Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2016 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

MINDA PROF DR HJ AZIZAN ISMAIL PADA PANDANGAN KONSULTAN HOMEOPATI HBI (05/02/16)

  Pada kali ini saya ingin membawa kembali cerita seorang tokoh homeopati paling utama dan paling awal yang memperkenalkan penawar minda homeopati. Beliau ialah Allahyarham Prof. Dr. Hj. Azizan Ismail, pengasas Sistem Era Edar Sdn Bhd dan perumus pertama formula minda dengan jenama Examo CKM-500.

  Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya harus membicarakan mengenai Prof. Dr. Hj Azizan Hj Ismail sedangkan saya ingin membuat promosi penawar cergas minda rumusan saya sendiri iaitu Active IQ.

  Jadi sebelum saya membicarakan lebih jauh saya ingin menjelaskan bahawa saya menghormati beliau sebagai tokoh utama di mana beliau memperkenalkan Examo CKM 500 yang kemudian diikuti oleh produk lain termasuk Salidah dan MatSa ketika ramai pengamal homeopati, termasuk mereka yang berada di dalam persatuan homeopati ketika itu mengkritik dan memberikan pandangan berbeza.

  Ketika saya diperkenalkan kepada Kali Phosphoricum sebagai "brain tonic" oleh Dr,. Teew dan materia medika homeopati, beliau sudahpun membuat satu rumusan homeopati yang berbeza daripada penawar homeopati kombinasi dan import.

  Juga perlu diketahui bahawa pasaran Examo CKM 500 dan pasaran Active IQ adalah berbeza. Meskipun intipati rumusan penawar hampir sama, cara kami bancuh berbeza. Saya mengguna kaedah klasik, syarikatnya mengeluarkan menerusi kilang. Harga pengeluaran menerusi kilang dan penawar bancuhan secara farmasi pastilah berbeza.

  Selain itu, pasaran kami ialah kepada mereka yang ingin mengekonomikan kewangan dan berjimat. Justeru kami mensasarkan kepada klien HBI yang umum atau awam dan terbuka. Sedangkan Examo mensasarkan kepada ahli dalam sistem marketing yang terhad kepada mereka yang menjadi ahli, walaupun orang ramai masih boleh membeli.

  Jadi secara ikhlasnya, pasaran kami adalah sangat berbeza.

PERTANYAAN DR HJ AZIZAN ISMAIL MENGENAI SYARIKAT HBI

  Saya telahpun mengenali Prof Dr. Hj Azizan Ismail daripada keterangan guru saya Dr Teew sejak daripada tahun 1991 lagi. Tetapi saya tidak pernah bertemu beliau secara peribadi sehingga tahun 1997.

  Prof Dr. Hj Azizan Ismail adalah seorang yang kreatif serta peramah. Pertama kali kami bersua ialah pada awal tahun 1997 atau 1998, iaitu ketika saya mempromosi buku "Perubatan Homoeopati" saat menghadiri program motivasi beliau kepada ahli Era edar di Seremban, Negeri Sembilan.

  Kali kedua, saya bertemu beliau ialah di Kota Bharu semasa kami menghadiri satu Persidangan Homeopathy Antarabangsa anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia {MRHP) yang dipimpin oleh Dr. Nik Omar Nik Daud. Kami bergambar tetapi saya tidak memiliki kamera, kerana itu saya tidak menyimpan gambar kami bersama.

  Apa yang saya ingat ialah Allahyarham Dr. Azizan Hj Ismail bermati-matian bertanya kenapa saya menamakan syarikat saya dan isteri itu dengan nama HBI. Saya hanya menjawab bahawa nama itu diambil daripada nama 'Huzaini binti Ismail. (masya Allah, secara kebetulan pula singkatan HBI itu tepat).

  Hakikatnya, saya tahu bayangan jawapan yang bermain dalam minda Dr. Azizan Hj Ismail dan beliau tahu saya ingin menyembunyikan sesuatu. Dan memang tekaan beliau itu tepat sekali. HBI dalam nama "HBI Health & Homoeopathy Centre sebenarnya merujuk kepada "Homeopathy, Biochemistry and Iridology".

JEMPUTAN DR HJ AZIZAN HJ ISMAIL SEBAGAI PENGAJAR HOMEOPATI

  Saya juga melihat Prof Hj Dr. Azizan berniat ikhlas apabila beliau menegur saya supaya merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila menerbitkan buku-buku di masa akan datang (selepas buku pertama). Saranan beliau itu saya terima dan ramai rakan pembaca boleh lihat ejaan dan cara persembahan saya dalam buku-buku berikutnya adalah berbeza dan dengan hati-hati mengikut format DBP.

  Bahkan hubungan yang baik ini diterjemahkan oleh Alahyarham Dr. Hj Azizan Ismail apabila beliau telah menulis surat kepada saya untuk memberi tawaran sebagai pengajar kuliah perubatan homeopati di  Kolej Homeopati Darul Aman, Kedah.

