Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

Pemakanan Kesihatan Penting Untuk Anak-anak Membesar (07/02/16)

  Sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Langat ke Kota Bharu kerana pulang bercuti, kami singgah di Merapoh. Di situ, kali sekeluarga singgah makan nasi lemak dan nasi belauk yang sudah lama tidak menjadi menu utama hidangan keluarga.

  Ketika makan seorang sahabat menegur. Lalu kami bersembang panjang berkaitan kesukaran mendapat biasiswa sehingga kepada apakah yang menentukan kecergasan dan kecemerlangan anak-anak.

  Beliau memperkenalkan diri sebagai En Aziz yang bertugas di Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kota Bharu. Sekarang beliau dalam perjalanan pulang ke Gombak tempat beliau dan keluarga menetap.

  Katanya, beliau sangat yakin bahawa, pemakanan adalah faktor penting yang menentukan anak-anak sihat dan cemerlang. Kita, orang Melayu jarang memberi keutamaan kepada aspek ini dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Justeru, hasilnya berbagai dan tidak berfokus.

  Saya menyampuk sekali-sekala. Saya fikir, ada benarnya juga kata-kata sahabat SPRM itu kalau kita memerhatikan bahawa keluarga bangsa Cina memang cenderung memilih makanan apa yang patut dimakan. Umpamanya, kita dapati orang Cina yang berada gemar memilih sehinggakan memakan ayampun, mereka tidak mencari ayam sembarangan, tetapi ayam kampung yang menjadi pilihan.

  Secara kebetulan pula saya singgah membeli laut di kedai Nasi Sumatera yang begitu popular di Kota Bharu pada keesokaannya. Di restoran ini memang hanya menyediakan laut daripada ayam kampung dan pelbagai menu makanan lain yang cara masaknya berbeda daripada restoran lain.

  Apa yang saya lihat, ada empat keluarga bangsa Cina yang sedang menjamu selera dengan kaum keluarga mereka. Masing-masing dihidangkan dengan menu ayam kampung yang secara puratanya mendapat tiga ketul ayam seorang. Selain itu, ada lah juga daging dan limpa serta sayurnya.

  Nah!! Bukankah ada benarnya penerangan yang saya terima daripada ramai sahabat dan keluarga isteri sebelum ini. Mereka memang memilih makanan yang baik-baik.

  Tetapi berbalik kepada cerita sahabat kita en Aziz tadi, beliau memberi contoh yang berbeza. Katanya, "Saya perhatikan orang Singh memang memilih makanan untuk anak-anak mereka. Dan mereka pula, setiap pagi mesti menyediakan susu segar untuk sarapan anak-anak dan keluarga".

  "Kerana itu, saya percaya pemakanan yang baik itulah yang menyebabkan ramai daripada keluarga mereka berjaya dalam jurusan profesional. Badan anak-anak mereka juga membesar dengan sihat. Saya sendiri turut memesan susu segar seperti orang Singh ini pesan. Kesannya, saya dapati pertumbuhan anak saya lebih baik dan berjaya juga dalam pelajaran".

  Saya menyokong pandangan beliau iitu. Saya menyatakan bahawa orang Melayu juga sudah semakin sedar mengenai faktor pemakanan yang boleh menentukan tubuh badan yang sihat dan kecergasan minda. Kerana itu kita dapati pelbagai produk makanan kesihatan tumbuh yang dihasilkan oleh usahawan Melayu.

  Malangnya harga produk kesihatan ini seperti biasa agak mahal. Mereka yang sedar tetap membeli tanpa mengira harga. Tetapi yang lebih penting ialah, orang-orang kita tidak begitu konsisten dalam memberikan pemakanan yang sihat itu kepada keluarga mereka. Ini adalah juga satu faktor yang menjejaskan atau membantut perkembangan.

  Buktinya, ialah pengambilan Active IQ. Kebanyakan yang memberikan testimoni adalah di kalangan mereka yang ambil secara konsisten. Yang tidak konsisten mengambil Active IQ, hasilnya juga tidak konsisten.

  Kendatipun, Active IQ adalah formula mineral bagi membantu masalah tertentu termasuk sikap, emosi, mental dan juga pertumbuhan fizikal. Kalau ada sikap malas dan pelupa di kalangan anak-anak,insya Allah ia banyak membantu.

  Justeru Active IQ memerlukan satu booster, atau satu daya yang membantu stamina dalam berfikir dan tenaga dalam kecergasan bekerja atau berbuat sesuatu. Inilah yang bakal kami promo pada bulan March 2016 nanti.

  Ini adalah benar-benar produk makanan kesihatan. Ia sudah diberi izin oleh KKM dari segi pengkelasan pemakanan sebagai produk kesihatan. Jadi, melalui kilang bertaraf GMP, kami akan melancarkan produk baru pemakanan kesihatan atas jenama "PAU-ANA" dalam sedikit masa lagi.

  Dengan tidak melupakan peranan yang dimainkan oleh Active IQ, nanti kami akan menyarankan pengguna turut membeli dan mengambil "PAU-ANA" sebagai pemakanan yang menjana stamina mental dan fizikal.

  Ini baru merupakan pengenalan kepada produk "PAU-ANA". Keterangan terperinci akan diberikan selepas ianya dilancarkan ke dalam pasaran.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.