Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Pemakanan Kesihatan Pau-Ana di Pasaran Minggu Pertama Mac 2016 (19/02/16)

  Pau Ana ialah "yang merupakan  produk interfasa makanan-ubat (Food Drug Interphase), adalah bukan ubat dan tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Ia hanya perlu dirujuk kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)".

  Begitulah bunyi surat jawapan daripada Unit Pengkelasan, Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterima oleh pihak HBI Health & Homoeopati Centre berkaitan produk Pau-Ana yang dipohon.

  Alhamdulillah, sejuta rasa syukur.

  Dengan jawapan itu, kilang GMP yang bekerjasama dalam mengeluarkan produk Pau-Ana telah bersetuju untuk memulakan pengeluaran dan keluaran pertama dijangka siap pada awal bulan Mac 2016. Kami telah meminta pihak kilang untuk mengeluarkan produk tersebut dua kali sebulan kerana menjangkakan pasaran yang besar.

APAKAH PAU-ANA

  Pau-Ana ialah produk pemakanan kesihatan yang mengguna bahan utama ekstrak Paullinia cupana sorbilis, salah satu penawar yang terdapat dalam materia medika homeopati. Ia bukan penawar berpotensi seperti yang terdapat dalam rumusan homeopati, sebaliknya ia diadunkan dalam dos herba mengikut materia medika homeopati supaya ia boleh diadun bersama beberapa kandungan makanan kesihatan lain.

  Kandungan lain Pau-Ana ialah ekstrak Ginseng, Omega 3, susu kambing, ekstrak khurma , serbuk madu dan lain-lain bahan yang lazim terdapat dalam produk lain seperti coklat minda, JuzQ30, Abqori dan beberapa jenis pemakanan kesihatan, minda atau pemakanan sunnah lain.

  Perbezaannya hanyalah semua produk lain mungkin ada Gingko biloba, spirulina, pegaga, dll, tetapi bahan itu tidak ada bahan seperti Paullinia c. sorbilis. Keistimewaan ini hanya terdapat dalam produk rumusan baru Pau-Ana kerana kepakaran konsultan homeopati HBI, Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD yang sentiasa peka dengan bahan-bahan dalam materia medika dan telah mengenalpasti kaedah terbaik untuk mempersembahkannya kepada pengguna.

  Apakah itu Paullinia sorbilis?

  Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai herba Paullinia c. sorbilis adalah sebenarnya sumber ubat homeopati. Kalau ada ahli masyarakat yang mengenalinya, ia adalah ekstrak Guarana. Pengetahuan itu ada dalam info konsultan HBI yang sudahpun menerbitkan 2 buah buku materia medika setakat ini.

KELEBIHAN PAU-ANA

  Sebagai suatu informasi berguna, khasiat pemakanan kesihatan HBI, Pau-Ana memberi tumpuan utama kepada intisari bahan utama iaitu ekstrak Guarana yang sehingga hari ini masih belum diketengahkan sebagai bahan pemakanan rumusan herba-homeopati.

  Tetapi selain itu, makanan sunnah, ginseng dan omega 3 juga menjadi bahan pelengkap kepada rumusan Pau-Ana keluaran HBI ini. Berdasarkan maklumat kajian literatur, sumber kesihatan herba dan materia medika homeopati, Pau-Ana akan berguna untuk (sekurang-kurangnya):

1.  Merangsang aktiviti intelek.

2.  Membekalkan tenaga dan kecergasan.

3.  Mengurangkan rasa mengantuk.

4.  Mengurangkan sakit kepala, terutama yang disebabkan berlebihan minum teh, nescafe, kopi atau alkohol.

5.  Mengurangkan tekanan mental dan fizikal.

6.  Memberi ketenangan dan mengendurkan ketegangan.

7.  Membantu memanjangkan jangka hayat (longevity)

  Pemakanan sunnah dalam rumusan Pau-Ana melibatkan penggunaan bahan susu kambing, khurma dan madu. Jika digabungkan dengan semua bahan dalam Pau-Ana, rumusan Pau-Ana adalah cukup hebat dan bakal meleTOP dalam pasaran tidak lama lagi.

  Apakah Pau-Ana juga sama seperti penawar cerdas atau cergas minda yang lain? Jawapan kami, terserah kepada pengguna menganggapnya. Tetapi bagi kami, kami fokus kepada tambahan tenaga. Pau-Ana akan sangat baik digunakan oleh mereka yang kekurangan tenaga atau berharap kepada rangsangan tenaga badan fizik dan intelek.

