala mana yang menarik daripada kedua buku hebat itu.

  Oleh kerana saya tidak sempat membaca kesemuanya, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada satu cerita di dalam buku "Kun Anta" itu yang mana saya sempat meninjaunya sewaktu di dalam kedai POPULAR. Ia adalah mengenai topik "Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki" yang berkisar mengenai seorang anak lelaki berusia 9 tahun yang baru memasuki sebulatan kecil murid-murid yang sedang belajar al-Quran dengan seorang Ustaz di sebuah masjid dalam sebuah perkampungan di Mesir.

  Apabila ustaz itu mengujinya, rupanya beliau sudah menghafal banyak surah-surah al-Quran, dan hal itu memberi kekaguman kepada ustaz tersebut.

  Atas permintaan ustaz, keesokan harinya semua anak-anak datang bersama ibu bapa. Apabila tiba giliran si anak kecil itu, sebelum sempat ustaz bertanya, ayahnya yang kelihatan orang biasa terus menyapa:

  "Saya tahu, mungkin uustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah kepada anak ini. Tetapi rasa hairan ustaz akan saya jawab. Sebenarnya di sebalik anak kecil ini, ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Saya masih mempunyai 3 orang anak lagi di rumah. Mereka semuanya juga menghafal al-Qur'an. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun sekarang sudah menghafal juz 'Amma."

  Ustaz itu bertanya, "Apa yang telah isteri kamu lakukan?"

  Ayah anak itu menjawab, "Ibu mmereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak-anak kami menghafal al-Quran dan selalu memotivasikan mereka untuk melakukan perkara tersebut. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, 'Siapa yang hafal lebih banyak daripada yang lain dahulu, dialah yang menentukan makan malam ini'. Juga.. 'Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannyya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar-sia nanti'."

  "Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba di antara mereka semua untuk memperbanyak dan mengulang hafalan al-Quran mereka."

  Itulah petikan cerita yang menarik perhatian saya, iaitu terhadap perjuangan, ketekunan, kesabaran dan konsistensi seorang ibu yang berusaha mendidik anak-anak kepada menjadi anak yang hebat serta soleh. Yang mana ini memungkinkan seorang ayah memuji isterinya dengan kata-kata:

  "Di sebalik anak ini ada ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki."

  Memang banyak cerita menarik di dalam buku Kun Anta serta kata-kata yang boleh memotivasikan pembaca sekalian. Dan seandainya anda selesai membaca buku ini, saya percaya anda akan memahami maksud tersirat di dalam lagu "Kun Anta" oleh Humood AlKhudher, yang menjadi siulan anak-anak remaja kita.

  Seperti terjemahan maksud lagu Humood AlKhudher  

Saat ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya
Jadi aku boleh menjadi seorang yang lain hanya untuk berbangga
Dan aku kira jika aku seperti itu aku akan dapat kelebihan
Tapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini

Tidak tidak
Kita tidak memerlukan harta
Untuk menambahkan kecantikan,
Kecantikan dalaman (jauhari)
Ada di sini di dalam hati ia bersinar
Tidak tidak
Kita tak perlu memandang pandangan orang lain
Untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita,
Itulah kecantikan kita,
Semakin bertambah hingga ke atas
Oh Wo Oh (6x),

 Justeru, marilah kita memperkenalkan siapa diri kita yang sebenar, diri kita yang sebenarnya hebat, Juga seperti yang diceritakan kisahnya oleh Syed Abdul Kadir AlJoofre, Nur Heliza Helmi dan Muhammad Faris Zulkharnaine, tiga penulis buku "Kun Anta".

  Tahniah buat ketiga penulis ini. Semoga ia menjadi panduan berharga buat anak bangsa.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.