  Tawaran beliau itu dibuat hanya selepas saya dan HBI berjaya menerbitkan buku kedua iaitu "Homeopati: Perubatan Alaf Baru". Saya amat menghargai penghormatan dan kepercayaan beliau itu, tetapi saya merasa sangat dukacita kerana pada waktu itu saya sudah berpindah daripada pekan Banting ke Kg. Raja, Besut, Terengganu. Kerana itu saya terpaksa menolak.

  Pada masa itu, saya baru mulai membuat dan memberikan kuliah online menerusi Malaysia Homeopathy Virtual Institute. Saya juga masih belumpun terfikir untuk mengeluarkan sebarang rumusan penawar minda homeopati ataupun mana-mana rumusan seperti beliau.

PANDANGAN DR HJ AZIZAN HJ ISMAIL MENGENAI UBAT CERDAS MINDA

  Sekarang saya ingin menyentuh mengenai pandangan Dr. Azizan Hj Ismail berkaitan penawar atau ubat cergas minda sebagai ubat mencerdaskan akal. Sebelum inipun, mungkin saya pernah menulis sedikit sebanyak mengenai idea beliau yang hebat itu.

  Dalam pandangan beliau, Dr. Hj Azizan Ismail mengatakan bahawa hasil penyelidikan Profesor Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia, "otak orang cerdik berkeadaan lebih subur tumbuhan dendron dan dendrit jika dibandingkan dengan orang yang bodoh".

  Frasa "tumbuh subur" itu, kalau diironikan kepada bidang pertanian telah jelas kepada kita bahawa tumbuhan (pokok) boleh disuburkan dengan memberi baja yang sesuai.

  Jadi, kata beliau, jika tumbuh-tumbuhan boleh disuburkan dengan baja yang mengandungi zat-zat nutrien, tentulah badan manusia dan otaknya juga boleh disuburkan.

  Sebagaimana lengan dan dada atlet pembina badan boleh dibesarkan dengan latihan dan makanan yang betul, maka begitulah juga dengan otak manusia. Tentulah ada makanan atau bajanya yang tertentu.

  Selain itu, Dr Hj Azizan Ismail juga telah membawa satu contoh lagi berkaitan penyelidikan Prof Mark Rosenweig (Universiti California, Los Angeles) dan rakan-rakannya yang berjaya menunjukkan bahawa otak tikus boleh disuburkan. Jadi beliau, menekankan lagi, "Kalau otak tikus boleh disuburkan, munasabah otak manusia juga boleh disuburkan.

  Penjelasan Prof Dr. Hj Azizan Ismail ini dibuat pada tahun 1990an kerana pada waktu itu agak ramai orang yang mempersoalkan "adakah otak manusia boleh disuburkan?"

  Jadi beliau bukan saja menyarankan ubat biokimia homeopati, tetapi menerangkan bahawa di kalangan masyarakat kita sendiri ada bahan-bahan yang boleh membantu minda. Ini termasuklah kismis merah, buah khurma, kacang pistacio, kacang soya, kacang dal dsbnya. Semua itu merupakan pemakanan yang baik untuk minda.

GARAM MINERAL BIOKIMIA HOMEOPATI

  Berbeza daripada pemakanan yang biasa kita jumpa hari-hari, Dr. Hj Azizan Hj Ismail dan beberapa pengamal homeopati menyarankan tiga jenis nutrisi biokimia homeopati untuk digunakan di dalam membantu mencerdaskan minda masyarakat yang memerlukan.

  Sedikit perbezaan dengan pengamal homeopati lain ialah, kebanyakan mereka menambah beberapa penawar lain dalam rumusan homeopati mereka dalam memasarkan produk baru.

  Tetapi, seperti yang pernah banyak kali saya war-warkan, saya mempunyai alasan tersendiri bagi mengumpulkan hanya tiga penawar homeopati sepert Dr. Hj Azizan Ismail dalam merumuskan Active IQ.

  Secara khusus, saya telah jelaskan bahawa kajian rawak saya bertepatan dengan tiga penawar homeopati dalam formula Dr. Azizan Hj Ismail dari segi kuasa penawar dan dari segi rangkuman simptom dalam repertori perubatan homopati.

   Kali phos, magnesium phos dan calcarea phos adalah tiga penawar yang mempunyai simptom teramat banyak dalam repertori homeopati Kent. Ketiga penawar itu sudah mencukupi, dan kuasanya lebih berkesan berbanding jika dicampuradukkan dengan pelbagai remedi lain yang tidak perlu.

  Kita boleh sambung lagi cerita tentang pandangan Dr. Azizan Hj Ismail berkaitan produk biokimia homeopati di lain kali. Rasanya cukuplah setakat ini. Bagi kami, Examo atau Active IQ, kedua-duanya adalah penawar yang baik dan berkesan.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016