PAU-ANA DALAM BENTUK TABLET

  Pau-ana tidak ada dalam bentuk jus atau cecair. Dalam bentuk tabletpun, jika jumlah dos Paullinianya terlalu tinggi, rasanya agak pahit. Tetapi kalau hanya digunakan sedikit, kita tidak akan mendapat kesannya yang dikehendaki. Ia adalah produk yang telah dibuat kajian dengan teliti oleh oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

  Sukacita kami maklumkan bahawa tablet berperisa Pau-Ana dibuat  dalam tablet 1,000mg. Ia boleh dikunyah dan boleh juga ditelan jika dibahagi dua. Kandungan sebotol ialah sebanyak 60 tabet. Dengan 1,000mg, dos yang disaran kepada pengguna ialah:

 

 Pengguna Jumlah dos

Kanak2/Remaja

12 tahun ke 17 tahun

1 - 2 tablet

Dewasa

18 tahun ke atas

2 hingga 4 tablet

  Produk ini akan dipromosikan sebagai tablet untuk membantu tenaga fizikal dan minda. Ia bukan "ubat kuat", tetapi ia boleh membantu memberikan tambahan tenaga bila seseorang itu kurang bertenaga atau tidak kuat. Moto "Pau-Ana ialah "Stamina untuk minda dan fizikal".

HARGA UNTUK PENGGUNA, AGEN DAN PENGEDAR

  Harga pemakanan kesihatan Pau-Ana akan dipasarkan pada harga RM63.00 sebotol (SM) dan RM65.00 sebotol (SS). Seperti produk lain juga, harga Pau-Ana ditetapkan berdasarkan kuantiti pesanan. Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar dan agen, boleh mendaftar dengan kami mulai daripada sekarang.

  Berikut ialah harga online yang akan dihantar melalui kurier berdasarkan kuantiti pesanan. Runner adalah mereka yang memesan 500 botol ke atas. Justeru harga akan ditentukan selepas perbincangan.

5 botol (12% diskaun)

RM55.00 x 5 = RM275.00

10 botol (20% diskaun)

RM50.00 x 10 = RM500.00

20 botol (30%)

RM44.00 x 20 = RM880.00

40 botol (35%)

RM40.00 x 40 = RM1,600..00

100 botol (42%)

RM36.00 x 100 = RM3,600.00

200 botol (49%)

RM32.00 x 40 = RM6,400..00

Runner (> 50%)

Call HBI

  Produk ini akan mempunyai logo GMP food dan PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Ia juga dalam proses menunggu pengesahan untuk mengguna logo HALAl, yang mungkin akan diguna dalam label cetakan terkemudian.

  Buat masa ini (10,000 unit keluaran Pau-Ana), dua logo itu sudah lebih daripada mencukupi bagi kami memulakan dan melancarkan produk yang pertama kali diperkenalkan sebagai Tablet Kunyah Campuran Ekstrak Guarana.

ANTARA ACTIVE IQ DAN PAU-ANA

  Bagi pengguna Active IQ, produk farmasi HBI, Pau Ana boleh menjadi booster yang baik. Jika pengguna bermasalah dengan ingatan, kurang semangat, malas, degil, enggan jawab soalan dan seumpamanya, kami sarankan supaya mengambil Active IQ, tetapi jika individu itu perlukan tenaga, mudah mengantuk, cepat letih - maka dia perlukan Pau-Ana.

  Pelajar yang sudah baik dan cemerlang tetapi memerlukan stamina, dia harus ambil Pau-Ana. Oleh kerana Pau-Ana bukan remedi homeopati biasa, malahan bersifat pemakanan dan mengandungi kafein juga, maka ia boleh diambil oleh mereka yang tetap gemar meminum teh atau kopi.

  Pau-Ana mungkin menjadi remedi yang baik bagi seseorang yang terasa pening atau sakit kepala akibat meminum teh, kopi, nescafe atau kafein. Maklumat ini boleh didapati daripada materia medika homeopati tulisan Dr. Boericke, "Materia Medica with Repertory".

  Namun jika ingin diambilguna bagi tujuan itu, penguna harus merujuk kepada pengamal homeopati bertauliah. Konsultan HBI sudahpun mengujinya kepada pengguna yang menghadapi masalah sakit kepala disebabkan faktor yang mungkin kerana meminum bahan berkafein.

BERMINAT JADI PENGEDAR

  Bagi mereka yang berminat ingin membuat dropship pemakanan kesihatan Pau-Ana, menjadi agen, stokis atau pengedar, boleh hubungi: 013-980 2991 atau watsap 019-675 0544. Lima puluh (50) orang register paling awal akan diberi tambahan diskaun bila order Pau-Ana.

  >> Senarai Pengedar Paling Awal setakat hari ini ialah: http://drhatta.com/PAU-ANA/SenPgdar_M.htm

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.