Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

"Constitutional Prescribing" Homeopati: Kes Sakit Kepala (25/02/16)

  Sudah menjadi kebiasaan bagi konsultan HBI untuk melakukan konsultasi online. Di dalam konsultasi online, klien daripada jauh akan disaran memberikan gambaran simptom mereka atas talian. Konsultan akan merekod atau mengambil perhatian kepada cerita klien sehingga satu penawar dapat diputuskan untuk preskripsi.

  Ada sebahagian daripada klien bertegas mahu berjumpa dengan konsultan. Mereka rela untuk datang walaupun daripada jauh sekalipun. Persoalan kesembuhan soalan kedua, tetapi mereka mahu jumpa dan mendapatkan rawatan secara langsung.

  Kami mengalu-alukan hasrat mana-mana klien untuk datang berjumpa asal mereka sanggup mengeluarkan kos untuk datang merawat.

  Hujung minggu yang lalu, pada 19hb Februari seorang klien daripada Sg Petani telah berkunjung untuk mendapatkan rawatan. Asalnya, ayah pelajar IPT itu telah menelefon konsultan beberapa kali kira-kira dua bulan sebelumnya. Beliau merasakan kurang berpuas hati jika berdasarkan maklumat yang diberikan, lalu ubat atau remedi dikurierkan.

  Apabila sampai di rumah konsultan, terpaksalah kami jemput mereka berempat masuk. Untuk dibawa ke Tingkat atas, di mana operasi ofis HBI ditempatkan, nampak seperti kurang sesuai. Apa lagi kerusinya tidak mencukupi.

  Apa yang jelas ialah sekarang konsultan mestilah membuat rawatan konstitusi. Iaitu satu rawatan yang jarang-jarang dilakukan oleh konsultan akhir-akhir ini. Apa tidaknya? Sewaktu keterangan diperoleh daripada telefon, remedi yang hendak diberikan sudah dijangka. Tetapi bila hadir, kita melihat kepada ciri-ciri fizikal dan perawakannya, jelas sekali satu remedi yang lain harus distudi dan dibuat rujukan materia medika dan repertori.

  Tuan/puan, pelajar berusia lebih kurang 20 tahun ini sudah dua tahun setengah mengalami sakit pening kepala. Sudah puas pelbagai rawatan dicuba, modern ataupun tradisional, semuanya gagal. Sakitnya berdenyut, sebelah kanan, menyerang tak kira waktu, bila nak studi saja sekarang sudah tak sanggup kerana sangat sakitnya.

  Bila sakit kepala, nampak seakan merah-merah simptomnya tapi tak ada membengkak. Ayahnya menyatakan anaknya nampak pucat bila sakit sangat. Dulunya beliau kuat minum kopi dan nescafe. Minuman itu diambil bagi tujuan stay-up. Kadang-kadang pelajar ini tidur hanya bila waktu pagi. Waktu malam digunakan untuk belajar.

  Katanya, beliau sudah tidak lagi minum kopi dan nescafe sebab ia boleh menyebabkan beliau mudah mendapat sakit kepala. Tetapi kami turut menyarankan supaya beliau tidak lagi tidur lewat malam atau waktu pagi. Walau susah hendak lelapkan mata sekalipun beliau harus usahakan.

  Nampaknya usaha ayahnya membawa rakan serta anaknya untuk rawatan kali ini berbaloi. Konsultan HBI dapat menemukan penawar yang paling sesuai untuk dirinya, menjadikan kes ini diberi penawar konstitusi (constitutional prescribing). Tanpa teragak-agak Calcarea diberikan sebagai remedi utama.

  Tetapi ada pula penawar penggenap yang boleh bertindak untuk mengawal simptom beliau dalam jangka waktu rasa sakit. Beliau juga mendapat penawar biokimia bagi kes gastrik beliau.

  Laporan sms beliau jelas bahawa simptom sakit kepala semakin berkurangan. Tiada lagi rasa melarat yang panjang seperti dulu. Gastrikpun sudah okay selepas diambil penawar biokimia yang diberi bagi melengkapkan rawatan.

  Kami yakin ini satu lagi kes yang berjaya dirawat oleh konsultan HBI, Mohamed aatta Abu Bakar HMD.

 Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.